26 Februari 2015

masa depan


Bismillah.

Dalam banyak perkara yang dibincangkan lewat ini, ramai orang di sekeliling aku merancang masa depan yang hebat. Yang menarik perhatian aku tentunya naik pangkat dan kuasa.

Aku beri kata-kata yang sedap didengar. Ada kala aku langgar norma kebiasaan dengan provokasi lainnya. Sebab aku tak nak kawan aku hanyut dalam angannya. Kawan, aku tahu kamu hebat. Berpijak di bumi walau anganmu setinggi langit. Bila capai citamu yang di langit, ingatlah kaki masih berpijak di bumi. Jangan kamu terapung di antara keduanya kerana tiada arah yang mampu membawamu ke atas atau ke bawah.

Cerita masa depan adakalanya takutkan aku. Aku juga merancang sesuatu yang hebat. Bersama kawan-kawan yang punya cita-cita yang sama. Dari bermula angan hingga ia jadi nyata Allah beri sedikit ujian. Jawab aku sabarlah. Mana ada pantai yang tak dipukul ombak. Mana ada rumah yang tak terkena hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan