16 Mei 2012

bila datang bulan... 5

Bismillah...

Alahai macam-macam yang jadi bila datang bulan... lima. Harijadi mak saya of course la terus sambut Hari Ibu sekali gus tapi ada gak aku dengar-dengar Ustaz Azhar Idrus kata haram meraikan Hari Ibu. Lagi pun bagi aku hari-hari, hari ibu. 

Kedua, bila datang bulan lima gak la ada sambutan Hari Jururawat yang jatuh pada 12 Mei. Awesome! Sebab bulan ni jugak saya dah buat beberapa mata jururawat berlinang air mata dan menangis teresak-esak. Sebab mereka, saya telah menjadi manusia yang 'awesome' dan terlihat 'jahat'. Terima kasih.

Bila datang bulan... lima jugak pada hari ni 16 Mei ialah Hari Guru. Oh, macam-macam yang saya teringat terutama bila saya pertama kali pandai tulis karangan ialah tentang menjadi guru. Bagus point-point yang saya bagi maka terbuktilah saya memang sudah pandai mengayat sejak kecil lagi. Awesome! 

Bila datang bulan... lima gak, maka Ketua Polis Negara juga datang melawat ke hospital saya bekerja. Awesome job! Mana taknya sampai saya kena ketuk pintu rumah rakan sekerja hanya kerana segugus kunci yang saya amat sangat perlukan. Kata anak buah saya, 'Tak kan sampai nak kena pergi rumah dia pulak, bos?"  Ya, memang kena pergi ketuk rumah orang tu. Sebab saya memang maksudkan setiap pekerjaan kita ni adalah perkara serius. Saya tak kuasa nak tanggung penat lelah dan buang masa saya dan anak buah lain dari pagi hingga ke petang yang permai pada hari Ahad. Biarlah mereka kata saya radikal atau terrorist sekali pun kerana terpaksa serang hendap rumah orang. Maka, pada hari yang awesome tu gak saya dengar alasan yang tak logik lagi memualkan. Dan please talk to my hand, ok?

Maka, pada hari kejadian bermula pada subuh yang hening maka kelihatan poyolah saya dan anak-anak buah yang mahu berpakaian sedondon serba hitam. Dan, buat pertama kalinya saya memakai blazer dan skirt! Eeeww... (Sila jangan bayangkan) Kata mereka yang lainnya saya macam polis. Nasib baik mereka kata saya macam polis kalau saya terlihat seperti pramugari itu lebih gedik dan tak dapat diterima akal. Hehe...

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Maka, penat kami berbaloi-baloi pada hari itu. Kerana bila lagi nak menggedik berposing-posing dengan pakai blazer dan skirt maka saya juga diheret ke kancah berposing-posing dengan anak buah, sorang budak praktikal dan dua orang jejaka gorgeous bergelar doktor (sudah jadi bapak orang k) yang tanpa segan silu berposing di tapak pameran. Hahaha... saya memang rare kan? Yup, saya tau. Spesis macam saya memang jarang jumpa. 

Semua ni akan jadi kenangan terindah saya. Alhamdulillah, syukur sebab saya dikelilingi manusia-manusia hebat dan memahami. Tapi, kami golongan minoriti saja. Tak apa. Pada saya biarlah kehadiran kita dirasa dan bila tiada biarlah kehadiran kita dirindui dan diingati. 

Buruk baik kejadian yang menimpa diri saya membuatkan saya lebih berpada-pada. Saya hargai kasih sayang orang di keliling saya, semoga mereka juga merasakan hal yang sama.

Selamat Hari Jadi Mak.
Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Bidan dan Jururawat Sedunia.
Selamat Hari Guru.
Selamat tinggal tempat kerjaku (soon to be, Insya Allah)

Oh, hampir terlupa... Selamat Hari Belia. Ada lagi tak yang saya terlupa? 
Selamat semuanya. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan