15 November 2010

Khabar Dari Labuan II


Khabar dari seorang kawan memberi maklum - kawan saya yang berada kat Labuan meninggal dunia tengahari tadi. Al-Fatihah buat arwah.

Dalam masa singkat kurang setahun saya kenal dia, seperti yang saya tuliskan dalam Khabar Dari Labuan sebelum ini - begitulah yang saya gambarkan tentang diri dia. Saya dan kawan-kawan lain tertanya-tanya kenapa jalan begitu yang dia pilih.

Mungkin dah sampai masanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sebelum ajalnya, kali terakhir saya temui dia pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu tanggal 16 September yang lalu. Dia nampak sihat dan tidak merepek seperti seperti sebelumnya.

Tiada istilah Amerika wo~ lagi dari perbualannya, tapi dia menunjukkan dedikasi kerja dan waras tentang dirinya. Alhamdulillah. Satu petunjuk yang baik.

Selepas itu semuanya seperti biasa hinggalah perkhabaran yang saya terima petang tadi. Kawan-kawan lain pun terkejut. Tak percaya.

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga dirinya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan di alam sana. Ralat diri saya andai pernah terkasar bahasa, terlajak kata, terkelentong sini sana pada dia. Ampunkan dosa-dosa saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan