10 Januari 2011

Tolonglah....

Tolonglah... ini bukan cerita aku terlupa bawak handphone ye. hehehe...

Ini cerita pasal AJL 25. Keputusan pun dah semua sedia maklum maka tak payahlah kita seperti rumah siap pahat berbunyi pulak. Walaupun aku ada gak berbunyi kat status FB Kodok Bob dan mahu mengomel sedikit kat blog aku ni.

Tahniah buat Ana Rafali. Tolong Ingatkan Aku yang mendapat kolaborasi dengan Zahiril Azim si pelakon dan pemilik blog dirinya sendiri yang aku suka sangat skodeng blog beliau. (boleh ke saya guna ganti nama dirinya dengan beliau, cikgu?) Hehehe...

Tapi yang buat aku nak berbunyi pasal persembahan keseluruhan para artis yang jadi finalis di AJL 25 ni pada aku semacam merepek. Maaf ye... saya tak salahkan produksi dan pembikin2 di belakang tabir, apatah lagi mahu memperlekehkan kreativiti para artis tersebut.

Tapi tak salah rasanya kalau saya katakan semua persembahan finalis mahu ada gimik dan lakonan yang sedikit mengganggu mata saya dan mata kawan-kawan saya yang ketika itu menonton di rumah masing-masing. Itukan pentas AJL yang penuh prestij tapi kebanyakkan finalis membuat persembahan dengan lakonan! Perlu ke?

Dahulu saya lihat persembahan M.Nasir tak pernah pulak nyanyiannya perlu diiringi dengan burung hud-hud, menyanyi lagu Bonda pun, M.Nasir tak bawak pelakon untuk melakonkan watak sebagai bondanya.

Lihat saja persembahan pembukaan daripada Francesca Peter, Nash dan M.Nasir. Persembahan interlude pula daripada Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza (bersama penari) yang semuanya memberikan paduan vokal yang aduhai... memang boleh buat meremang bulu roma kalau mendengarkan suara mereka.

Tapi itulah intepretasi kita mengenai kreativiti - masing-masing punya pendapat masing-masing. Tolonglah Ingatkan Aku kalau aku ada terlupa atau mungkin akan terlupa satu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan