24 Februari 2014

Mencari Hikmah Dalam Setiap Kejadian

Bismillah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu. Terlalu sukar untuk mengungkap dengan kata-kata apatah lagi menulis segalanya.

Ya Allah, terima kasih atas gerak hati yang Kau berikan kepadaku. Gerak hati untuk semua perkara yang terjadi. Yang melarakan hati, jiwa dan raga. Akhirnya, aku tahu sesuatu apa yang aku mahukan. Sekarang, inilah masanya. Untuk segala daya dan usaha akan kukerahkan segalanya. Lillahita'ala.

Bergetarnya jiwa bergemuruh rasa berlinangan air mata sekali pun, akan aku pastikan perkara itu berjaya. Terima kasih Ya Allah kerana Kau ketemukan aku dengan insan-insan yang hebat yang merubah cara aku berfikir dan mencari hikmah di sebaliknya.

Ya Allah, kurniakanlah padaku nikmat untuk aku terus tabah dan meneruskan perjuangan ini. Perjuangan yang belum selesai sampai bila-bila pun. Besar harapan aku ada kenikmatan pada waktu tertentu. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu.

Terus beri aku kekuatan-Mu, Ya Allah. Amin...

12 Februari 2014

maaf, saya salah...

adakalanya bahagia tu lambat datangnya. atau bahagia tu dah datang tapi kita tak merasainya.
aduh... sakit betul rasa derita. bertambah dengan hal dukacita dimaklumkan.

entah apa-apa. tapi aku mengerti satu perkara. belum masanya. kadang kita rasa kita betul, inilah masanya. tapi, Allah jua Yang Maha Mengetahui... itu kerana Allah sayang. Allah belum benarkan hal itu terjadi.

Allah sayang, Allah lindungi kita supaya kita tak lupakan Dia. Ya Allah maafkan aku, segala khilaf yang aku lakukan. aku salah. salah banyak untuk banyak perkara. kadang kita tak sedar atas tindakan, perbuatan dan tutur kata kita menyakiti orang yang menerima tamparan atas kelakuan kita.

maaf, saya salah...

01 Februari 2014

baru

Assalamualaikum,

Sampai masuk tahun baru bulan baru. Fuhhh...

Mental blok. Tiada ilham.
Mahu tulis tapi macam dah tak reti.

Kesian.

Recap. Hujung tahun lepas say warded lima hari. Tahun lalu tahun yang mencabar. Banyak juga perkara yang menyakitkan hati dan diri.
Tak suka. Tapi apa boleh buat.

Tahun ini mahu lebih baik. Lebih baik saya jaga diri saya dulu. Lebih baik saya lupakan hal-hal yang buat saya menyampah.

Langkah satu - saya mahu ke tempat baru. Keluar daripada tempat yang banyak buat saya suka dan duka lebih-lebih lagi. Hai hati bersabar la. Tak lama lagi. Insya Allah.