22 Februari 2012

cerita insan kerdil

Hai orang-orang besar, saya hanya insan kerdil. Yang kerdil di sisi Tuhan-Nya. Yang kerdil ilmu kehidupannya. Yang kerdil dalam serba-serbi perkara. Namun, saya insan kerdil yang punya cerita yang ingin dikongsikan bersama. Cerita insan kerdil yang saya dapat dari cerita-cerita insan kerdil yang lain. Cerita insan kerdil yang besar maknanya buat tambah ilmu kehidupan di dunia. Ceritanya tentang ragam manusia. Dari satu cerita ke satu cerita yang lainnya, saya rumuskan begini - hidup yang kita tidak tahu panjang pendeknya, biarlah banyak memberi. Memberi dengan sepenuh hati. Memberi dengan rasa saling hormat-menghormati. Memberi tanpa rasa dibebani. Memberi tanpa meminta apa-apa imbuhan daripadanya. Ceritanya tidak tamat di sini. Kerana saya akan setia menjadi si pemerhati. Cerita insan kerdil yang akan ada kesinambungannya. Insya Allah, akan saya kongsikannya lagi nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan