
pasal semua. pasal kamu. pasal kita. pasal kawan-kawan yang kita sayang. pasal satu hari nanti. semua ni akan jadi kenangan. dalam hidup siapa lagi kalau bukan kita. pasal kita dan alam.
30 November 2010
First Anniversary

25 November 2010
Warna-warni Abstrak Kehidupan

24 November 2010
Harapkan Yang Indah
Setiap hari saya impikan perkara yang sama.
Rupa-rupanya hari-hari saya bukan saja indah malah terlalu 'indah' dengan pelbagai ragamnya, rasaksa gorgomnya, labu-labinya, si luncainya.
Dan saya?? Kadang-kadang saya jadi cikpanda, kadang-kadang saya jadi sang narnia, kadang-kadang lagi saya jadi pjan, dan lagi dan lagi dan lagi... Macam-macam saya boleh jadi ikut suka hati.
Hakikatnya apabila kita memperolehi atau memiliki sesuatu yang kita inginkan dalam hidup ni, ia datang bersama masalah. Pakej kata bahasa promosinya. 1 set. Lengkap.
Saya harap yang datang bersama masalah itu, bukanlah masalah yang tak boleh diselesaikan. Setiap masalah akan ada jalan keluarnya. Mana-mana pintu bukan untuk ditutup selama-lamanya. Pintu yang terbuka akan menampakkan cahayanya. Pasti.
16 November 2010
15 November 2010
Khabar Dari Labuan II

14 November 2010
Post Mortem Dengan Mak
Cerita dari Dapur
Penat tapi Berbaloi-baloi

12 November 2010
Megamind - Si Kepala Biru
Minggu lepas tengok cerita ni dengan Kpah kat Cineleisure. Thanks Kpah! Hehehe... Kalu tak sangap hidup aku apa tah lagi bila dimaklumkan lebih awal perlu bekerja pada hari Ahad sempena lawatan rasmi Presiden Austria. Maka, otak perlu dicairkan dengan hiburan ringan seperti ini. Hehe...
Oh, thanks jugak kat Mr. Chubby sebab berhibur bersama kawan-kawannya ke Melaka. Kalau tak, pasti korang berdating, maka tidak bermakna dan tak berapa nak indahlah hidup aku ni minggu lepas.

Apabila sudah buat perkara baik, tidak pula dihargai, malah dikeji, jalan mudah bagi dirinya dikenali dan terkehadapan daripada orang lain adalah dengan melakukan hal yang sebaliknya
Apabila buat jahat dapat perhatian orang walaupun dibenci. Maka, aku terfikir begini, sebenarnya setiap orang mahukan perhatian dan penghargaan dalam kehidupan. Betul, kan?
Buat Kpah - suara Brad Pit adalah untuk watak hero hensem tu yang ala-ala poyo tu. Selain tengok kartun 3D-nya, cerita ni juga ada babak drama, dramatik dan romantik. Bayangkanlah bila si kepala biru ni dah jatuh cinta - perangai yang jahat terus mahu jadi orang baik. Dan lagi, dan lagi, dan lagi... apa lagi korang pergi la tengok sendiri. Hehehe... Tak rugi.
11 November 2010
Sewaktu Dahulu - Andy Flop Poppy from the movie "CINTA"
Imbas Waktu Di Belakang Hari
Macam Robot... Salah Cute Robot!

10 November 2010
Macam Kami

ceritanya macam ni. semalam hampir-hampir nak kena game dengan ketua kodok. haha... tah la dah lama sangat kawan maka dah al-maklum dah. hampir-hampir CikPanda nak meletup la jugak tapi nasib Kpah, Wa n Bob ada.
dalam kereta semua merungut... pot pet pot pet... bla bla bla. siap aku cakap, rasa cam nak marah sungguh kat ain tu tapi bila pikir ko Wa, kang baby ingat "oh, ni la auntie narnia... ee garangnya dia. nanti aku kuar mesti aku banned auntie ni"
semua gelak. tapi kat meja makan NZ jadi saksi nasib baik Kpah, Wa n Bob tak hambur balik makanan tu kalu tak... haha. ceritanya cam ni - Ain telefon mungkin nak cari kat mana meja kitaorang, aku jawab, dengar tak dengar, tenggelam-timbul suara si ain ni. perlu ke aku marah lagi? haha... tak pe la.
jadi aku pun cakap kat dorang, 'korang tau tak, hari tu aku sembang dengan ain thru phone tiba-tiba dia senyap. aku pun jerit-jeritlah, seru-seru... ain, ain... ishhh apa hal ni. so, aku drop that call. call balik ain. ain cakap asal ko letak weh, aku dengar la suara ko. aku jawab, aku tengah cakap yang ko senyap je tak bunyi kenapa? ko kat ne?
hehehe... ain gelak.
*
*
*
ain jawab selamba, "tah la jan sejak pakai iphone ni, sensitif betul, bila terlanggar kat pipi aku ni kang siap la tertekan button mute."
hahahaha.... Kpah, Wa n Bob gelak kuat-kuat sampai sepet mata dorang. siap tak leh nak telan makanan tu.
aku ingat hp aku yang antik ni yang buat hal. tapi aku tak la pulak dengar orang lain yang dah pakai iphone ada masalah cam ain ni. iphone 4 lagi k. jadi, iphone salah ke pipi gebu ain yang salah? haha jawab la sendiri.
---
tiba-tiba ain sampai... "gelak sampai boleh dengar dari hujung sana."
maka, taklah aku jadi pemarah malam tadi. nasib baik jadi jumpa kalau tak mau berminggu aku buat-buat merajuk malas nak jumpa ko ain. haiiiiiiih... sebab aku mengenangkan kawan-kawan dah mengandung je buat aku tak nak jadi pemarah sebab aku tak nak budak-budak ni lahir kang dorang mengata aku.
'oh suara garang ni la yang aku dengar dari dalam perut mak aku lagi. huaaaaaaaaaa....' (nangis beriya sampai tak mo pandang aku! ishh... mintak simpang jangan jadi macam tu. jadi pesan aku kat kawan-kawan yang aku sayang ni, mengandunglah selalu... heheh. supaya penyakit marah aku ni jadi cool jek)
09 November 2010
bukan macam tu... macam ni
07 November 2010
ada magisnya
04 November 2010
waktu sengal aku

setiap musibah ada hikmahnya. pelan-pelan kayuh basikal jangan sampai roda tercabut macam gambar kat atas ni. kadang-kadang walau kita dah ambil langkah berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian, kita masih lagi perlu berdepan dengan segala onak dan ranjau durinya bak kata ayat-ayat dalam buku cerita.
lompat si katak lompat
oren dan epal
ikutlah tekak masing-masing. kalau suka oren, makanlah oren. kalau suka epal, beli dan makanlah epal. jangan dibuat perbandingan. masing-masing punya kelebihan. dua-dua sedap. dua-dua orang ramai suka. ada juga orang ramai yang tak suka lalu memilih pisang.
dalam hidup pun macam tu. jangan suka dibuat perbandingan pada dua perkara yang berbeza. pada satu-satu perkara tu akan tetap ada perbezaan dan persamaannya. jadi, fikir-fikirkanlah.
03 November 2010
betul kan kata saya?

benar kamu betul. kalau saya salah tolong ingatkan.
tapi tak semestinya saya salah. itu sebabnya saya ingatkan.
betul. tak betul. benar dan salah.
semuanya betul dan salah.
saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.
1, 2, 3, mula....
