28 Ogos 2012

KodokMondok - Selamat Hari Raya 1433H

Tsara tengok apa tu?

Baju raya Ain biasa2 je :p

Ni rumah last. 10 ke 15 minit gak la tunggu pintu tu bukak. Haih...

Kpah dgn cite download appilcationnya. 

Mkn kuih raya Ain buat - popia nestum.

Sorg je tak ada - tgh pantang kan?

24 Ogos 2012

Ours - Kodok Junior

Adam ngantuk tapi auntie2 nak tengok jugak

Hai, aunties. Saya, Adam Rayyan :)
Kaki bola ni nanti. 

Termenung kejap Tsara - kalau ibu ada adik nanti macam mana?




Tsara dah boleh jadi kakak dah ni. Hehehe
Aisyah Safiyyah n Tsara Eishal. 

Jom, masak!

Salam semua,

Mungkin ada yang dah bosan layan ketupat, lemang n rendang. Jom, cuba masak resepi ni pulak.

http://fizanhamzah.blogspot.com/2012/08/blackpepper-beef-steak-with-mashed.html

22 Ogos 2012

sabarlah

Kita manusia bukan malaikat. Lalu, saya tersepit lagi dengan persoalan dunia. Walau bicara itu tidak mengenai apa-apa yang ditulis dengan huruf-huruf J O D O H, saya perlu bereaksi kurang selesa dengan persoalan-persoalan lainnya.

'Sekarang kerja dekat mana?'
"Kolej, di Banting," ringkas jawap saya. 
'Kenapa di sana? Mintak tukar ke?'

Saya mula kurang selesa. Lalu, diam adalah jawapannya. Adakala saya menjawab juga. Sekadar basa-basi saja. Saya faham mereka tak mengerti. Sedang saya bergelut sendiri dengan masalah sendiri, tak kan semua masalah saya perlu saya omelkan di sini dan menjaja cerita peribadi di sana sini. Cukuplah saya kongsikan dengan mereka yang faham saja.

Sukar. Memberi kefahaman atau pemahaman kepada mereka ini. Sukar juga  buat saya untuk meniti hari-hari lalu tanpa mereka ambil tahu. Tahu mereka, tugas saya mudah saja. *senyum sumbing dan herot bibir sajalah saya* 

Tidak kurang juga ada yang terus-terusan bertanya - kenapa? Ishhh... 

Satu hari, ada satu perkara terjadi. Lalu, seorang kawan memberitahu saya. 'Sepertinya dia mahu menjadi kamu. Itu yang saya rasa tapi tak tahulah kalau saya salah.'

Kalau boleh saya melopongkan mulut pada ketika itu, pasti lalat masuk ke dalam disangkakan mulut saya ini gua! Saya membalas, "Kenapa dia nak jadi saya. Hidup saya pun kurang serba-serbi. Apa yang seronoknya jadi saya?"

Fahamlah saya, mereka tidak pernah mahu mengerti. Memilih untuk menjadi saya dan bukan Siti Nurhaliza atau Nealofa adalah satu perkara yang buang masa saja! Sia-sia. 

Nah, kalau nak menjadi saya, jadilah. Sesungguhnya kalau saya diberi pilihan mahu menjadi siapa dalam hidup ini atau jika dibangkitkan kembali, nescaya saya memang selesa begini dan tak mahu menjadi siapa-siapa. Syukur Alhamdulilah, dalam serba kekurangan saya rasa saya ada kelebihan iaitu tidak perlu saya menjadi siapa-siapa melainkan menjadi diri sendiri.

Lalu, ayat untuk pujuk hati. Bersabar sajalah. Sabar yang menguatkan saya. Sabar yang mengajar saya memahami jerit payah ini. Sabar yang mengajar saya siapa kawan sejati dan kawan yang perlu saya jauhi. Sabar juga mengajar saya mengenali diri sendiri dan mendekatkan diri kepada Ilahi. 

Sabarlah, sabar dan sabarlah. 


21 Ogos 2012

ikhlas itu balasannya syurga Allah

Assalamualaikum,

Salam 3 Syawal 1433H. Saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri saya yang pernah saya lakukan sama ada yang saya sedari mahupun di luar sedar saya kepada semua kawan-kawan yang kita sayang. Setelah sebulan berpuasa, kita meraikan Syawal dengan satu kemenangan. Kemenangan yang besar kerana selama sebulan kita berusaha mendidik nafsu dan meningkatkan amal ibadat. 

Moga amal ibadat yang kita lakukan pada Ramadan yang lalu akan kita amalkan secara berterusan. Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya. Amin...

Pada Ramadan yang lalu, saya melihat satu perubahan kepada banyak orang di keliling saya. Lalu, saya bertanya pada diri, apa yang sedang berlaku? Mereka berubah, aku? Macam mana dengan aku? Tidak ada apa-apa perubahan kah? Aku kah yang masih biasa-biasa saja? 

Adakalanya persoalan itu berlalu tanpa jawapannya. Aku diam lalu terus pejamkan mata. Dengan harapan apabila mata terpejam maka aku boleh lupakan seketika persoalan-persoalan dalam benak kepala aku ni. Ya, memang aku lupa apabila memejamkan mata. Tapi, tak selamanya mata kan terus terpejam, kan? 

Aku bertanya lagi dan lagi. Aku harap akan temui jawapan dan bisa mengerti. Lalu, ku pujuk hati dengan memberikan jawapan ini kepada diri sendiri. Mudah-mudahan saja aku dan kamu dapat perbaiki diri. Walau mungkin bukan kini tapi nanti. Ya, satu hari nanti. 

Ikhlas itu balasannya adalah syurga Allah. Lalu aku mencari makna ikhlas. Ikhlas itu sinonimnya adalah suci, jujur, rela, tulus. Maka, benak aku terus berlegar. Daripada satu perkataan menjadi empat perkataan yang lain. Sinonimnya adalah sama ertinya. Aku bingung. 

Lalu daripada pemahaman aku sendiri (yang cetek ilmunya ini - kalian bisa saja menghentam dan menegur tulisan saya ini. Saya ikhlas menerima teguran itu). 

Permulaan ikhlas itu adalah niat yang baik. Tapi, saya bertanya juga. Niat solat itu juga adalah demi melakukan perkara yang baik. Tapi, adakalanya kita leka lalu dalam solat itu kita berhutang khusyuk kepada-Nya. Masya Allah. Malu aku. Kalian juga perlu malu jika ada rasa sama seperti aku. 

Aku cuba untuk tidak menyulitkan keadaan. Ah, kita kan manusia dan bukan malaikat! Aku cuba memahamkan perlakuan ikhlas itu yang seerti dan berjalan seiringan dengan empat perkataan yang lain tadi iaitu suci, jujur, rela dan tulus. Lalu aku tergerak untuk menggerakkan jejari aku di papan kekunci ini dengan menulis perkataan HATI

HATI yang suci, bersih dan tidak hitam daripada noda adalah kunci utama bagi perlakuan ikhlas, jujur, rela dan tulus. Barangkali aku memujuk diri. 




18 Ogos 2012

beritahu satu dunia






Beritahu satu dunia aku sudah jatuh cinta.

Beritahu satu dunia aku sedang bercinta.

Beritahu satu dunia, oh bahagianya bila kita bertemu cinta.

Mencintai-Mu sungguh sempurna. 



Tolong aku beritahu satu dunia, ya? 

Terima kasih cinta. Terima kasih Tuhan yang anugerahkan cinta pada kita. 


Untuk kamu, untuk kita, untuk semua.  

Sebelum mata dipejam



Sebelum mata dipejam, saya harap hari esok akan lebih baik daripada semalam.
Sebelum mata dipejam, saya harap saya tak mengguriskan perasaan orang. 
Sebelum mata dipejam, saya harap saya dapat membahagiakan setiap orang di sekeliling saya.
Sebelum mata dipejam, saya harap akan jadi manusia yang boleh diharapkan. 
Sebelum mata dipejam, saya harap hari esok tidak seperti semalam. 
Sebelum mata dipejam, saya harap saya akan terus tabah dan cekal. 
Sebelum mata dipejam, saya harap dan terus berharap tanpa putus asa. 
Segalanya akan sempurna dengan izin-Nya.  
Sebelum mata dipejam, saya mohon ampun dan maaf atas salah silap saya. 
Sebelum mata dipejam, saya harap awak semua akan memaafkan salah silap saya. 
Sebelum mata dipejam saya juga dah maafkan segala salah silap semua orang pada saya. 
Saya hanya hamba-Nya yang hidup atas nikmat yang sementara.

13 Ogos 2012

Adam Rayyan - 3rd Kodok Junior

Adam Rayyan's

Hi, aunties! Nampak tak ciri-ciri kaki bola saya ni? Hehehe....
Ni la anak Siti Hajar Fauzi aka Kodok Stress yang selamat melahirkan baby boy 1 Ogos 2012.
Semalam aku, Kodok Bob, Bob n Tsara plus Kodok Chubby melawat Adam. As usual baby tengah tidur tapi ibu baby bawak kendong keluar dengan sebelah tangan je. Aku n Kodok Bob melopong kejap. Pehhh... tu la ciri-ciri ibu profesional. Honestly, kalau baby baru lahir dengan berat tak sampai 5kg ni aku memang tak pandai kendong. Aku akan tengok, senyum-senyum dan agah baby bolehlah. 

Walaupun anak buah aku dah lima kesemuanya, memang aku tak pernah or akan try test kendong dorang. Sebabnya aku takut - kepala baby kan lembut lagi. Aku keras! Ishhh... ye lah, nanti ada anak sendiri mesti pro dengan tiba-tiba, kan? Harapan sangat! Haha... 

Macam biasa kalau anak orang lahir, kita mesti nak tengok baby ni ikut muka mak ke ayah ke or terkenan sesapa macam kes Tsara terkenan kat Kpah? Hehe... Tapi, Adam... Kehenseman dia ni tak nampak ikut muka sesape lagi sama ada ibu or abah dia.

Bagusnya Adam ni, kitaorang borak macam mana kuat pun dia wat derk je tidur lepas dapat minum susu. Haishh... Aisyah pulak (kakak Adam) pandai bawak diri main-main dengan Tsara n dunia dia sendiri. Tapi tu  adalah aksi sopan sementara je depan auntie-auntie dia cover tunjuk baik. Walhal, dah macam-macam aksi kakak buli adik sebab jeles n she needs attention lebih dari parent dia. 




09 Ogos 2012

Bagaimana Mahu Membalas Kebaikan Orang Pada Kita?

Sungguh saya tak kenal dia, tapi dia ikhlas membantu saya. Bantuan dia sangat-sangat saya hargai. Tapi, bagaimana mahu membalas kebaikan orang pada kita?

Saya doakan hal-hal yang terbaik untuk dia. Semoga kehidupannya mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amin.

ikhlas ke aku?







“Ikhlaskan diri kamu untuk semuanya kerana Allah. Ikhlaskan diri kamu untuk apa sahaja yang mendatang. Ikhlaskan hati untuk membahagiakan orang lain dengan tidak memeram dendam dalam kepala dan tidak meluah marah daripada lidah. Ikhlas bukan sekadar pada ibadah, ikhlas juga pada ujian yang mendatang.”

~kredit to dingin.blogspot.com~


balasan cinta Tuhan

tanda cinta dari Tuhan
setiap hari diberikan udara yang cukup
terus bernafas. kuat.

tanda cinta dari Tuhan
diturunkan hujan mengalir di sungai, mengalir di lautan.

tanda cinta dari Tuhan dipermudahkan segala urusan.
yang sukar jadi senang. yang senang, bersenang-lenang.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan-ku.

balasan cinta Tuhan
tak mampu diberikan walau untuk kusyuk dalam solat.
bersujud solat tengah malam.
manusia jadi malu kepada-Nya.

di hadapan Tuhan
mengharap cinta-Nya
namun cinta itu kurang atau tak mampu kita membalasnya.

Takdir Cinta

Saya tidak kenal pun dia. Dia di sebelah saya menegur tentang hal yang lainnya lalu terus dia mengatakan tentang diri dia. Ujian Tuhan. Takdir cintanya dipanggil Tuhan lewat hujung tahun lalu. Itu takdir cinta dia. Sang suaminya tidak pernah mengadu sakit tapi dia telah pun menjadi balu. Anaknya masih kecil kerana kata dia baru saja mendirikan rumah tangga yang bahagia sekitar setahun lebih. Nada suaranya sayu menahan sebak. Saya tahu, dia tak tipu. Kata saya - sabarlah (walaupun cliche, saya perlu juga katakan sesuatu). 

 *** 

901 - sedang manusia lainnya memperjuangkan sesuatu. Saya ditemukan Tuhan dengan kisah kehidupan yang tiada siapa sangka, saya jadi tempat dia mengadu. Dia wanita pilihan Tuhan, diduga dan diuji melalui takdir cintanya. Adakalanya saya terfikir begini, manusia sering mengejar cinta manusia. Mengagumi pasangannya. Memujinya sepenuh jiwa dan raganya. Akhirnya, cinta manusia ditinggalkan/dipisahkan. Sama ada kita bersedia ataupun tidak, Allah sentiasa ada untuk kita. Dia yang memberi cinta, Dia jugalah yang mengambil cinta. 

terpaksa sanggup



"Terkadang ada perkara yang kita tak sanggup menghadapinya kita terpaksa menyanggupinya. Terpaksa sanggup." (CikPanda)

Cerita 4.0 (4 perenggan)

[entri peram]



Dan apabila kepentingan peribadi melebihi kepentingan pertiwi, yang suci dan terpuji jadi bangsat dan keji. Dan apabila keamanan yang dilaungkan, kebencian pula yang diterbitkan. Dan apabila kamu bilang kamu boleh, kamu juga boleh menjadi sekejam Israel layaknya.

Saya malu menatap episod-episod yag memalukan, yang memilukan. Mengenang nasib bangsa sendiri dan bangsa-bangsa lain yang bersatu. Katanya mahu aman tapi entah di mana silapnya yang aman jadi tidak tenteram lagi. Berpaksikan kebenaran, makin lama makin terselak. Muak dan jijik. Cerita najis - yang busuk lagi meloyakan.

Benar dan salah tidak tahu yang mana. Kerana segalanya menjaja cerita peribadi. Ceritanya diluah tidak kena pada masa. Jika kamu yakin kamu benar, selesaikan masalah keluarga bersama keluargamu, bukan mendedahkan aibnya kepada khalayak. Jika benar dia salah, selesaikanlah masalah kamu sendiri. Masalah kamu dan keluarga kamu bukan masalah pertiwi. Hanya mahu diri mendapat hormat, kamu hilang kehormatan diri. Di depan siapa lagi? Anak bangsa sendiri. 

Ada lagi. Salah menyalahi berbondong-bondong ceritanya. Yang salah kerana manusia menghukum sendiri. Sebetulnya manusia terlupa akan adanya hukum Allah Yang Maha Berkuasa. 









Bila Berperang




"Bila berperang tak menggunakan pedang atau senapang, berperanglah menggunakan ilmu dan akal." (CikPanda)

Blackpepper Beef Steak with Mashed Potatoes, French Beans and Chacos

Foto by Ketua Kodok 


Updated! (utk 2 org makan)

2 keping daging batang pinang
Lada hitam
Secubit garam
Kacang buncis
Chacos

Resepi Kentang Lenyek, sila klik kat sini http://fizanhamzah.blogspot.com/2011/08/resipi-kentang-lenyek-dengan-gravy.html
- Tip: untuk blackpepper sauce ni buat cara yang sama macam gravy mashed potato cuma lebihkan kicap dan lebihkan lada hitam!

Cara memasak
Perapkan daging dengan garam dan lada hitam dalam 10 minit. Kemudian bakar selama 15 minit dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius

Buatkan kentang lenyek seperti dalam resepi.

Celur kacang buncis hingga lembut.
Masukkan kacang buncis yang telah dicelur ke dalam semangkuk ais dan air untuk dapatkan kacang buncis yang dicelur tu ranggup.

Cara-cara Menghidang

Letakkan kentang lenyek di atas pinggan.
Letakkan beberapa keping Chahcos perisa original diikuti kacang buncis.
Hidangkan daging di atas kacang buncis dan curahkan kuah lada hitam di atasnya.
Siap!

Selamat memasak.

cinta bukan sekadar senyum

Assalamualaikum,

Salam 20 Ramadan. Cepat sungguh masa berlalu, kan? Hujung-hujung Ramadan ni, ada sayu di hujung hati kerana Ramadan akan berlalu beberapa hari lagi.

Hal yang lepas biarkanlah berlalu. Hari ni sekadar mau kongsikan satu cerita yang buat saya berfikir dan tersenyum kerana ada benarnya. Nah, ini pautannya http://dingin.blogspot.com/2007/07/bukan-sekadar-senyuman.html

Bacalah. Saya suka layan blog ni. Penulisnya ada kata-kata hebat. Sedikit sebanyak kadang-kadang tulisannya mempengaruhi cara pemikiran dan penulisan saya.

01 Ogos 2012

Kak, ni sayur apa?

Satu hari di bulan Ramadan, (baru-baru ni lah) kat sebuah hypermarket.

"Kak, yang mana satu sawi?" Sambil menunjukkan dua jenis sayur di tangan kanan dan kirinya.
Aku terkebil-kebil. Dalam hati, 'Eh, adik ni tanya aku ke?'
Aku tengok dia, pastu tengok sayur-sayuran kat tangan dia.
'Budak ni nak prank aku ke?' Sebab kat tangan dia dua-dua sawi. Satu sawi biasa satu lagi sawi batang putih atau pak choy.

Tapi sebab aku tengok muka dia blur, aku pun cakap sambil belek sayur-sayuran tu untuk pastikan aku bagi jawapan betul. Kot mana la tau, ada rancangan khas siap kamera disorokkan dan nak menguji tahap kecekapan manusia-manusia atau kaum hawa dalam mengenal pasti jenis-jenis sayuran kat hypermarket.

Aku pun jawab, "Yang ni sawi biasa. Yang ni pun sawi jugak. Sawi batang putih."
Muka adik ni blur dan kawan kat sebelah pun blur. Mungkin jawapan aku tak meyakinkan dorang kot.
Lalu aku sambung, "Betul, dua-dua ni sawi."
Aku senyum untuk meyakinkan dorang.
Adik-adik ni lega.

"Kak, yang ni bayam. Betul, kan?"
"Ye, tu bayam."
Sengih-sengih dorang pegang sayur-sayuran tu. Kawan kat sebelah dia siap hembus nafas lega. Senyum.

Lepas tu aku sambung aktiviti beli-belah aku. Lepas tu aku balik macam-macam aku fikir. Dorang nak masak apa? Kenapa ada gak orang tak kenal rupa paras sayur-sayuran yang mudah? Bukan ke waktu kita kecik-kecik dulu ada kamus bergambar. Ada gambar pastu bawah gambar tu ada nama.

Lepas tu aku terkenanglah zaman-zaman aku habis SPM. Mak aku memang trained aku gi pasar sorang-sorang dengan senarai barang-barang yang mak pesan. Dan, aku rasa adik tadi tu pun mak dia yang suruh beli sawi n bayam tu.

** Moral cerita: Malu bertanya sesat jalan, dik!
Alaaa... tak pe, tiap hari belajar perkara baru. Macam baru-baru ni aku tengok rancangan masakan Chef Shers gi UPM ada nama daun ni Snakegrass tapi dalam bahasa Melayunya, Daun Belalai Gajah. Aku pelik? Confuse lagi snake = ular. Translate jadi gajah? Eh, sudah tukar ka?

Apa yang penting Daun Belalai Gajah ni elok untuk elak risiko barah.