29 Februari 2012

Jalan Bahagia

Benar jalan ini yang kamu mahu? Kenapa? Saya terdiam, ya kenapa? Dalam hati saya memberi jawab yang tidak terluah dari lidah - memang ini yang saya mahu. Tidak ada asbab yang lainnya. Tuhan menggerakkan hati saya untuk memilih jalan ini. Dan apabila semakin ramai yang bertanyakan, saya mula resah sedikit. Hati berbolak-balik dan bertanya pada diri sendiri - benarkah jalan ini yang saya mahu? Ya! Hati saya tetap meyakini kemahuan saya. Sejauh mana ikhlas penyataan itu, biar Tuhan yang menilaikannya. Dalam satu ruang waktu yang lain - saya terfikir tentang banyak perkara. Perkara-perkara yang saya mahu lakukan sebelum nafas terakhir saya. Sempat ke? Macam sempat, jika dengan izin-Nya. Saya yakini, jalan bahagia bukan hanya satu jalan sahaja. Perjalanan yang panjang ini, banyak juga tempat persinggahannya. Singgah kerana ada yang menyapa. Singgah kerana perlu melihat kehidupan lain yang tak pernah saya tahu sebelumnya. Singgah kerana perlu memberi kepada mereka yang memerlukan. Singgah untuk berkongsi cerita dengan insan kerdil yang lainnya. Dalam mencari jalan bahagia akan diduga dengan cerita lainnya juga. Allah sedang menguji, diri kita, iman kita. Bersabarlah. Jalan bahagia tetap Allah janjikan. Kalau bukan di sini, di syurga nanti.

28 Februari 2012

barangkali

Tidak kuat tapi tidak juga lemah. Lemau barangkali menimpa diri. Persoalan hidup silih berganti menjengah fikiran ini. Sepertinya tidak seperti selalu terfikir begini. Selagi hayat dikandung badan, roh dan jasad masih sama-sama berada di bumi. Fikiran terus menerawang ke sana sini. Mencari intepretasi diri. Barangkali bukan hanya saya saja. Kita punya kisah yang tidak jauh beda tapi tidak sama jalan ceritanya.

22 Februari 2012

menangislah bila perlu menangis

Hari ini ada yang menangis di depan saya. Bagaimana saya harus memujuknya? Sedang saya juga sedang cuba mengusahakannya. Supaya jadi lebih baik lagi. Harap esok tiada lagi air mata dia.

Apa Mahu Saya?

Mahu tulis apa? Apa saja yang tidak mampu saya luahkan dengan lidah. Saya arahkan otak kiri dan kanan mengetik kekunci BB. Mahu luah kecewa tapi saya tahu sesuatu yang terjadi itu tak perlu disesalkan. Mahu senyum tapi hati gundah. Mahu hiba tapi saya tidak duka. Mahu suka tapi tiada perkara yang meriakan. Terasa sepi, rumah saya tidak sunyi. Maka, apa lagi yang saya mahukan malam-malam begini? Ketika pasukan bola sepak Malaysia diberikan sorakan padu penduduk bumi menentang orang-orang kecil Nagasaki. Saya tulis ini saja. Tulisan dari hati. Harapa tiada yang salah erti. Dan saya harap akan terus menulis lagi.

cerita insan kerdil

Hai orang-orang besar, saya hanya insan kerdil. Yang kerdil di sisi Tuhan-Nya. Yang kerdil ilmu kehidupannya. Yang kerdil dalam serba-serbi perkara. Namun, saya insan kerdil yang punya cerita yang ingin dikongsikan bersama. Cerita insan kerdil yang saya dapat dari cerita-cerita insan kerdil yang lain. Cerita insan kerdil yang besar maknanya buat tambah ilmu kehidupan di dunia. Ceritanya tentang ragam manusia. Dari satu cerita ke satu cerita yang lainnya, saya rumuskan begini - hidup yang kita tidak tahu panjang pendeknya, biarlah banyak memberi. Memberi dengan sepenuh hati. Memberi dengan rasa saling hormat-menghormati. Memberi tanpa rasa dibebani. Memberi tanpa meminta apa-apa imbuhan daripadanya. Ceritanya tidak tamat di sini. Kerana saya akan setia menjadi si pemerhati. Cerita insan kerdil yang akan ada kesinambungannya. Insya Allah, akan saya kongsikannya lagi nanti.

12 Februari 2012

untuk semua yang terjadi

Untuk semua perkara yang terjadi, ingatlah, akan ada perkara yang membahagiakan hati yang akan terjadi. Perkara yang sebaliknya juga pasti akan terjadi tapi terimalah dengan berlapang dada. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Beranilah berdepan dengan perkara-perkara tersebut. Kadang terdetik rasa marah. Janganlah merasa marah melalui lidah. Istighfar dalam hati, mintak petunjuk dari Illahi.

09 Februari 2012

tolooooongggg!!!

Aduh weh x larat la tunggu lama2 macam ni. Sabar je la. Ayoma, ayopa... Motif update blog mintak tolong? Hahahaha... Aku pun x tau. Sebab boring... tp demi mendapatkan sijil akreditasi, ku pasrahkan jua. Rasa cam nak nyanyi2, tapi nanti dorang masukkan aku dalam wad pulak. Hehehe. Kerja ku x mudah tp susah sangat pun tidak. Cuma aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Dah ada buat salah pun. Malu beb... Nasib baik they're all supportive. Aku? Tebalkan muka sajalah. Tak kan dah buat salah nk larikan diri pulak. Ingat, jangan mengalah.

07 Februari 2012

ternyata realiti tidak seindah mimpi atau secomel drama vanila coklat

Lelaki - perempuan - perasaan tak suka - kahwin paksa - jatuh cinta. Alahai... perasan atau tak, sejak kebelakangan ni plot cerita drama yang kita tonton hampir sama. Hero kacak - heroin cantik - hal-hal yang sweetttt dipertontonkan. Kita pun terbuai. Adakala kita pun sengih-sengih sebab suka. Atau kita pernah ada dalam situasi tu dulu or akan datang kita pun nak buat hal-hal yang sweet untuk pasangan kita. 

Vanila Coklat
Hehehe... aku cakap pasal aku. Pasal aku pun suka tengok cerita-cerita sweet ni untuk kurangkan tekanan kerja, contohnya. Hakikatnya, untuk situasi aku, dapat lah larikan minda/otak aku kejap untuk teringatkan kerja-kerja yang baru aku galas. Tapi, dalam masa yang sama aku kena bagi tip-top high speed untuk semua perkara yang berlaku kat tempat baru. 

Berbalik pada drama Vanila Coklat ni, untuk episod hari ni, ya memang sangat comel. Ternyata, realitinya esok mungkin aku tidak mampu tersengih-sengih comel bila mengadap pengurusan tertinggi tempat aku bekerja. Kerana diri ini merasa terlalu kerdil bagi menggalas tanggungjawab yang besar. (Tengah draf ucapan perasmian - sambil-sambil update dan tengok Pelangi Kasih pulak) Kerja aku tak sudah-sudah asyik mengayat saja kan. Hahaha....

Gemersik Kalbu
Yang ni pulak, satu lagi drama yang tengah meletup-letup kat tv rumah korang, kan? Kan? Drama daripada adaptasi novel. Layannn... Aku tak tau lah, hanya untuk ingatkan diri sendiri, asalkan kita berpada-pada untuk memilih hiburan yang tak melalaikan dan jangan terlalu takjub atau anatik terhadap artis-artis yang memeran watak tersebut, ok lah. 

Kita pun manusia normal, ada akal yang sihat untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya. Dan, berpijak pada dunia realiti yang sebenarnya. (Walau kadang-kadang hidup kita pun macam drama yang tidak ada penontonnya. Hehehe)

Selamat menonton dan jangan lalai dengan hiburan yang melampau. 
Sekian.



Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)


Lagu ni best... Jom, layan~~~
Weee....


S a i g o n II

Cara-cara nk masuk dalam 'lubang tikus'
Jerangkap samar
Kapal terbang dari tin minuman
Dalam terowong Cuchi - lemas weh. Orang ada sinus macama aku tak payah la masuk. Buat hidung tersumbat jek.
Khas untuk Mr Chubby: bakal abah mertua ko dah angkat senapang ni weh. Harus kecut perut!
Muzium perang. Kredit to Lindzia sebab cemerlang jalan round town sorang-sorang 
Masakan Muslim kat Kedai Hajah Baziroh. Alhamdulillah.
Tengok beg-beg KAMI sume gemok-gemok dah. Hehehe.
Shopping lagi
Auta - pegang peta tapi tak tau baca! Gaya je lebih.
Tengok bangunan ni, macam bangunan pucuk rebung TM kan?
Oh, ni bukan wayang kulit k. Ni la Ketua Kodok pose terkejut. HAPPY katanya.
Fotografer jalanan sangat ni. Gaya mesti ada. 
Saigon Square macam Sungai Wang kat Malaysia tapi memang sangat murah. 
Keadaan jalan dorang memang macam ni k. Yang penting selamat sebab tak de accident. 
Streets art. Tembak je.
Streets art lagi. Hehehe

Selamat melancong kawan-kawan. Ada rezeki, memang rasa nak pergi lagi Saigon ni. Sebab pe? Haruslah nak shopping sakan. Fuhh... banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi, nak masukkan pulak gambar-gambar bercuti dengan famili kat Pulau Pangor.



01 Februari 2012

Hari Terakhir Saya


Bismillah.
Esok permulaan cerita baru saya. Setelah genap 26 bulan saya berkhidmat di Jabatan. Banyak cerita bagus - suka, duka, pahit, manis. Pengalaman dan ilmu yang saya dapat tidak boleh dinilai dengan nilai mata wang. Tidak boleh saya dapat di mana-mana sekolah yang terhebat dalam dunia. Saya anggap pertukaran ke tempat kerja baru sebagai cabaran baru. Cerita lainnya, saya akan timba dan dapat ilmu baru juga.(Dapat jodoh juga mungkin! Hehe. Itu doa kawan-kawan dan bos saya. Saya amin kan saya. Amin.)

Terima kasih tak terhingga kepada semua orang yang banyak beri jasa - dari segi ilmu, bimbingan, dorongan dan galakan. Tak kira di mana-mana peringkat - big bosses dan kawan-kawan sekerja dari semua bahagian. Tidak kira kamu siapa, saya dengan penuh rendah diri mohon maaf kalau buat diri mereka tersinggung, terasa hati di sini sana.

Harap saya, mereka semua akan terus sokong saya tak kira di mana saya berada. Untuk persekitaran kerja baru yang asing buat saya juga, harap saya semuanya akan baik-baik belaka.


Saya akan rindu awak semua. Awak, awak, awak dan awak juga. Jaga diri k. Love you...