22 Oktober 2011

Rumah Baru

Macam ni eh rumah aku nanti? Hehehe....


1 November ni... Welcome to Putrajaya Pjan. Lalalalalala....
Yang sebenarnya - aku pun tak tau apa perasaan aku yang sebenarnya berkenaan nak pindah-pindah ni.
Tapi, yang sebenarnya perasaan tu bercampur baur dan redha saja lah.

Sebelum ni ada sikit stress - nak beli itu ini, nak manage duit, famili tanya bila dan bila nak pindah. Sampai aku pun konfius sikit. 'Aik, macam nak halau jek ni?' Huhuhu... Tapi aku tau aku yang a bit sensitive. Sikit-sikit nak emo. Stop it Pjan!

Alahai Pjan... Pjan


Bagi sebahagian manusia - permulaan baru hidupnya dikira daripada hidup seorang selepas itu berdua. Lain pulak dengan aku. Cerita baru hidup aku bisa dibilang beberapa hari lagi bila mana aku akan menetap sendiri tidak seperti kebiasaan bersama keluarga bahagia di kampung halaman tercinta - Kg. Datuk Keramat.

Alahai CikPanda ni poyo pulak bercerita... Pakai ayat nak yang emo je. Hehehe...

Yang sebenarnya... disebabkan pejabat aku akan berpuindah dan akan beroperasi sepenuhnya di Putrajaya 1 November ni, nampak gayanya aku akan melalui fasa hidup orang bujang yang sebenar. Lebih-lebih lagi aku dah pun dapat kuarters kerajaan dekat Presint 5, Putrajaya.

Makanya, tidak boleh seperti selalu celik mata je mak dah siapkan itu ini. Paling-paling kurang teh O panas pagi-pagi dah ada. Sekarang semuanya akan dibikin sendiri. Mengada betul kan aku ni?

Kalau dulu masa belajar duduk rumah sewa dan menyewa dengan kawan-kawan sangat-sangat la berbeza dengan persiapan aku nak masuk rumah baru ni. Fuuuhhhh... itu ini semuanya nak disediakan. Masalahnya, aku... Aku terasa aku sangat cerewet untuk cari barang keperluan rumah.

Bukan boleh beli suka-suka hati je. Cerewet sangat tahap gaban sampaikan apa yang mak aku cadangkan kalau aku tak berkenan mulalah muncung panjang sedepa. Lepas tu, rumah aku tu, makanya sehingga sekarang banyaklah lopong sana-sini. Alahai Pjan-pjan...



Pesan Diri



Hidup ini takdir. Sesuatu yang telah ditentukan Allah untuk semua makhluk-Nya. Setiap kelebihan punya kekurangan. Setiap kelemahan punya kekuatan. Begitu hidup ini diatur-Nya untuk setiap makhluk Allah itu sentiasa memanjatkan syukur dan berterima kasih. Tidak kira kepada sesiapa pun - sesama manusia yang dikenali mahu pun yang tidak dikenalinya.

Jangan dibanding bezakan setiap kelemahan diri kerana aib diri perlu dipelihara dan dijaga. Dan tidak juga kita tahu bila pula kita akan dimalukan kerana pasti ada manusia yang sentiasa punya niat berbeza untuk menunggu masa melihat kita dimalu bogelkan.

Sepertinya, hidup kita ini perlu sentiasa dipesan-pesan setiap hari, diingat-ingatkan supaya tidak lupa diri. Pesan-pesan buat diri sendiri yang punya short term memory lost...

16 Oktober 2011

sabar aku jangan dicabar.

bagaimana untuk tidak meluah marah melalui lidah?

bagaimana untuk memberitahu yang kita sedang marahkan mereka?

marahkan mereka atau marahkan situasi mereka?

tidak meluah marah daripada lidah jawabnya sabar sajalah.

harus bagaimana perlu memujuk diri agar sabar?

sabar itu satu anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada hamba-Nya.

tapi perlu diingat setiap perkara ada batasnya.

pujuk diriku, agar mereka bisa mengerti sabar aku jangan dicabar.

12 Oktober 2011

berhenti bila penat




Umpamakan kehidupan seperti berjalan di sebatang jalan yang panjang. Terlalu jauh sehingga tak tahu mana penghujungnya. Infiniti. Tiada batas waktu yang ditetapkan untuk sampai ke sana. Sehingga ada ketikanya kita mahu berlari laju supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju. Adakalanya pula kita jalan perlahan kerana mahu  menikmati pemandangan.

Di perjalanan itu, ada pelbagai cabaran. Pilih kiri atau kanan. Kehidupan itu adalah keputusan untuk membuat pilihan. Mahu mati atau mahu hidup. Mahu teruskan atau tidak. Mahu ke kiri atau ke kanan, depan atau belakang.

Masa tak pernah berhenti. Bila masa bermula pun jangan pertikaikan. Allah Maha Mengetahui. Jauh perjalanan itu, kita berselisih dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang aneh, ada yang jelek, ada yang menyenangkan dan ada yang terus menjadi misteri.

Berhenti. Bila penat. Terus berjalan lagi.