28 Jun 2012

Adibah Noor & Sam - Ke Sana Denganmu | Official Music Video (Lyrics in D...



Saya suka sangat lagu ni.

Sam : Di bibir mu, ada ukiran membayang bah'gia mu, sungguh ayu
Adibah : Di matamu, ada kerlingan tergambar debaran mu
S&A : Usah dikau sangsi, genggamlah erat tangan ku
Adibah : Ku ingin ke sana dengan mu
Korus :
S&A : Mulakan langkahmu sayang usah berhenti Jiwa dan ragaku ini tetap disisimu Sumpah setiaku hanyalah untukmu Hingga ke akhirnya dikaulah nyawa ku

Adibah : Kau nafasku Telah tersemat mendalam oh cinta mu (Sam: Oh cinta mu) Kau yang satu
Sam : Uhuu... Kau Hidupku (Adibah: Kau hidupku) Segala impian terilham oleh mu (Adibah: Uhuuu...)
S&A : Bawalah diriku, genggamlah erat tanganku
Adibah : Ku ingin ke sana dengan mu

Ulang Korus

Bridge
Sam : Bersama oh kasihku
Memohon doa restu mereka yang terus setia mencinta
Adibah : Semoga mahligai yang indah, berlimpahan jujur dan tulus Bah'gia, kekal selamanya

Ulang Korus

Song : Ke Sana Denganmu
Singer : Adibah Noor & Sam
Composer : Azlan Abu Hassan (Warner Chappell Music Publishing)
Lyrics : Adibah Noor (Warner Chappell Music Publishing)
Label : Adibah Noor Entertainment
Penerbit Eksekutif : Adibah Noor
Penerbit : Azlan Abu Hassan
Susunan Muzik/Rakaman/Adunan : Azlan Abu Hassan
Studio Rakaman/Adunan : Grooveworks Studio
Kibod/Programming : Azlan Abu Hassan
Gitar : Eddie Marzuki
String Orchestration : Eddie Marzuki
Pemain Violin/Viola : Maya, Azlan, Angela, Siew Keen
Suara Latar : Azlan Abu Hassan, Adibah Noor
Sumber Video : Gua.Com.My

18 Jun 2012

Lukisan Apa yang Perlu Saya Warnakan


Cerita apa yang perlu saya tuliskan. 
Lukisan apa yang perlu saya warnakan. 
Puisi apa yang perlu saya bacakan. 
Semuanya sudah tertulis seperti dalam suratan. 

Aku mohon pada-Mu Tuhan, cerita ini biar jadi teladan. 
Cerita kehidupan antara manusia dan sang Pencipta. Agung-Nya Cinta-Mu, Agung-Nya Kasih-Mu. 

Terima kasih Tuhan kerana beri ilham. 
Terima kasih Tuhan kerana memakbulkan. 
Terima kasih Tuhan untuk segala ketentuan. 
Untuk hari ini, esok dan masa depan. 




Miskin Kata



Kisahnya, banyak cerita. Cuba susun kata menjadi ayat tapi tidak menjadi apa.

Ada perkara yang terjadi membuatkan saya berfikir banyak kali.
Terus saya tanya diri, takdir sendiri macam-macam  boleh jadi.
Saya teruskan sendiri dengan persoalan itu berlegar-legar lagi dalam fikiran saya ini.

Mahu diluah pada siapa? Saya simpan saja. Hikmahnya hanya Allah yang akan mempermudahkan sehingga terjawab segala persoalan saya.

17 Jun 2012

Cerita Panjang Yang Tidak Diceritakan

 
Bismillah. Ceritanya panjang. Sungguh panjang. Untuk memulakannya saja cukup tidak mudah. Cerita panjang itu tidak boleh ditulis ringkas. Dalam bahasa yang mudah juga amat payah untuk diceritakan di sini. 

Tarik nafas saya dibuatnya. Menghelanya saja kedengaran seperti keluhan yang panjang. Apa ceritanya ni? Tidak gembirakah saya. Saya gembira tapi bukan cerita gembira yang mahu saya kongsikan. Saya mahu ceritakan mengenai cerita yang panjang. Mungkin juga berjela. 

Masih tidak sampai maksud cerita saya ini. Saya tahu. Jadi, ceritalah. Tak mudah seperti yang saya katakan. Mahu mulakan daripada mana juga saya tidak tahu. Maka, berbelit-belitlah ceritanya nanti. 
Si tukang cerita tidak mampukah bercerita lagi?

Bukan begitu. Bukan tidak mahu kongsikan cerita ini. Tapi banyak perkara yang terjadi. Banyak persoalan mengapa terjadi dan saya tidak punya jawapan. Saya melihat jendela di luar, jikalau ilham mendatangi diri ini hanya dengan melihat jalan tar berwarna hitam tukar kelabu. Sebuah kereta di atas jalan itu. Apa lagi? Saya lihat pemandangan tapi minda saya tidak terilham juga. 

Sudah. Cukuplah. Maaf cerita panjang ini tidak akan diceritakan di sini. Di lain masa juga mungkin tidak akan diceritakan. Jadi, kita lupakan saja. Mudah? Sebegitu mudah untuk melupakan cerita panjang ini? Sepertinya tidak mudah juga. 




04 Jun 2012

Nestum Fried Prawn with Mango Salsa n Asparagus


Bahan-bahan: 
10 - 15 ekor udang sederhana
Setengah cawan tepung jagung
Setengah cawan tepung beras
Setengah cawan tepung gandum
1 cawan nestum
Garam dan lada hitam
Sebiji telur

Seikat asparagus
Sebiji mangga masak
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
1 biji bawang merah sederhana
Sedikit Daun ketumbar 
1 biji limau nipis
Garam dan lada hitam

Cara-cara memasak udang:
1. Buang kulit udang dan bersihkan.
2. Taburkan sedikit garam dan lada hitam
3. Campurkan ketiga-tiga jenis tepung yang telah diayak bersama nestum. Letakkan sedikit garam dan lada hitam.
4. Celupkan udang dalam telur yang telah dipukul dan gaul rata dalam tepung tadi. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat udang dan toskan minyak.

Cara-cara membuat salsa mangga:
1. Cincangkan cili merah, cili hijau, bawang merah dan daun ketumbar. Letakkan dalam satu mangkuk.
2. Cincangkan sebiji mangga masak dan campurkan dalam campuran cili-cili tadi.
3. Perahkan dengan jus limau nipis.
4. Tambahkan sedikit garam dan lada hitam dalam

* Asparagus dipotong panjang dan dicelur dalam air panas dan toskan.

Cara untuk menghidang:
1. Separuh asparagus disusun di atas pinggan.
2. Letakkan udang.
3. Letakkan salsa mangga,
4. Taburkan lebihan asparagus.
5. Taburkan salsa mangga di atas asparagus.

Tip:
1. Kalau tak nak guna nestum, boleh ganti dengan oat atau serbuk roti panko atau kalau tak suka bijiran, masih lagi boleh dapat salutan tepung yang rangup.
2. Kalau tak nak guna udang, boleh guna sotong atau isi ikan atau isi ayam.
3. Boleh guna lada capsicum kalau tak nak guna cili merah dan hijau. Kalau lidah korang tebal boleh jugak guna  cili padi tapi nama tu dah tak berapa nak salsa sangat la.
4. Kalau tak suka mangga janganlah korang guna manggis pulak ye. Boleh guna tomato tapi jadi tomato salsa la.
5. Kalau tak suka daun ketumbar boleh guna English Parsley.
6. Kalau rasa limau nipis tu tak buat korang terangkat boleh ganti dengan lemon setengah biji. Tak digalakkan guna cuka buatan atau cuka epal sebab kita nak buat resepi dengan bahan-bahan segar je k.
7. Kalau tak suka asparagus ke aspalela ke boleh ganti dengan French Bean atau nama Melayunya kacang buncis. Tolong jangan ganti dengan kangkung, kailan atau bayam ye. Apatah lagi kalau korang ganti dengan taugeh. Haha.... Ayyooo jangan macam-macam k.

* Kalau korang rasa resepi ni tak best tak payah cuba la der... Kang terpotong jari cam Azwan Ali kang naye je. Selamat mencuba dan selamat makan.