10 Januari 2013

Mari Hulurkan Bantuan


Assalamualaikum. Keratan akhbar pertama untuk majlis pertama kat kolej saya ni. Keratan akhbar Harian Metro m/s 15 ni la hasilnya. Woot... woot... 

Majlis Pelancaran Briged Sukarelawan (BRISK) dan Tabung Kemanusiaan Gaza ni akan disalurkan terus kepada NGO Aqsa Syarif bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. Harapnya, semoga rakyat Palestin di sana akan terus bertahan dan beroleh kemenangan dengan pertolongan daripada Allah s.w.t jua.

Amin... amin... Ya Rabbal Alamin.

Ketika segmen perkongsian ilmu bersama Ustaz Soberi Rejab yang pernah ke Gaza bersama Afdlin Shauki baru-baru ni memang membuat aku terkesan. Rasa macam nak gi sana ja. Hmm... Kata Ustaz Soberi mereka ke sana dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri kira-kira dalam RM6000. Segala sumbangan dana rakyat Malaysia pula dibawa ke sana untuk pembangunan Palestin. Melalui dana rakyat Malaysia telah dibina kilang roti, ladang ternakan dan lain-lain lagi. Tambah Ustaz Soberi di Palestin, mereka jual roti pada tiga harga. Ada harga yg mahal untuk orang kaya, ada harga yang murah bagi mereka yang berkemampuan manakala orang miskin roti diberikan percuma. Ini bermakna mereka di sana tidak ada yang mengaku miskin hanya semata-mata untuk mendapatkan barangan percuma. 

Lebih menyentuh hati apabila rakyat Malaysia ada nak menghulurkan makanan atau sebagainya mereka pada mulanya menolak sebab rasa mereka tak layak - ada golongan lain yang lebih layak terima. Tapi setelah diberitahu pemberian itu sebagai hadiah, mereka berbesar hati menerimanya.

Rakyat Palestin di sana menderita tapi mereka sangat kuat. Bayangkan semuanya nak mati syahid demi menegakkan syiar Islam. Seawal 8 tahun mereka dah menghafal al-Quran. Mereka ada strategi sendiri untuk menentang Israel laknatullah. Dan banyak lagi cerita Ustaz Soberi yang menyentuh hati. Beliau terus mengajak semua rakyat Malaysia teruskan memberi sumbangan. Sesungguhnya Allah sahaja yang layak memberikan kebaikan kepada kita yang memberikan sumbangan ini. 

Nota: Kalau berpeluang ke Gaza memang aku nak sangat pergi. Sebenarnya aku pernah rasa macam jeles je bila kawan-kawan sekelas aku (Journalism) dah berpeluang ke sana sini termasuk Gaza. Takpe lah dah kerja ni yang aku pilihkan. Ada rezeki dan peluang satu hari nanti, siapa tau giliran aku pulak kan? 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan