29 Julai 2011

bila mak jadi pengulas sukan


Apa-apa pun syabas dan tahniah buat semua pemain kebangsaan, yang hanya seri 1-1 dengan Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. Walau seri tapi kita tersingkir sebab ikut agregat permainan sebelum ni di Singapura kita tewas 3-5. 

Takpe, yang penting sekarang permainan pasukan Malaysia dah banyak menunjukkan perubahan yang positif. Tapi, kelemahan tetap ada dan kalau dapat diperbaiki, tak mustahil Malaysia jadi antara pasukan yang disegani bukan saja di rantau ini tapi juga di dunia. 

Bukan niat aku nak ulas panjang lebar terhadap skill dan strategik permainan, biar orang yang selayaknya yang perbetulkan. Tapi, apa yang aku nampak semangat rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan terhadap pasukan kebangsaan juga turut harus dipuji.

Sebentar tapi kita baru saja lihat ramai yang memenuhkan Stadium Bukit Jalil, pengulas sukan yang melaporkan bagitahu lebih kurang 90,000 yang memenuhkan stadium. Itu cerita kat stadium yang aku tengok dari skrin tv rata yang abah beli.

Tapi, buat julung kalinya dalam masa 90 minit + 5 minit tambahan masa, mak aku antara yang menonton, memberi komen, mengulas dan macam jurulatih pun ada. Selalunya, mak akan tidur lebih awal kalau tak ada rancangan tv yang menarik.

Antara komen-komen mak aku, dia sangat suka hati untuk memberi sorakan terhadap kecekapan Apek. Ye, mak aku kenal Apek k! Hehehe... komen-komen lain, mak jugak macam penonton-penonton perempuan lain yang lebih bersifat emosi ketika bersorak. Tu belum lagi dengar mak aku membebel-bebel dengan 'lakonan' pemain Singapura. 

Ada beberapa pemain Singapura yang mak aku panggil dengan 'Oh... si buncit ni. Kuat jugak dia larik ek!' Eh sana dan eh sini... macam-macam lagi mak bebelkan oh silap ulaskan.

Dan-dan gol pertama Malaysia disumbatkan maka, jiran tetangga pula datang membawa rezeki, Satay Keramat yang best tu. Barkat Selamat perut kami terisi dengan satay untuk dijadikan modal tambahan untuk bersorak bagi pasukan Malaysia. 

Syabas Harimau Malaya... 

20 Julai 2011

Kodokmondok... Kamu Yang Macam-Macam II



Siapa pernah tengok kartun kodok angkat tangan? Hahah... jangan tipu, kartun ni bukan macam kartun sang kancil dan buaya.

Ok...ok... dipendekkan cerita si Mondok pada suatua hari telah upload kartun ni dari Youtube dan dedikasikan pada Kodok-kodok yang lain. Sebab dia rindu kat kitaorang. Heheh... Sengal tapi lucu.

Lepas tu aku, aku pun sengal... cari kat Youtube, jumpa pulak lagu Sang Kodok ni! Aduii... Dah macam ala-ala ada lagu tema pulak kitaorang ni. Respon Kodok-kodok yang lain, layankan aje la perangai tak semenggah aku n si Mondok ni.
Lalalala....


19 Julai 2011

blog walk

saling bicara


kamu tahu kenapa kita jarang berbicara? sebab kita acapkali gagal mencari ayat-ayat yang indah untuk hubungan ini...



indah sekiranya dalam hubungan ini kita saling sentiasa berbicara.

dari satu peristiwa kepada peristiswa lainnya.

kita mungkin berbeza pendapat dan saling berbalah.

tapi kita tahu tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah.
 
 
credit to: greenkaripap.blogspot.com

18 Julai 2011

Masa yang lalu



Maafkan masa lalumu

Tawakalkan masa depanmu
 
Nikmatilah saat ini...




Habiskan Cerita Ini

Cerita 28 harijadi perlu dihabiskan di sini. Indah - segala perjalanan dan perancangan yang dilalui. Dan segala pengalaman tu tak kan berulang dengan perkara yang sama lagi. Masa berlalu meninggalkan, terus abadi jadi kenangan. Kenangan baru yang harus difikirkan dalam masa terdekat - masa hadapan. 

Usai meraikan cerita harijadi, seminggu selepas itu aku ke Kota Singa lagi. Kali ini dengan cerita tersendiri. Yang membuatkan mainan emosi aku menjadi berbagi-bagi.

Perihal dunia. Segala-galanya perlu dilupa. Mana mungkin semuanya mampu dilupakan kerana sedikit sebanyak terselit pengajaran. Pengajaran tentang kehidupan. Kehidupan yang memeritkan, yang melelahkan, rumit jika terus memikirkan rumit. 

Akhirnya, cerita-cerita seperti itu akan menjadikan kita lebih kuat, lebih menghargai, lebih menghormati apa saja yang sedang kita miliki. Kerana tidak selamanya ia akan ada di sisi. 


13 Julai 2011

28 Harijadi - Cerita Empat

Kpah: Eh, Jan kau kenapa?

Err... tu ada air kat bawah la. Seram... Eee...
Kpah: La ko gayat ke? Hahaha
Akibatnya - Kpah posing2, amik gambar sendiri.
Mana ada gayat. Aku seram2 segan jek ada air kat bawah tu. Cable car kat Genting n Langkawi lagi tinggi aku ok je. :P

Hmm... 
 CikPanda posing dengan pokok2 buluh. Feberet makanan panda!
Images of Singapore.

12 Julai 2011

28 Harijadi - Cerita Tiga

Inilah Far Far Away... Yeayy!!!!
Rangka dinosaur. Giginya uii... panjang2, tajam2 lagi!
Mari menjadi buruh kasar.
Spesis makhluk asing warna-warni.
Alamak! Errr....
Tersengih2 reply mesej kawan-kawan yang kita sayang yang wish birthday hari tu.

28 Harijadi - Cerita Dua

Revenge of the Mummy - nak posing kat sini kena pakai baju ikut warna tema? Haha
Oh, yang ni pulak rumah Ogre - kaum kerabat Shrek. Ada suara bila kita ketuk pintu tu. Huhu... Atok Shrek kot?  Haha...
Yang ni siapa tak kenal sila tahan napas anda! Hehe....
Masa ni si Woody Woodpacker tengah rehat, digantikan pulak dengan cik GF-nya. Layan....
Posing penat. Kaki rasa nak tercabut, tapi banyak lagi tempat tak round time ni. 
Tempat ni Ancient Egypt. Segala keturunan mumia ada kot kat sini.? Tah.....
Dinosaur Rex ini disyaki spy abah Kpah. Alamak! Hehe...
Lights Camera Action pulak Steven Spielberg kongsi cara-cara buat special effects. 

28 Harijadi - Cerita Satu

Berjalan-jalan dah, bersuka-suka hati dah, shopping tak berapa nak sakan pun dah, tapi  yang dalam paper bag tu untuk mak aku punya.
Entri kali ni CikPanda nak kongsi cerita dengan kawan-kawan yang kita sayang. CikPanda bercuti di Kota Singa. Pendek cerita - Mission Accomplished untuk keluar dari Kota Lumpur yang sedikit sebanyak baru-baru ni kecoh dengan hal politik semasa. 

Alahai kenapalah dorang pilih time birthday aku kan? Hmm... tak pa lah. Layan gambar-gambar ni yang diambil sebelum pulang ke Kota Lumpur.

Dgn Kpah (Kodok Chubby) - my best friend since standard One. 
Posing dpn One Fullerton. 
Agak2 kitaorang naik tak? Haha, betul! Tak, kalau nak naik pun aku nak naik  kt Putrajaya n Melaka punya dulu.
Posing suka-suka hati.
Berlatar belakangkan Marina Bay.

06 Julai 2011

entri 28 harijadi




entri harijadi sebelum harijadi.
sebab semua pun dah tau apa yang bakal terjadi 9 Julai ni.
tolonglah, tak payah berarak di jalanan sempena harijadi aku k.

semoga semuanya selamat nanti.
selamat harijadi CikPanda
dan selamat semuanya setiap hari.
Amin...