21 Februari 2011

emo tak sudah

Tak payahlah sesiapa nak terasa dengan perangai aku yang satu ni. Aku memang macam ni, kalau tengah kusut tu tak kira la apahal, memamg susah muka aku nak menipu - pura-pura ok tapi sebenarnya tak.

Apa yang aku kusutkan pun aku tak pasti. Sebab beban bukan setakat kat bahu tapi beban kat otak ni. Kereta rosak, saving makin susut nak baikkan kereta rosak, kerja lagi, lagi lagi kerja... emo! 

Nak makan pun tak selera. Udara macam tak cukup untuk aku sedut. Nasib baik masih bernyawa. Entah la. Atau aku je yang mengusutkan keadaan? 

Macam ni tak boleh jadi ni. Tolong kembalikan senyum aku dulu. Aku rindu. Senyum dan perkara2 yang sama waktu dengannya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan