29 April 2011

Saya Sudah Pulang


Pulang ke pangkal jalan?
Tidaklah.... pulang semula ke Kota Lumpur selepas sebulan ditinggalkan.

Masuk semula ke opis. Kerja seperti biasa.
Fuh... lega.
Lega sebab boleh berhoye-hoye dengan KodokMondok.
Hehe...
Lega sebab anak buah aku tak merajuk lagi.

Along aku cakap, ada orang rindu Mak Su dia.
Rindu Mak Su ke? Err... dorang ni suka buat aku rasa terharu.
*Ouuchhh... touching ok*
Nanges~~


24 April 2011

sedang sibuk

ketika sedang sibuk menyibukkan diri yang sedia sibuk, maka sudah lama tak sibuk-sibukkan diri kat sini.

sibuk adakalanya memberi tekanan.
sibuk adakalanya memberi ancaman.
sibuk yang menyibuk tak akan menggembirakan.
sibuk biarlah sibuk yang tak menyibuk.

sibuk sedang sibuk. lagi.


sibuk menyibukkan diri dengan assignment... jejari sibuk menari-nari.
sibuk mahu tidur jua... alahai, bertahanlah.

15 April 2011

Rindu KodoksMondok Saya

KodoksMondok 

Ehem... hmm... rindu sangat kat korang ni. Bila rindu kat korang mulalah aku tatap gambar2 kita bersama. Haha... Pulak tu tak banyak gambar yang lengkap bertujuh. Bila sorang ada, sorang lagi tak ada. Yang aku ingat gambar ni je la yang ada. Gambar time celebrate birthday aku yang ke berapa tah. Kat tapak Eye on Malaysia, Titiwangsa. Hah 2007 kot. Empat tahun lepas tu... Rindu laaaaaaaaaa... nak lepak dengan korang. 

Cepatlah datang bulan Mei, boleh? Huhuu...


09 April 2011

Berikan Makna Untuk Hidup Ini

Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat

Hari ni je, aku dapat 2 khabar kematian. Sorang pakcik aku yang dah lama sakit dan sorang lagi bapak kawan aku meninggal dunia ketika mengerjakan umrah.

Al-Fatihah... Moga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang soleh.
Amin.

Sibu - The Swan City


Kalau dah sampai tempat orang, tak sah kalau tak 'menembak'. Sibu, bandar ketiga terbesar di Sarawak selepas Kuching dan Miri. Tapi masa ronda-ronda dalam bandar ni aku rasa bandar ni sibuk sangat. Banyak kenderaan dan orang ramai ke destinasi masing-masing.

Bandar Sibu adalah central region bagi kawasan atau bahagian-bahagian dari pedalaman seperti Kapit, Mukah, Sarikei dan Kanowit. Kalau penduduk dari tempat yang disebutkan tadi nak ke bandar-bandar lain, bermakna dorang kena masuk melalui Sibu dulu. 

Tahu tak, nak ke Kapit hanya boleh menaiki speed boat yang mengambil masa 3 jam! Tak ada jalan darat dan selamatlah menikmati perjalanan melalui Sungai Rajang. 

Sibu terkenal dengan jolokan - The Swan City, tapi jangan terkejut dekat sini tak ada pun angsa yang berenang-renang di tepian Sungai Rajang tu. Angsa dipilih sebagai mercu tanda bandar Sibu kerana mengikut cerita orang tempatan di sini ia ada kena mengena dengan kehadiran imigran dari China suatu waktu dulu.





07 April 2011

Sheila Majid : Aku Cinta Padamu (HQ Audio)

Ia tak lucu, tak juga menggembirakan





"Ketika melihat, adakalanya kita hanya melihat dengan sepasang mata kasar.
Tapi apabila kita mentafsirkan, akal dan nurani digunakan bersama. Perkara yang dilihat adakalanya mencuit hati kita. Tapi, ia tak lucu dan tak juga terlalu menggembirakan." (CikPanda)

Berjalan, Melihat dan Mentafsir

mahu kejar pelangi

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita yang sukar untuk ditafsirkan.
Dan banyak jugak perkara yang terjadi tu tak dapat dimengertikan.

Dalam banyak-banyak perkara yang terjadi kat sekeliling kita menjadikan kita orang yang faham dan tidak faham dalam banyak perkara. Tapi berkat tunjuk ajar, ada yang kata lihatlah dan belajarlah. Tafsirlah sendiri.

Jangan ulangi segala kekurangan. Pelajari perkara tersebut untuk tidak mengulanginya pada masa depan. Usai, aku rumuskan ketika aku berjalan, aku melihat dan mentafsir.

Segala nasihat dijadikan pedoman. Kesilapan dan kekurangan yang lain akan diperbaiki. Terima kasih pada yang menasihati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

05 April 2011

konon-konon

ni lah hasrat aku, kononnya. nak upade blog ni satu hari satu cerita. tapi.....

tapi memang banyak cerita yang nak dikongsikan tapi.....

bukan sebab tak sempat. masa bukan penghalang tapi....

tapi lagi? cerita mana yang nak diceritakan dulu eh?

04 April 2011

sebulan tiada di kota lumpur



2 - 17 April 2011: Sibu Sarawak

17 - 28 April 2011: Trolak Perak

Bye2 Kota Lumpur yang ditinggalkan. Bye2 bantal busuk!
Cikpanda keluar Kota Lumpur untuk tempoh hampir sebulan!
Huaaaaaaaaaaaaaa..............