16 Mei 2011

doakan keselamatan mereka

Assalamualaikum...

Mohon dipanjatkan doa buat saudara seIslam kita di bumi Palestin. Doakan juga keselamatan para sukarelawan Malaysia yang sedang menghantar bantuan kemanusiaan di sana dengan menggunakan kapal MV Finch .  

Salah seorang daripada mereka adalah kenalan saya yang sama-sama menuntut di UiTM. Dia ditugaskan untuk membuat liputan berita di sana. Kini bertugas sebagai wartawan BERNAMA.

Semoga perjalanan kenalan saya ini dan para sukarelawan yang lain selamat pergi ke bumi Palestin dan pulanglah semula ke Malaysia dengan keadaan selamat. Kami rakan-rakan sekelas dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Dan kita jangan putus berdoa dan berharap misi ini akan berjaya. 

Sesungguhnya kepada Allah jualah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan