21 Februari 2011

ku bogelkan kamu di sini - III

KAMI - KodokMondok

:: episod berlapis-lapis ::


Ini cerita hujung minggu lepas. Sempena meraikan hari jadi ke 28 tahun untuk Kodok Stress, Kodok Bob dan Mondok. Lokasi Cosy Place Wangsa Maju. Organizer ialah Kodok Chubby yang dibantu oleh lain-lain. Maaflah aku tengah emo dengan macam2 hal minggu lepas, lalu aku hanya mengiyakan kehadiran aku untuk malam yang sangat-sangat bermakna dalam hidup KAMI.

Yang menjadikan ia sangat bermakna sebab bukan dapat makan makanan sedap. Tapi sebab dah lama tak dapat duduk-duduk sama-sama dalam satu masa yang sama. Al-maklumlah semua pun sibuk dengan hal masing-masing.

Nak dijadikan cerita pada 1 pagi jam 3 pagi - si organizer pun menyampaikan msg panjang lebar tapi apabila dipendekkan ia tertera seperti ini '...tema berlapis-lapis hehehe...'

Maka, masing-masing dengan pemahaman yang tersendiri.

[Hari Kejadian}

Masuk kereta Kodok Chubby, "Hah, pandai pun ko pakai berlapis-lapis. Hehe..."

Masuk kat tempat yang dijanjikan, Ketua Kodok, Kodok Melaram dan Mondok dan tiba. Kodok Chubby pun cakap "Laaa... kan aku cakap tema berlapis-lapis!"

"Ni...hehe" Ketua Kodok menunjukkan lapisan pada badannya!

Sah! Rupa-rupanya kitaorang semua fikir hal yang sama. Memang sengal. 

*****
Sebab dah lama sangat tak jumpa maka, bukan Birthday girls yang diraikan dapat hadiah. Yang lain-lain pun dapat gak. Ala-ala di dinner dapat door gifts.

Thanks Ketua Kodok n Mondok yang banyak berjalan dan belikan KAMI macam-macam. Yeaayyy... suka sangat. 



2 ulasan:

  1. nsb baik aku tnye direct jek blapis2 tu ape..jgn kasi aku nk pk2 sgt..haha..

    moral:malu bertanye sesat jln @ x ikut tema..huh!

    BalasPadam
  2. lapis perut...
    lapis dagu...
    silalah pilih. hahaha

    BalasPadam