01 Januari 2007

bicara bisu #2

kadang-kala ada ketikanya kita tidak perlu tahu semuanya... perkara yang terjadi... tidak perlu diperjelaskan... kerana kita tidak buta menilai kejadian itu...

bagaimana nak diperjelaskan ? kerana tiada bicara lagi... yang berbicara pihak yang lain... dan aku tidak perlu tahu... kerana apabila aku tahu... aku yang tanggung sakitnya... apa yang sakit...? hati... sekeping hati yang dipinjamkan oleh sang Pencipta... disakiti dan dirobek... sakit dan pedih... air mata tiada harganya lagi...

menyesalkah aku..? ohh tidak... kerana kejadian itu sebahagian dari pengalaman hidup yang aku timba... pengalaman guru terbaik mematangkan diri... menginsafi dan mensyukuri nikmat-Nya...

ahhh... aku masih lagi berkias... bagaimana mahu diluahkan... kerana aku berikan tajuk bicara bisu... ertinya aku masih belum mahu menceritakannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan