24 Jun 2011

hidup macam crayon




hidup ni macam crayon
berwarna-warni

dipatahkan dua untuk dikongsi
untuk melukis, mewarna dan membuat garisan

hidup ni macam crayon
habis dipakai jadilah lukisan




22 Jun 2011

belajar buat silap



CikPanda jawab: ok, pakcik Jordan! 
(Pasti Berjaya di Akademi Fantasia...)

******************************************

kita sangka kita betul. tapi sebenarnya sebelum kita jadi betul kita selalu buat salah. bila salah jadilah betul. mana boleh tiba-tiba kita cakap yang kita ni betul tanpa buat salah dan silap.

bila dah buat salah dan silap, barulah ada maaf.
kalau kita rasa kita selalu betul, kita pun tak tahu memberi maaf dan memohon maaf.


sekian. saya yang selalu buat silap sebab awak betul.
semoga kita sama-sama dapat mencapai kejayaan macam masuk AF10
walau tak menang tak bermakna kita gagal.
sebab tu la ada tempat kedua dan ketiga. 

kita cuma tak menang nombor satu.
tapi kita berjaya dapat nombor dua. kau ada??








salah - betul



betul tak salah

salah tapi betul

sebetulnya - tak salah dan tak betul hadir bersama-sama dalam satu masalah

siapa yang betul atau siapa yang salah

dua-dua salah betul dan betul-betul salah.

perbetulkan yang salah barulah betul.




18 Jun 2011

benar diam itu cinta

Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. 
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! 


Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!

“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”




Baca artikel sepenuhnya di sini 

14 Jun 2011

Menang Tak Dicari




Bukan kemenangan yang dicari pada penghujungnya, tetapi perjalanan yang dilalui untuk sampai ke penghujung sesuatu destinasi itu yang lebih memberi erti. 

Sama ada kamu bijak mentafsirkan sesuatu perkara yang terjadi dalam hidup ini, semakin banyak persoalan yang kamu ajukan. Sepertinya kamu hanya akan menemui soalan terhadap soalan lainnya.

Sehingga akhirnya, kamu tahu jawapannya adakalanya memberi erti dan adakalanya menjadi sia-sia. Walau bagimanapun, Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. 
















"kadang-kadang membisu itu juga perlu..." (CikPanda)














10 Jun 2011

Bukan Dungu atau Bisu



Bila rindu diumpamakan seperti sang pungguk rindukan bulan.
Bila marah diibaratkan seperti api yang sedang marak menyala.

Bila inginkan kebebasan diibaratkan seperti burung yang terbang bebas di angkasa raya.
Bila mahu menyatakan kebijaksanaan diumpamakan seperti sang kancil.
*
*
*
Bila pada hakikatnya kita tidak tahu, adakah itu bermakna kita dungu?
Atau bila mana tiada apa yang boleh didebatkan apakah bermakna kita ini bisu?

Mengayat Ayat-Ayat Cinta? Oh, Tidak!


Keperluan kerja saya adalah memerlukan kemahiran menulis yang sangat tinggi. Tingginya adalah lebih tinggi daripada puncak Gunung Everest. Keperluan kerja saya dari dulu hingga kini atau selama-lamanya adalah menyayat (erk, salah eja lagi) mengayat. Selama-lamanya kah?

Ianya sangat indah jika saya mampu menyayat mengayat ayat-ayat cinta yang bisa membuat manusia terbuai atau terlalai seperti semuanya tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Tapi keperluan kerja saya (realitinya) adalah menyayat mengayat ayat-ayat laporan atau minit mesyuarat atau surat rasmi yang saya rasakan saya sangat tidak menyukainya. Tidak menyukai tidak bermakna membenci. Seperti juga diri kita menyukai seseorang tetapi tidak bisa memiliki... dan apa kena mengena perumpamaan ini dengan apa sebenarnya yang aku nak mengayat kat sini. Ok, sila abaikan.

Berbeza dengan keperluan kerja saya dahulu yang juga mengayat tapi orang bilang kamu perlu lebih kreatif. Kreatif dalam mengayat ayat-ayat yang mahu melariskan jualan barangan anda atau memberitahu umum jenama produk anda atau membuat teks pesanan khidmat masyarakat juga bukanlah perkara yang mudah.

Berbeza tapi sama... Sama kerana ia masih tidak lari kerana ia adalah cabang dalam bidang penulisan tetapi berbeza kerana penggunaan ayat-ayatnya yang kritikal dan... sebenarnya aku tak pasti ayat yang sesuai yang boleh menyatakan hasrat aku sekarang ni.

Berbeza juga pendekatannya jika kita perlu mengayat ayat-ayat mengorat muda mudi zaman sekarang ni. Tak kena cara menyayat mengayat, alamat gagallah kehendak dan hasrat kita.

Ok, semakin banyak yang aku nak menulis kat sini semakin kesian pulak aku rasa kalau kawan-kawan yang kita sayang baca tapi tidak dapat manfaatnya.

Manfaatnya hanya ada pada saya. Sekurang-kurangnya inilah ruangan yang membolehkan saya rasa suka kepada hal-hal mengayat dan menulis. Menulis dengan cara ini sekurang-kurangnya mengurangkan tahap gangguan diri saya yang sedang atau sebenarnya hendak menyiapkan laporan dan banyak lagi hal-hal lain yang saya perlu ambil tindakan selanjutnya.

Saya terhenti seketika kerana ada keperluan untuk melonggarkan urat-urat atau saraf-saraf otak saya yang tidak tersambung antara satu sama lain kerana saya tidak minum susu DHA seperti kanak-kanak sekarang yang membesar dengan hebatnya dengan meminum susu formula ini.

Sekian, buat masa ini. Sekarang aktiviti yang lebih best untuk dibuat ialah melihat orang-orang yang penuh bersesak-sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu satu lokasi ibu-ibu dan anak gadis berpergian pada setiap tengah hari, hari Jumaat.

Jumpa lagi dan selamat hari Jumaat.


*sorry semua perkataan menyayat tu memang tak sengaja ditaip begitu.


04 Jun 2011

Sinopsis Kitab Cinta



Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.
Credit to: Nurizspace

02 Jun 2011

bintang dan bulan

dan malam tiba.
gelap malam diterangi bintang
bintang cantik dipandang
bersinar warna berbilang. 
ditemani bulan mengambang

dan pabila malam tiada berbintang
bulan seakan sepi tiada berteman.