17 Jun 2012

Cerita Panjang Yang Tidak Diceritakan

 
Bismillah. Ceritanya panjang. Sungguh panjang. Untuk memulakannya saja cukup tidak mudah. Cerita panjang itu tidak boleh ditulis ringkas. Dalam bahasa yang mudah juga amat payah untuk diceritakan di sini. 

Tarik nafas saya dibuatnya. Menghelanya saja kedengaran seperti keluhan yang panjang. Apa ceritanya ni? Tidak gembirakah saya. Saya gembira tapi bukan cerita gembira yang mahu saya kongsikan. Saya mahu ceritakan mengenai cerita yang panjang. Mungkin juga berjela. 

Masih tidak sampai maksud cerita saya ini. Saya tahu. Jadi, ceritalah. Tak mudah seperti yang saya katakan. Mahu mulakan daripada mana juga saya tidak tahu. Maka, berbelit-belitlah ceritanya nanti. 
Si tukang cerita tidak mampukah bercerita lagi?

Bukan begitu. Bukan tidak mahu kongsikan cerita ini. Tapi banyak perkara yang terjadi. Banyak persoalan mengapa terjadi dan saya tidak punya jawapan. Saya melihat jendela di luar, jikalau ilham mendatangi diri ini hanya dengan melihat jalan tar berwarna hitam tukar kelabu. Sebuah kereta di atas jalan itu. Apa lagi? Saya lihat pemandangan tapi minda saya tidak terilham juga. 

Sudah. Cukuplah. Maaf cerita panjang ini tidak akan diceritakan di sini. Di lain masa juga mungkin tidak akan diceritakan. Jadi, kita lupakan saja. Mudah? Sebegitu mudah untuk melupakan cerita panjang ini? Sepertinya tidak mudah juga. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan