01 Januari 2007

bicara bisu

Bismillah...
Assalamualaikum...

bagaimana yah mahu dimulakan... mcm tak biasa plak nk blog... aku beralih arah... sebelum ni di friendster... tp ia terlalu terhad pada kenalan... dan kini aku mahukan ruang yang lebih besar untuk punya rakan yang berfikir... melihat dan berbicara tentang kehidupan...

hari pertama di tahun baru... hati ini masih belum pulih sepenuhnya... sakit... disakiti kerana apa yah..? putus CINTA itu aku sudah merawatnya... tapi sakit di tahun baru ini... gara-gara pertemuan di penghujung tahun lalu... yah lagi dua hari sebelum tahun baru...

bodohkah aku kerana melalui pertemuan itu...? aku tak pasti... tapi yang pastinya aku sakit kerana disakiti... rasa mual dan jelek... aku benci dengan diri ini... tapi tak pasti apa yang aku bencikan... sepatutnya aku tidak berlembut hati untuk menerima pertemuan itu... kerana aku tidak kuat menghadapinya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan