16 Januari 2013

Lain Macam

Lain macam, aku yang dulu dan sekarang. Haha... Aku baca cerita-cerita aku yang lepas dengan label- Aku. Memang macam-macam ekspresi... dengan emonya, dengan cerita merepeknya. Lain dan banyak perbezaannya. Perbezaan yang ikut situasi semasa. Ada perkara yang aku rindukan aku yang dulu dan ada perkara yang aku tak mahu hal tu berulang atau terjadi lagi. Lesson learned.

Ya Allah, moga perubahan diri aku ni akan beri kebaikan buat aku dan orang di sekeliling aku. Tak perlu aku ulas satu persatu tapi bila baca balik cerita-cerita Aku memang ada yang buat aku terkedu, rindu, syahdu dan haru... hmmm...

Pertambahan usia buat kita jadi lebih matang. Lebih berfikir, lebih tenang. Hendaknya, biarlah perkara baik ini berterusan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan