09 November 2011

saya mengidam!

Masa kena tahan kat hospital hari tu - aku nekad lepas keluar macam-macam yang aku nak makan. Sebabnya... lauk kat hospital hanya diberi pilihan nak ayam ke nak ikan?

Bukan aku tak tahu bersyukur tapi tekak ni ada rasa macam nak telan makanan lain selain yang aku nyatakan tadi. Jadi, makanya beberapa makanan memang aku dah dapat makan dah - antaranya daging masak blackpaper. Fuhh... meletop aku masak - sebab pi campak sekali dengan cili padi sekali dalam 7-8 batang.


Sekarang aku ada rasa nak makan benda ni. Cuba tengok bebetul. Terliur tak? Terliur kan... nak pulak perut ni tak berapa nak tahu makan apa lunch time tadi. Lalalala....

Lagi satu, hari tu ada drama tajuk Cik Kiah Kole Kacang - tetiba aku pun rasa nak makan kole kacang ni.


Tah kat mana lah aku nak cari kuih ni kat tengah-tengah Putrajaya. Kalau ada pun dan aku terbeli lalu aku termakan sebab nak hilangkan rasa mengidam ni, mesti rasa kuih tu ada kurengggg sikit. Maksudnya apa? Sebab air tangan orang tu tak power la.

Emmm... lapar nyewww... :-(

03 November 2011

Cerita minggu lepas


Terbongkang saya 6 hari kat Hospital Pakar Al-Islam kerana.... Kerana apa? Kerana saya sakit - Sinusitis yang telah merebak hingga ke belakang kepala otak saya.

Kenapa kepala otak? Sebab otak saya telah diimbas (scan) untuk mencari punca penyakit ini. Macam mana atau apakah simptom-simptom yang saya lalui hingga dapat penyakit yang saya tak tau pun saya ada. Sejak awal bulan saya kerap demam dan apabila demam saya sakit kepala. Makan ubat panadol saja yang saya tau - saya baik dari demam itu.

Kemudian saya demam lagi, ambil langkah yang sama dan pergi ke klinik. Ubat habis dimakan oleh saya tapi saya tetap rasa sakit kepala yang amat sangat. Sehinggalah saya dimasukkan di hospital seperti yang saya nyatakan di atas - doktor buat pemeriksaan dan menemuramah saya (ya, doktor itu juga sangat peramah orangnya!) 

Doktor cakap dengan sangat intusias bahawasanya dia perlu mencari apakah punca penyakit saya dan dia mencadangkan saya membuat imbasan otak (CT Brain Scan). Geruns kan bunyinya? Saya tau, tapi saya ok kan saja dengan harapan saya nak baik dan tak mau sakit ini lagi. 

Harapan saya juga janganlah ada penemuan yang pelik-pelik. Walau pun anda dan juga saya tertanya-tanya 'How lah sinus ko boleh sampai kat belakang kepala?'

Alhamdulillah, sekarang saya dah ok sihat sejahtera kembali bekerja seperti biasa di tempat baru - Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang sangat cantik ini di Putrajaya.