12 November 2010

Megamind - Si Kepala Biru


Minggu lepas tengok cerita ni dengan Kpah kat Cineleisure. Thanks Kpah! Hehehe... Kalu tak sangap hidup aku apa tah lagi bila dimaklumkan lebih awal perlu bekerja pada hari Ahad sempena lawatan rasmi Presiden Austria. Maka, otak perlu dicairkan dengan hiburan ringan seperti ini. Hehe...

Oh, thanks jugak kat Mr. Chubby sebab berhibur bersama kawan-kawannya ke Melaka. Kalau tak, pasti korang berdating, maka tidak bermakna dan tak berapa nak indahlah hidup aku ni minggu lepas.


Jadi, ceritanya sangatlah menghiburkan. Lalu, aku suka berfikir macam ni bila aku tengok cerita ni. Pada aku tak semua orang jahat tu berfikir mahu menjadi jahat. Dia tak pernah mintak dari kecik nak jadi jahat. Apatah lagi sedari kecil dirinya telah disisih dan tidak dipedulikan, sepertinya ada satu perasaan mahu memberontak dan mahu lakukan yang terbaik.

Apabila sudah buat perkara baik, tidak pula dihargai, malah dikeji, jalan mudah bagi dirinya dikenali dan terkehadapan daripada orang lain adalah dengan melakukan hal yang sebaliknya
Apabila buat jahat dapat perhatian orang walaupun dibenci. Maka, aku terfikir begini, sebenarnya setiap orang mahukan perhatian dan penghargaan dalam kehidupan. Betul, kan?


Buat Kpah - suara Brad Pit adalah untuk watak hero hensem tu yang ala-ala poyo tu. Selain tengok kartun 3D-nya, cerita ni juga ada babak drama, dramatik dan romantik. Bayangkanlah bila si kepala biru ni dah jatuh cinta - perangai yang jahat terus mahu jadi orang baik. Dan lagi, dan lagi, dan lagi... apa lagi korang pergi la tengok sendiri. Hehehe... Tak rugi.


2 ulasan:

  1. yeah!!! mmg best & x rugi tgk.. kalu nak tgk wayang jan mmg ko la teman dating aku.. sbb chubby aku x suke tgk wayang..

    BalasPadam
  2. hah??? la patut la... tp x sangka lak mr.chubby ko x suka tgok wayang! hahaha...

    BalasPadam