19 Mac 2011

Khabar Lama Jadi Baru

Salam,

Harap kawan-kawan yang kita sayang berada dalam keadaan yang sihat jua. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni jagalah diri korang elok-elok k. Sebab dalam dua minggu kebelakangan ni, CikPanda tak berapa sihat. 

Dua minggu lepas, aku demam lepas balik dari bertugas di Pusat Media Kerdau terus hari Isnin di pembukaan Parlimen, aku terus "kiok" macam ayam da... Lepas tu doktor bagi injection

Ubat dah habis makan, demam tak kebah pulak. Pergi lagi ke klinik minggu lepas. Tidak seperti biasa, doktor interview macam-macam sebab doktor risau H1N1 masih ada lagi. Dapat lagi satu injection antibiotik dengan dua jenis antibiotik untuk ditelan. Hah, amik obat!

Aku pun risau gak dengan isu Adenovirus, beberapa pelatih kat PULAPOL meninggal dunia. Sudahlah PULAPOL tu dalam linkungan 10 km radius je dari rumah aku. Harap-harap ni demam biasa je la.

Tapi, Alhamdulillah, kesihatan diri ni sekarang makin baik. Minumlah air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat. Kalau sakit cepat-cepat jumpa doktor.

Untuk seorang kawan yang mohon aku mendermakan darah, aku mintak maaf sangat-sangat sebab keadaan kesihatan aku yang tak mengizinkan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan