02 Mei 2011

Kodokmondok... Kamu Yang Macam-Macam

Mula-mula, kalau kawan-kawan yang kita sayang, yang cantik-cantik dan yang hensem-hensem agak dah meluat nak baca pasal saya dan KodokMondok saya... silalah ke blog orang lain.

Blog ni memang tak sama dengan mana-mana blog dalam dunia ni yang akan bercerita tentang isu politik, isu dunia, subsidi minyak atau apa sekali pun. Blog ni memang pasal saya, jadi saya tulis apa yang saya suka saja. 

Lepas sebulan tak jumpa kesayangan saya ni - mereka Kodokmondok, tibalah masanya update tentang diri masing-masing. Alhamdulillah semuanya sihat dan baik-baik belaka.

Update 1: Ketua Kodok (KK)
Kita mula dengan KK, masa pilihanraya Sarawak, dapatlah perkhabaran tentang dirinya yang masuk ke hospital di Bintulu. Sebelum ni kerana tahap confident KK dia selalu cakap 'aku sihat', 'ah, tak sukalah dok kat hospital' dan lain-lain lagi. Lebih terkejut masa aku kursus kat PD, KK mesej 'tak jadilah operation...' Dan seterusnya, tunggu dan tengok perkembangan dalam selepas sebulan ni.

Update 2: Kodok Chubby (KC)
KC sama macam aku berkursus untuk sahkan jawatan sebagai penjawat awam. Tapi dia kat Pangkor. Kerana itulah dirinya aku lihat sedikit tanned. 

Update 3: Kodok Bob (KB)
Pengumuman bahawa dirinya dan suami dah beli rumah. Alhamdulillah... 

Update 4: Kodok Stress (KS)
Alhamdulillah... dah memulakan bisnes. Merancang menambahkan pendapatan keluarga. 

Update 5: Kodok Melaram (KM)
Menjadi pembimbing rakan sebaya. Baguslah, sambil menasihati kawan-kawan sekaligus menasihatkan diri sendiri, betul tak?

Update 6: Mondok
Yang ni paling aku suka dengar. Jeng...jeng... "Korang, aku dah berhenti AA tau". Semua dengar pun macam terkejut. "Aku dah dapat kerja baru". Oh... Alhamdulillah... 
"Tapi korang dengarlah cerita aku interview"
"Ok... ok... cer citer, cer citer..."
"Soalan pertama aku kena tanya, kawan-kawan awak kerja apa?" 
Hahaha... very the unexpected question, kan?
"Ko jawab apa? Pasal kitorang ke atau ko cakap pasal kawan-kawan AA"
"Dah tentulah aku cakap pasal korang. Sorang kawan saya kerja forensik, sorang computer analysis, yang lagi ada kerja dengan media, jaga-jaga pilihanraya... haha aku tak ingat nama kerja korang!"
(Sengal betul la si sharipah sorang ni)

Kesimpulannya, seronok dengar perkhabaran baik daripada KodokMondok. Ni baru sebulan, kalau pakat aku kena out-station lama ke overseas ke hahaha... agak-agak banyak benda aku ketinggalan. 

Aku sayang sangat-sangat kat KodokMondok ni sampai mati. Dunia dan akhirat tak kan jumpa yang macam ni. Korang yang lain pun, yang ikhlas berkawan dengan aku apa adanya. *wewiiit* suiittt tak??? hehehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan