30 Ogos 2010

pada satu malam hujan lebat

dan pada satu malam ketika hujan lebat, kita akan meraikan hari kemerdekaan ke-53 keesokan harinya. pada malam itu di dalam bulan Ramadan 1431 Hijrah. semoga tanahair tercinta ini akan terus aman, makmur, damai dan sejahtera.

dan pada satu malam ketika hujan lebat ini juga, Malaysia yang majmuk kaumnya, berwarna-warni citra nuansanya, terus bergembira. hargai dan syukurilah. semoga terus kekal begini, jangan biar api sengketa membara.

Malaysia tanahairku. tanah tumpah darahku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan