30 Mac 2010

aku tengok mereka


Tempoh hari di pesta buku - aku tengok ramai rakyat Malaysia berlumba-lumba ke sana. Jalan jadi sesak. Manusia pun berduyun-duyun. Kawan aku bertanya, macam tak percaya je rakyat Malayasi baca buku setahun - ikut laporan akhbar tempoh hari. Itulah pasal.

Di satu kaunter, di depan aku, sorang akak tu beli lebih 10 buah novel. Tu belum lagi aku. Nak hampir 10 buah buku pelbagai jenis. Hmm... Mungkinkah kajian tu dibuat at a wrong time? Atau respondennya memang di kalangan manusia-manusia yang tak cintakan ilmu. Memang betul, susah kita nak tengok masyarakat kt sini pegang buku tak kira walau di mana. Tu pasal lah sampai kena buat iklan, baca buku dalam LRT. Tak pe lah, itu inisiatif kerajaan nak menggalakkan kempen membaca. Tapi kenapa tak turunkan harga buku pulak? Nak tunggu pesta buku, baru boleh dapat buku-buku harga murah.

Tapi, tempoh hari jugak masuk dalam surat khabar, sorang pelajar perempuan sedang asyik baca buku sambil berjalan - kaki terselit pulak dalam longkang. Macam-macam hal.

2 ulasan:

  1. dorang ni sibuk je wat kajian utk jd negara maju pe sume..tp buku still mahal lagi...

    penduduk negara lain bnyk bace buku sebab harga murah n buku berkualiti..pastu sibuk ckp rakyat Malaysia malas membaca pe sume lar..

    tapi..ape2 pun..membaca amalankan mulia...heheheh

    BalasPadam
  2. biarkanlah tok, tu kata mereka. kita orang biasa ni, teruskanlah membaca. membacakan jambatan ilmu. :-)

    BalasPadam