02 Mei 2012

Opick - Sepi vs Cerita 4.0 (cerita 4 perenggan)



Dan apabila kepentingan peribadi melebihi kepentingan pertiwi, yang suci dan terpuji jadi bangsat dan keji. Dan apabila keamanan yang dilaungkan, kebencian pula yang diterbitkan. Dan apabila kamu bilang kamu boleh, kamu juga boleh menjadi sekejam Israel layaknya.

Saya malu menatap episod-episod yag memalukan, yang memilukan. Mengenang nasib bangsa sendiri dan bangsa-bangsa lain yang bersatu. Katanya mahu aman tapi entah di mana silapnya yang aman jadi tidak tenteram lagi. Berpaksikan kebenaran, makin lama makin terselak. Muak dan jijik. Cerita najis - yang busuk lagi meloyakan.

Benar dan salah tidak tahu yang mana. Kerana segalanya menjaja cerita peribadi. Ceritanya diluah tidak kena pada masa. Jika kamu yakin kamu benar, selesaikan masalah keluarga bersama keluargamu, bukan mendedahkan aibnya kepada khalayak. Jika benar dia salah, selesaikanlah masalah kamu sendiri. Masalah kamu dan keluarga kamu bukan masalah pertiwi. Hanya mahu diri mendapat hormat, kamu hilang kehormatan diri. Di depan siapa lagi? Anak bangsa sendiri. 

Ada lagi. Salah menyalahi berbondong-bondong ceritanya. Yang salah kerana manusia menghukum sendiri. Sebetulnya manusia terlupa akan adanya hukum Allah Yang Maha Berkuasa. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan