29 Februari 2012

Jalan Bahagia

Benar jalan ini yang kamu mahu? Kenapa? Saya terdiam, ya kenapa? Dalam hati saya memberi jawab yang tidak terluah dari lidah - memang ini yang saya mahu. Tidak ada asbab yang lainnya. Tuhan menggerakkan hati saya untuk memilih jalan ini. Dan apabila semakin ramai yang bertanyakan, saya mula resah sedikit. Hati berbolak-balik dan bertanya pada diri sendiri - benarkah jalan ini yang saya mahu? Ya! Hati saya tetap meyakini kemahuan saya. Sejauh mana ikhlas penyataan itu, biar Tuhan yang menilaikannya. Dalam satu ruang waktu yang lain - saya terfikir tentang banyak perkara. Perkara-perkara yang saya mahu lakukan sebelum nafas terakhir saya. Sempat ke? Macam sempat, jika dengan izin-Nya. Saya yakini, jalan bahagia bukan hanya satu jalan sahaja. Perjalanan yang panjang ini, banyak juga tempat persinggahannya. Singgah kerana ada yang menyapa. Singgah kerana perlu melihat kehidupan lain yang tak pernah saya tahu sebelumnya. Singgah kerana perlu memberi kepada mereka yang memerlukan. Singgah untuk berkongsi cerita dengan insan kerdil yang lainnya. Dalam mencari jalan bahagia akan diduga dengan cerita lainnya juga. Allah sedang menguji, diri kita, iman kita. Bersabarlah. Jalan bahagia tetap Allah janjikan. Kalau bukan di sini, di syurga nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan