02 Mei 2011

Jangan

Ada tiga keadaan atau situasi di mana kita tak digalakkan untuk membuat keputusan. Iaitu apabila kita dalam keadaan:

  1. Marah
  2. Keliru 
  3. Lapar
Info ni aku dapat masa kursus kat PD, walau tumpuan aku pada ketikanya tah ke mana-mana tapi kalau topik tu menarik, cepat je telinga aku tertarik dengan hal yang diperkatakan. 

Mungkin perkara ni pernah terjadi dalam hidup kita sebelum ni. Contoh macam aku, pantang aku ialah pi berwindow shopping dalam keadaan lapar. Maka, bila aku nampak sesuatu keperluan (walau pada masa tu tak berapa nak perlu pun) aku mulalah terbeli barang tu. Terbeli, ok? Hehehe...

Tapi tu la... dalam tiga keadaan ni, kita sebenarnya lebih terikutkan rasa hati yang mungkin dipengaruhi oleh suara-suara nafsu dalam diri kita yang telah menguasai diri pada ketika itu. Jadi, buat diri aku yang lupa, akan ku beringat-ingat dan berpesan-pesan kat diri ni. Nak pi shopping makan dulu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan