26 Februari 2015

masa depan


Bismillah.

Dalam banyak perkara yang dibincangkan lewat ini, ramai orang di sekeliling aku merancang masa depan yang hebat. Yang menarik perhatian aku tentunya naik pangkat dan kuasa.

Aku beri kata-kata yang sedap didengar. Ada kala aku langgar norma kebiasaan dengan provokasi lainnya. Sebab aku tak nak kawan aku hanyut dalam angannya. Kawan, aku tahu kamu hebat. Berpijak di bumi walau anganmu setinggi langit. Bila capai citamu yang di langit, ingatlah kaki masih berpijak di bumi. Jangan kamu terapung di antara keduanya kerana tiada arah yang mampu membawamu ke atas atau ke bawah.

Cerita masa depan adakalanya takutkan aku. Aku juga merancang sesuatu yang hebat. Bersama kawan-kawan yang punya cita-cita yang sama. Dari bermula angan hingga ia jadi nyata Allah beri sedikit ujian. Jawab aku sabarlah. Mana ada pantai yang tak dipukul ombak. Mana ada rumah yang tak terkena hujan.

16 Februari 2015

kekok.

Bismillah.

Sesuatu yang kita biasa jadi yang tidak biasa itu bagi aku - kekok.

Semuanya ok di sini. Di tempat baru.

Tapi mungkin kerana ada perkara yang sekian lama dilakukan secara luarbiasa tapi tiada lagi dan itu kekok bagi aku.

Aku perlu sesuaikan diri. Terima apa pun di sekeliling aku.

Biar rasa kekok itu jadi biasa bagi aku insan yang biasa-biasa ini.

10 Februari 2015

maafkan aku kawan...





Bismillah...

Maafkan aku kawan kerana aku pergi dulu. Aku pergi kerana aku perlu buat begitu. Maafkan aku kawan kalau hal ini menyinggung hatimu. Tapi yang perlu kau tahu aku gembira bersamamu.

Bersama kamu kita punya banyak cerita. Cerita sedih dan suka. Kita gembira bersama. Kita kongsi hal sedih bersama.

Kamu senyum. Aku senyum. Harap aku apabila aku senyum. Kamu kembali senyum kepadaku.

04 Februari 2015

rezeki

Bismillah...

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang kita nampak fizikalnya. Ada yang kita rasa nikmatnya sahaja.

Allah Maha Pemurah... segala-gala telah diatur cantik oleh-Nya.

selamat

Bismillah...

Selamat semuanya. Di tempat baru. Tempat lama ditinggalkan dengan membawa segala kenangan dan pengalaman yang baik-baik belaka.

Permulaan hebat tahun 2015. Januari yang awesome. Februari yang bermula dengan eksaited bagi perkara yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah. Tunggu Mac tiba dengan debaran lain tapi penuh teruja. April dan seterusnya moga ada cerita baru yang lain. Amin...

02 Februari 2015

penantian satu kemenangan

Bismillah...

020215

Kalau dulu kita selalu dengar ungkapan penantian satu penyiksaan. Cuba kita tukar dengan penantian satu kemenangan. Apa rasa??? Best wooo...

Untuk orang yang diuji - saat menantikan sesuatu yg sangat kita hajatkan bila tak jadi kenyataan memanglah terseksa jiwa dan raga. Sebaliknya kalau penantian kita termakbul, tercapai dan jadi kenyataan itulah kemenangan.

Macam perlawanan bola sepak contohnya. 90 minit masa perlawanan umpama satu perjudian. Kemenangan berpihak bukan pada nasib. Usaha, kerjasama, persefahaman dan kerja keras kita antara kayu ukur kemenangan. Jangan lupa faktor luaran seperti sokongan penyokong, strategi jurulatih dan peranan pihak pengurusan yg menjaga kebajikan pemain.

Kita merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah Yang Maha Mengetahui. Allah lagi tahu kita layak menang atau tak. Kita jaga hak Dia, Allah beri hak kita melalui kemenangan yg kita inginkan. Semuanya dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Dia.

Usai menang syukurlah kerana kita sangat dekat dengan-Nya. Jaga cinta ini. Huhungan kita dengan Pencipta sematkan untuk satu hari nanti kita akan menemui-Nya. Bukankah ini lagi satu kemenangan yg indah?