21 Januari 2013

Ajari Aku Anuar Zain Official Music Video



Ajari aku tuk bisa

Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu

Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu

20 Januari 2013

true


Parodi Forum Suara Mahasiswa


Assalamualaikum. Tu dia....... hangat lah minggu lepas-lepas pasal satu Forum Mahasiswa. Aku tau semua orang dah tau. Tak pa lah, siapa betul ka salah ka, aku malas nak ulas. Masing-masing kita pun rasa hal yang sama kot. Tapi, apa pun aku lagi suka layan si Matluthfi90 ni. Video parodi dia ni sengal, buat aku gelak sakan n tengok berkali-kali. 

So, sharing is caring.... Kita pakat la tapis sendiri mana baik mana buruk na.

16 Januari 2013

Aku Punya Suka

Lately ni aku lebih suka ke dapur. Sebab aku rasa macam satu terapi yang dapat kurangkan ketegangan otak dan minda aku lepas penat bekerja. Dapat kelentang-kelentung masak untuk makan malam rasa macam... wahhh!

Kadang hari Sabtu sebelum aku balik kampung terchenta - Kg. Datuk Keramat pun aku sempat buat sarapan yang semudah yang boleh untuk aku alas perut sebelum aku keluar rumah. Best weh masak. Macam biasa menu aku Western la. Hahaha...

Pilihan masakan barat aku ni buat kawan aku rasa macam menyampah la kot, asyik-asyik western. Dah macam mana, kalau nak masak masakan melayu rasa tak feel makan sorang. Paling mudah untuk sediakan hidangan sorang makan memang masakan barat. Tambah pulak memang aku spare beli spageti banyak-banyak banding simpan beras kat rumah. Tapi tak bermakna aku sekarang ni tengah diet nasi ke apa. Sehari sekali je aku makan nasi. Kadang aku simpan perut sebab tau nanti hujung minggu mak aku masak nasi n lauk-pauk yang paling sedap dalam dunia. Hehe...

Satu hal yang lain lepas masak aku amik gambar n post kt FB. Ni aku sure sangat, mesti ada kawan-kawan aku yang naik menyampah gak dengan perangai aku yang satu ni. Hahaha... Seperti mana kalau aku baca status kawan-kawan kat FN yang bersayang-sayang bagai, mesti ada kawan-kawan aku yang rasa 'ek eleh pjan ni, poyo giler asyik nak pos gambar makanan jek!' Hahaha... tu namanya aku punya suka lah. (jahat je aku rasa statement aku ni. hehehe... soryy eh korang)

Tapi aku rasalah, satu hari nanti aku memang patut meniaga bukak restoran pasal passion aku kat bidang masak-masak ni memang aku tak leh nak nafikannya lagi, Ok, korang doa-doakanlah ye. Mana tau murah rezeki aku, termakbul impian aku yang satu ni. Kalau bukan sekarang, nanti pasti kita akan bercerita lagi pasal hal ni. 






Lain Macam

Lain macam, aku yang dulu dan sekarang. Haha... Aku baca cerita-cerita aku yang lepas dengan label- Aku. Memang macam-macam ekspresi... dengan emonya, dengan cerita merepeknya. Lain dan banyak perbezaannya. Perbezaan yang ikut situasi semasa. Ada perkara yang aku rindukan aku yang dulu dan ada perkara yang aku tak mahu hal tu berulang atau terjadi lagi. Lesson learned.

Ya Allah, moga perubahan diri aku ni akan beri kebaikan buat aku dan orang di sekeliling aku. Tak perlu aku ulas satu persatu tapi bila baca balik cerita-cerita Aku memang ada yang buat aku terkedu, rindu, syahdu dan haru... hmmm...

Pertambahan usia buat kita jadi lebih matang. Lebih berfikir, lebih tenang. Hendaknya, biarlah perkara baik ini berterusan. Amin...

Yuna ft Qi Razali - KL Kita - Official Music Video (OST Kolumpo)


Waktu mencemburui aku 
Kota raya menjamah ku 
Di mana perginya mimpi ku 
Mungkin dijemari mu 
Kau menghidupkan semangat ku 
Kau memberikan harapan 
Dan kau rampas semula 
Ku mencari jawapan 
Di setiap persimpangan 
Impian yang ku simpan 
Hanya pada mu



10 Januari 2013

Mari Hulurkan Bantuan


Assalamualaikum. Keratan akhbar pertama untuk majlis pertama kat kolej saya ni. Keratan akhbar Harian Metro m/s 15 ni la hasilnya. Woot... woot... 

Majlis Pelancaran Briged Sukarelawan (BRISK) dan Tabung Kemanusiaan Gaza ni akan disalurkan terus kepada NGO Aqsa Syarif bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. Harapnya, semoga rakyat Palestin di sana akan terus bertahan dan beroleh kemenangan dengan pertolongan daripada Allah s.w.t jua.

Amin... amin... Ya Rabbal Alamin.

Ketika segmen perkongsian ilmu bersama Ustaz Soberi Rejab yang pernah ke Gaza bersama Afdlin Shauki baru-baru ni memang membuat aku terkesan. Rasa macam nak gi sana ja. Hmm... Kata Ustaz Soberi mereka ke sana dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri kira-kira dalam RM6000. Segala sumbangan dana rakyat Malaysia pula dibawa ke sana untuk pembangunan Palestin. Melalui dana rakyat Malaysia telah dibina kilang roti, ladang ternakan dan lain-lain lagi. Tambah Ustaz Soberi di Palestin, mereka jual roti pada tiga harga. Ada harga yg mahal untuk orang kaya, ada harga yang murah bagi mereka yang berkemampuan manakala orang miskin roti diberikan percuma. Ini bermakna mereka di sana tidak ada yang mengaku miskin hanya semata-mata untuk mendapatkan barangan percuma. 

Lebih menyentuh hati apabila rakyat Malaysia ada nak menghulurkan makanan atau sebagainya mereka pada mulanya menolak sebab rasa mereka tak layak - ada golongan lain yang lebih layak terima. Tapi setelah diberitahu pemberian itu sebagai hadiah, mereka berbesar hati menerimanya.

Rakyat Palestin di sana menderita tapi mereka sangat kuat. Bayangkan semuanya nak mati syahid demi menegakkan syiar Islam. Seawal 8 tahun mereka dah menghafal al-Quran. Mereka ada strategi sendiri untuk menentang Israel laknatullah. Dan banyak lagi cerita Ustaz Soberi yang menyentuh hati. Beliau terus mengajak semua rakyat Malaysia teruskan memberi sumbangan. Sesungguhnya Allah sahaja yang layak memberikan kebaikan kepada kita yang memberikan sumbangan ini. 

Nota: Kalau berpeluang ke Gaza memang aku nak sangat pergi. Sebenarnya aku pernah rasa macam jeles je bila kawan-kawan sekelas aku (Journalism) dah berpeluang ke sana sini termasuk Gaza. Takpe lah dah kerja ni yang aku pilihkan. Ada rezeki dan peluang satu hari nanti, siapa tau giliran aku pulak kan? 




05 Januari 2013

Resepi pertama 2013

Spaghetti Omelet With Crab & Broccoli

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2013. Bye-bye 2012. Cerita banyak tak larat nak tulis. Ni cuma nak kongsi resepi yang senang untuk dibuat. Nama makanan ni Spaghetti Omelet With Crab & Broccoli atau nama Melayunya Telur Dadar Spageti dengan Isi Ketam dan Brokoli. Hahaha....

Bahan-bahan:

1/5 peket spageti direbus
3 biji telur
3 sudu besar krim keju
Secubit garam + lada hitam +chilli flakes

1 biji bawang besar (kuning)
Segengam brokoli
5 stik isi ketam

1. Pukul telur dengan krim keju, masukkan garam, lada hitam n chilli flakes.
2. Hiriskan bawang besar, potong kecil brokoli dan isi ketam.
3. Panaskan non-stick fry pan. Layukan bawang tanpa minyak, masukkan brokoli dan isi ketam. Gaul rata dengan sedikit garam n lada hitam selama 2 minit.
4. Masukkan spageti yg dah direbus dalam adunan telur, masukkan isi ketam, brokoli dan bawang.
5. Griskan non-stick fry pan dengan minyak zaitun, masukkan telur ke dalam kuali ni. Masukkan dalam oven dan bakar dalam kepanasan 18 darjah Celcius selama 10-15 minit.

Siap! Selamat memasak, mencuba dan makan. Aku makan sepotong pun dah super kenyang. Hehehe...