31 Disember 2010

Inilah Cabarannya...

Masih lagi ceciter pasal cuti-cuti dengan Kodok-kodok di Kota Singa. Nak tahu apa cabarannya. Pertama, ni lah kali pertama aku bawak atau memandu ke JB - dengan Kodok2 - dari petang sampai malam - kerana apabila malam dan mata aku silau maka... kerja gilanya aku pakai shades ketika memandu tu. Pandai kan aku! Hehehe... Sampai Kpah cakap "Jan, budak kat kereta sebelah tu tengok je ko n dah bagitau bapak dia. Hehehe... "

Pendek aku balas, "Kalau korang malu aku boleh bukak sekarang," Eh, takpe... kesian ko. Serius aku boleh pakai shades sambil pandu kereta pada malam hari n korang tak segan? Heheheh... cayalah.... sayang korang! Sebab korang sayang aku yang mereng ni... hehehe

Masa ni bunga api dah habis meletup... Selamat Tahun Baru semua. Semoga 2011 akan lebih bermakna dan memberi kejayaan, ketenangan dan kegembiraan pada kita semua.

Bercuti Lagi... Kali ni dengan Kodok2

Berempat tapi semua mereng! Hehehe... layan.

Nak gi Universal Studio tapi...

Inilah tahun yang paling best dalam hidup aku. Mula dengan serba kekurangan, di pertengahan yang penuh cabaran dan penutup tahun 2010 yang sangat meriangkan.

Rancang percutian ni pun ada macam-macam halnya. Mula-mula dengan pindaan tarikh, hal itu dan ini tapi yang lebih best sebab pengangkutan.

Kota Singa berapa lah sangat jaraknya daripada Kota Lumpur ni jadi kami pakat nak naik pengangkutan awam. Hajat nak berkeretapi saja tapi habis - tiket habis dijual sepanjang minggu tu!

Ok, tak pe, kami positif mahu naik bas. Misi mencari bas lah yang buat jiwa rasa goyah. Tiket2 bas ke Kota Singa pun habis! Jadi, kami nak naik bas turun ke JB saja. Hampir bersetuju tapi... "Bas ke JB dua tingkat harga RM55." Dua tingkat??

Aku pandang Ain. Ain pandang aku. Aku cakap, "Mak aku dah pesan jangan naik bas dua tingkat." Pesan mak, jangan ingkar nanti... paham-paham je la. Dua-dua duduk tercongok. Mahu naik bas jenama lain tapi tak tahu selamat ke tak.

Misi tercapai. Kami naik kereta lepas aku berjaya menerangkan hal-hal kurang enak pasal perkhidmatan bas yang disediakan pada mak. Punyalah suka hati dan riang-ria seperti mahu menari-nari zapin kat Hentian Bas Bukit Jalil tu. Hehehe...


23 Disember 2010

Esok Cuti


Selamat bekerja semua. CikPanda akan bercuti mulai esok! Yeayyyy... jumpa tahun depan. Jangan rindu-rindu k! Jaga diri.

2010 ni memang macam-macam. Ada hal yang best dan ada hal yang tak best terjadi. Tapi, semua tu kan hal biasa. Tak de hal lah. Biasa ke? Yang luar biasa pun ada. Hahaha... Tak pe la.

Jadi, makanya... di penghujung tahun 2010 dan di ambang tahun baru 2011 ni banyak perkara yang perlu difikir-fikirkan. Dan selamat beramal.

Masa cuti ni jugak la... nak berjalan-jalan, nak tengok-tengok orang. Nak rasa suasana lain. Nak main masak-masak, nak gi menembak, nak makan-makan, nak lompat-lompat, nak buat itu, nak buat ini.

Selamat Tahun Baru 2011.



22 Disember 2010

Cerita Kek Tiramisu Aku

Ni la kek 24 harijadi aku.




[Ulang masa ke belakang - tahun 2006]


'Jom lepak celebrate birthday ko!'
Replied: 'Tak pe la weh, aku tak de mood nak celebrate, tahun ni nak muhasabah diri je dok kat rumah.'
'Hahahaha... tah pape tah ko ni!'
Replied: 'Betul ni aku tak main-main la...'

Kentut betul Ketua Kodok aku ni. Dah aku cakap tak nak tak paham ke?

[Beberapa jam lepas tu. Banyak jam jugaklah]

Ketika hampir2 azan Maghrib berkumandang, sayup-sayup aku dengar kat luar rumah mak abah aku tu ada orang nyanyi lagu Happy Birthday. Terus darah aku menyirap, betul ke orang yang nyanyi?

Suara macam kenal. Aku bukak pintu. Sah... memang tak syak lagi. Ketua Kodok, Kodok Chubby n Cma. Siap tatang kek... kek tiramisu lagi! Terharu... Lalu azan Maghrib kedengaran, aku jemput dorang masuk. Lepas tu abah n mak belanja kita orang makan sate.

Walau mereka bertiga tapi meriah dia macam 30 orang! Atau 300 orang! Nasib baik korang - kawan-kawan yang kita sayang. Kalau seseorang yang berlainan jantina pada ketika itu datang, pasti... sangat pasti itu hanya cerita dongengan saja! Hahaha... ayat dalam kurungan tolong jangan ada sesiapa buat macam tu lagi k. Gerun! Nanti akak boleh pengsan dik!


Nota: Terima kasih banyak2 kat Kodok Chubby sebab perkenankan hal mengidam aku nak makan kek tiramisu time tu. Aku cakap je, tapi ko belikan as birthday cake aku. Hehehe... padanlah Mr. Chubby sayang kau! (Oh time ni Mr. Chubby tak wujud atau belum ditakdirkan bertemu dengan Kpah lagi waima KodokMondok pun belum reform)


Birthday wishes aku tulis depan aku kat rumah aku. Cemerlang, kan?
Kpah adakah ko memakai baju Petrosains tu? Maka, ko dah berkawan dengan Mr. Chubby masa ni! Oh hohohoho... erk, berapa cucuk sate tu Pah?


Kek Tiramisu - Ngidam Lagi!


Naaaaaaaaakkk sangat-sangat kek tiramisu ni. Ishh... Tah kenapa malam-malam yang hening ni teringin pulak nak menjamah si cik tiramisu ni. Untuk menunjukkan yang aku macam terobses dengan salah satu kek yang aku tak tahu buat ni, aku tengok cara-cara macam mana nak buat tiramisu ni. Sekali tengok macam tak percaya - tak lah susah sangat nak buatnya.

Aisshh... ni lah salah satu misi adventure aku bila cuti nanti. Hahahah... keje gila ni!


Catatan Gadis Bersandal Pink Jenama Cap Buaya

Satu gadis bersandal pink jenama cap buaya berjalan di tengah jantung Kota Lumpur. Cuaca mendung. Daun-daun kering berserak di jalan. Tu petanda angin kuat, kejap lagi nak hujan.

Gadis bersandal pink jenama cap buaya berjalan melawan arus kenderaan bersesak kiri dan kanan. Merenung jauh ke depan. Pandangan tertancap pada tiga gadis sunti bergaya urban di jalanan. Bersama mereka ada sorang mamat dengan warna rambut seakan-akan bulu memerang, berkaca mata hitam walau tiada mentari yang memancar (mendung dik! ke sakit mata?).

Hmm... tak apa lah. Trend zaman sekarang. Semuanya mahukan perhatian. Gadis bersandal pink jenama cap buaya terus berjalan. Lampu merah di depan. Kereta berhenti. Gadis bersandal pink jenama cap buaya terus berjalan.

Sedang berjalan terfikir perihal dua kawan. Hati mereka seperti diikat. Seorang menunggu jawapan. Seorang lagi mahu hadapi dengan senyuman dan mohon diberikan kekuatan.

Semoga kalian bakal disatukan. Amin.


20 Disember 2010

Hatinya Dilamun...




pabila hatinya dilamun rindu - senyum
pabila hatinya dilanda cinta - senyum
saya harap awak semua akan selalu SENYUM.

sedang membaca blog ini pun senyumlah.
sebab senyuman kamu itu sangat indah.

Siapa Diri Kita?

Tadi aku terbaca nota sorang kawan kat FB yang bertajuk Siapa Diri Kita? Catatan ringkas tu kemukakan siapa diri kita bergantung kepada dua faktor iaitu:

i. buku-buku yang kita baca
ii. 5 orang yang rapat dengan kita

Huraiannya, kalau kita adalah jenis orang yang suka membaca buku motivasi maka kita adalah seorang yang termotivasi. Sebaliknya kalau kita suka baca komik, hidup kita pun kurang lebih macam dalam komik jugak la.

Huraian kedua, kalau 5 orang yang rapat dengan kita cenderung suka bersukan, maka tak silap lagi kita pun memang 'kaki' sukan! Bukan kaki busuk... eh? hehe...

Jadi, aku muhasabah diri yang mudah pelupa ni. Eh, mudah lupa ni... genre buku apa yang terakhir sekali aku baca. Kalau tak silap, ni kalau tak silap la eh... buku kecil 1Malaysia! Waaaahh... sangat patriotik kan aku neh?

Buku atau novel terakhir aku baca tulisan Ramlee Awang Murshid - Cinta Sufi. Tapi dah berbulan aku tak sudah habiskan bacaan aku tu lagi. Oh, ye dan juga buku Natrah tulisan Fatini Yaacob. Tu pun aku baca bab akhirnya saja.

Kalau dilihat pada faktor kedua - lima orang yang rapat dengan diri kita akan menentukan siapa diri kita, aku rasa orang yang rapat dengan aku bukan lima tapi banyak! Kodoksmondok je ada enam. Famili aku keahlian dah jadi 8 dewasa + 5 budak kecik! Hahaha... 13

Tengok orang keliling aku memang semua meriah, jadi paham-paham je la kalau ada ketikanya bila korang berborak dengan aku pun jadi meriah macam bunga api pada sambutan tahun baru dan mercun merah pada sambutan tahun baru cina, ni lah sebabnya... Aku sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang meriah! Yang banyak ragamnya juga... dan lagi... dan lagi... korang pun samalah. Hahaha... kantoi!

Korang yang baca blog aku ni pun meriah cam bunyi letupan bunga api kat Dataran Merdeka.


Tukar Muka Blog


"warna blog ko menyakitkan mata aku!"
"apesal merah ni? rabun la aku kak!"

adeh... sakit mata ke? aku ok je. hehehe...
saja melayankan perangai aku yang tak menentu - unpredictable cakap bahasa Ugandanya.

tapi ok la ni. sambil-sambil aku walk-blog tak pernah aku jumpa warna blog sekontras warna blog aku ni. kalau nak tau jugak, mungkin korang boleh baca balik kat sini.

sama macam ikan kat atas ni. dia pun tak tau kenapa badan dia kuning dan mata+mulut merah?
kuning sebab kena demam kuning ke? merah mata dia sebab sakit mata ke?

hehehe... dalam hidup ni - apabila kita tengok pada sesuatu kejadian atau keadaan, mesti kita nak banyak soal. pada aku bertanya atau banyak soal tu tak salah. tapi kita pun kenalah berlapang dada, berfikiran terbuka untuk terima jawapan yang pelbagai hingga kadang-kadang tak diterima dek akal sebab semua orang ada buah fikiran sendiri.

kenapa itu dan kenapa ini - pada aku tak ada hal la.

kalau bosan nanti aku tukarlah muka blog aku ni lagi kan?






Otak Budak Harvard


Cerita ni pulak kisah benar macam mana Facebook bermula. Kalau ikutkan hati aku rasa macam bosan je sebab genre dia drama tapi sebab perasaan nak tahu tu menebal aku tunggu dan rasa cerita ni memang menarik.

Dan pesan aku kat diri sendiri 'Pjan tolonglah log out segala macam benda dalam talian ni - baik email, blog n Facebook tu sendiri!' Kat luar tu banyak sangat orang genius yang giler leh ceroboh hak privasi kita.

Kekadang aku terpikir kan bagus kalau Facebook ni tak ada langsung. Tapi, tak ada siapa pun paksa untuk bukak akaun Facebook ni. Kalau tak ada Facebook lak macam tak in. Ye ke?

Yang kaya Mark Zuckerberg gak! Tapi siapa suruh aku tak genius macam otak budak Harvard ni kan?

UiTM di Hatiku saja.

Hero Hensem



Kenapa dalam filem atau drama atau kartun yang kita tengok perlu menggambarkan hero-heronya semua hensem-hensem belaka? Oh, tidak... kalau tak hensem nanti karang penonton mengata pulak!

Cerita kartun Rapunzel ni pun letak watak hero dia hensem sangat! Tapi sebelum jadi hero, watak ni sebenarnya adalah watak orang jahat
k. Jahat-jahat pun hensem, bila dah jatuh cinta dengan Rapunzel ni terus jadi baik. Happy ending sangat!


Nama pun cerita kartun, konon-konon watak hero nak mati, heroin pulak ada kuasa magik. Taraaaa... Tu belum lagi rasa kagum aku dekat rambut panjang si Rapunzel ni. Siap boleh bergayut-gayut lagi!

16 Disember 2010

???


Ni keadaan otak aku sekarang. Kusut, serabut tapi belum kalut.

Perlu mengomel di sini, kalau tak, tah la...

Target - mahu siapkan semuanya sebelum bercuti panjang.



15 Disember 2010

terus kejar



terus kejar
apa yang kamu mahu
terus kejar
apa yang kamu tahu

terus kejar
impianmu
terus kejar
impianku

terus kejar
dengan daya
hingga berjaya

kejar dan terus kejar
apa yang termampu
sampai waktu
aku dan kamu


susun-susun



ni la masanya, untuk susun semula segala-galanya. setahun yang penuh mencabar. turun naik. umpama roda yang sedang berputar. ada ketikanya mahu menoleh ke belakang. tapi, masa depan bukan di belakang. ia tetap di hadapan.

susun aturkan kembali kehidupan. ambil waktu untuk tenangkan keadaan. semudah ABC tapi penuh cabaran. fikir mudah akan jadi mudah tapi jangan ambil mudah terhadap semua perkara.

susun-susun adakala bersepah. betulkan susunan itu, biar sedap dipandang mata, mudah segala-galanya. susun bersepah lagi? susunlah lagi...


akhirnya aku betul

terus tersenyum.
kerana akhirnya aku percaya yang aku tak salah.
akhirnya aku tahu aku betul.
betul apa?
betulkan keadaan.

oh, tak... keadaan memang sentiasa betul
otak aku je kadang-kadang fikir ada benda yang tak betul
tapi, percayalah kalau buat benda betul
akhirnya tetap akan jadi betul.

betul berketul-ketul!


Drive BERSAMA BINTANG by

14 Disember 2010

Harus Bagaimana?

[Nota: untuk sorang kawan yang dalam dilemanya tersendiri]


tolong aku
yakinkan aku
aku mahu beritahu kamu
tapi harus bagaimana?

aku tahu
kamu tahu
kamu mengerti aku

kamu sayang semuanya
tapi aku - terseksa jiwa.


(Sabo je la... cakap si Usop dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah)


Tak Lurus dan Tak Pula Bengkok


Sepertinya di saat ini aku melalui jalan yang lurus
Lurus - betul
Tapi kerana di jalan itu ada lubangnya
Maka aku terpaksa melalui likunya.

Liku-liku yang ku lalui akan membawaku
Ke penghujungnya.
Tidak tahu bila masanya akan tiba.
Tapi tanpa melengah lagi aku berusaha untuk mengakhirinya.

Jalan yang ku lalui rupa-rupanya tak lurus
Tapi tak juga bengkok.


Kerana...


Kenapa saya menulis?
Kerana saya mudah lupa...
Kerana saya nak berkongsi cerita...
Kerana semua ni nanti akan jadi nostalgia.

Kerana saya mahu berkongsi rasa...
Kerana saya tahu awak semua suka membaca.
Terima kasih pada awak semua - kawan-kawan yang kita sayang.
Yang kacak-kacak, yang jelita-jelita.


12 Disember 2010

Baiklah...


Jadilah yang terbaik untuk dapat yang terbaik. Oh, begitu ke? Walau menjadi yang terbaik itu bukanlah yang pertama atau sebaliknya. Cepat atau lambat? Terbaik tak bermakna juara. Terbaik juga mungkin akan jadi yang terkemudian atau yang akhir.

Baiklah untuk jadi yang terbaik, mestilah bermula dengan diri sendiri. Kadang-kadang bila kita jadi baik pun kita boleh rasa letih dan bosan. Kalau tak setuju, lagi sekali aku cadangkan korang tengok cerita kartun Megamind.

Hero yang ala-ala hensem yang gunakan suara Brad Pitt tu pun sampai satu tahap kena tipu dan buat cerita yang kononnya dia dah mati. Pada hal dia nak sembunyikan diri dari masyarakat.

Tengok dia kan hero, hero bermakna orang baik-baik. Tapi dia menipu. Menipu tu kan perbuatan jahat sebab macam tak jujur. Tapi sebab apa dia buat macam tu, mestilah sebab dia tahu batas diri dia pada satu tahap dia harus berhenti.

Tapi bukanlah berhenti jadi baik atau yang terbaik. Sebab orang baik atau berbuat baik tetap akan dikenang sampai bila-bila apatah lagi kalau kita dah dari awal persiapkan diri kita untuk jadi yang terbaik.



10 Disember 2010

Ketawa Sakan Tengok Cerita Hantu

Salam buat semua kawan-kawan yang kita sayang. Baru je filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mula ditayangkan semalam, hari ni, aku, Kpah, Wa n Aja dah tercongok kat TGV KLCC.

Fresh lagi baru kuar dari oven. Hehehe... Jadi filem hantu ni atau pendekatan Mamat Khalid menggunakan zombie memang lawak yang bukan splastik. Sebaliknya, di sebalik ketawa hingga boleh pecah perut dan buatkan hujung mata aku berair, tambahan lagi boleh menegangkan otot pipi, pastinya filem ni jugak menyelitkan mesej yang pedas, sinis dan sesuai dengan keadaan semasa.

Mesej dari unsur politik, sosial, dan ekonomi hingga ke babak percintaan diadun dengan seimbang. Dari segi politik - kita dapat melihat bagaimana pemimpin muda perlu diberikan ruang untuk bersuara manakala pemimpin veteran juga tidak bolehlah merasa syok sendiri hingga mahu jadi pemimpin sampai mati. Yang lebih tua perlu memimpin generasi muda untuk lantang bersuara kerana mereka inilah yang akan memimpin pada masa depan.

Ketika menonton filem ini, memang gelak tak sudah. Tapi, saya sempat menangkap mesej dari segi sosialnya yang mana saya merasakan Mamat Khalid ingin memberi teguran sinis terhadap nilai-nilai tanggungjawab kita antara sesama jiran.

Dari segi lain, mesejnya disampaikan oleh teraju utamanya, Awie yang sajak memegang watak Hussein bila mana dia merasakan jika ingin meminang anak dara seseorang dia perlu meningkatkan taraf hidup atau taraf ekonomi dirinya sehingga sanggup mencari pekerjaan di Singapura.

Apa tunggu lagi? Korang pergilah tengok sendiri gerenti puas hati. Kalau kutipannya nanti tak sampai RM40 juta pun sekurang-kurangnya ada jugak filem Malaysia yang dibuat menepati kehendak penonton dan menghiburkan.

Daripada 5 bintang saya beri 4 1/2 bintang bagi karya Mamat Khalid ni. Cayalah...


Hantu Kak Limah Balik Rumah Promo - 9 December 2010

08 Disember 2010

ke penjara itu - babak seterusnya

Kaki saya melangkah. Semakin dekat ke arah banduan. Hampir dekat. Ketika mereka sedang berkawad itu terdengar ucap selamat, "Selamat pagi, Yang Berbahagia Datuk."

Sambil berjalan, melihat dan mendengar taklimat yang diberikan saya dan otak saya rancak mentafsir dan berbunga-bunga soalan yang ingin saya tanyakan. Tapi, dipendekkan cerita, saya ringkaskan pikiran saya begini...

Semalang-malang nasib mereka memilih jalan kehidupan yang begini, ada satu tempat koreksional yang bisa membimbing dan membetulkan mereka. Menyuluhkan kembali pilihan hidup mereka. Mengelokkan semula babak-babak gelap kehidupan mereka.

Di sini, banduan-banduan ini dipulihkan melalui teras pemulihan: perubahan sikap, kemahiran dan ilmu (A - Attitude S - Skills dan K - Knowledge). Maka, segala persepsi, stigma dan prasangka buruk kita terhadap banduan ini perlu diperbetulkan.

Banduan-banduan ini apabila keluar nanti tidak perlulah disisihkan dalam masyarakat. Di sini, melalui program-program dan modul-modul yang mengikut standard piawaian antarabangsa, banduan-banduan ini diberi pilihan untuk memilih kemahiran dan ilmu seperti menjahit, bercucuk tanam, mencanting batik, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Program berteraskan agama dan kerohanian juga turut diberikan.

Pendek kata, banduan yang dilepas bebaskan di dalam masyarakat setelah dipulihkan daripada kesalahannya sebagai orang yang tak berguna itu adalah SALAH. Dan kita juga perlu menyalahkan diri kita jika kita merasa mereka itu SALAH. Ya, memang benar mereka SALAH tapi yang lebih SALAH adalah kita kerana kita berfikir secara SALAH untuk menerima mereka. Mengerti?

Sama ada kalian setuju atau tidak dengan pikiran saya juga tak menjadi SALAH. Yang sebetulnya, selain menerima mereka, kita juga harus memBETULkan diri kita. Setidak-tidaknya memBETULkan pikiran kita bahawa mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk menjadi BETUL. Betulkan kata saya?


pikiran kita juga perlu bebas seperti bebasnya burung yang terbang di angkasa dan tidak hanya memikir SALAH orang. insafi diri itulah cerminan peribadi.




ke penjara itu


Buat kawan-kawan yang kita sayang. Saya mahu berkongsi cerita ni. Pagi tadi saya masuk penjara. Erk? Tapi, saya bukan OB tau. OB tu ialah Orang Bersalah.

Saya ke Penjara Kajang untuk melawat banduan di sana. Banduan tu pun bukan siapa-siapa. Saya tak pernah kenal mereka. Tapi, pesan seseorang, jangan sampai banduan atau orang penjara ngorat ko tau! Eh? Sesuatu kan...

Oh, bukan hal ni yang nak dikongsikan. Tapi, balik kepada realiti kehidupan. Suka saya mengingatkan diri sendiri - tak ada orang yang mahu dirinya jadi jahat. Mustahilkan? Sudahlah lahir sempurna tiba-tiba pilih jalan kejahatan - kancah hina.

Pastilah hidup ni punya pilihan. Mahu baik atau tidak. Tapi satu cerita yang telah saya tonton, kawan-kawan yang kita sayang boleh ulang baca atau baca semula omelan kecil saya di sini.

Baiklah, pertama sekali ini adalah pertama kali saya akan masuk ke kawasan atau kompleks penjara yang dekat dengan banduan. Sebelum ni saya pernah ke sini untuk menghadiri mesyuarat.

Usai bersalaman dan mengenalkan diri dengan pegawai-pegawai Jabatan Penjara, saya dan ahli delegasi diminta untuk menyimpan segala barang-barang yang dibawa termasuk beg tangan wanita, dompet, segala nilai mata wang yang ada di poket seluar dan juga telefon bimbit!

Maka, saya tak dapat tipu diri sendiri bilamana saya rasa 'sesuatu'. Antara persoalan dalam kepala, "Perlu ke...?", begitu dan begini. Tapi, mungkin kerana air muka saya tak boleh tipu pagawai-pegawai kat situ pun cakap, "Tak pe, letak dalam locker ni pasti selamat."

Kemudian saya disapa oleh salah seorang pegawai atasan Jabatan Penjara ni, "Nanti saya nak tahu apa perasaan Cik Hafizan sebelum masuk dan selepas keluar dari penjara ni, ok?"
"Hehehe... Ok, Puan" saya gelak saja. Aduaiii....

-tbc-





kota lumpur dan hujan


kota lumpur hujan lagi.
pada hari hujan begini, banyak yang saya fikirkan.
fikirkan kerja.
fikirkan hal manusia.
juga fikirkan tentang alam ini.

kota lumpur dan hujan, tak dapat tak kejap lagi sesaklah jalan raya
bersimpang-siurlah kereta, terperciklah sini sana
kota lumpur bila hujan akan jadi seperti gambar di bawah ini.
kredit kepada sang pemilik gambar dan tukang gambar.

Bukan Cinta Biasa

07 Disember 2010

Tolong Beritahu Kawan-Kawan Yang Kita Sayang


yes la... untuk kawan-kawan yang kita sayang. tak kira kat mana korang yang cantik-cantik dan hensem-hensem ni berada, kita tetap pandang anak bulan yang sama.


06 Disember 2010

1432 Hijrah


Salam kepada semua kawan-kawan yang kita sayang yang mengikuti blog CikPanda ni daripada awal hingga waktu semasa. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Semoga lembaran baru pada tahun 1432Hijrah ini memberi seribu kemanisan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Semoga tahun yang telah berlalu pergi, memberi banyak pengajaran dan dapat memupuk lagi kesabaran pada masa hadapan.

Besar juga harapan saya, untuk diri yang sering terlupa untuk terus menghargai apa saja yang ada di sisi saya terutama keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan yang kita sayang. Tanpa kalian, saya bukan siapa-siapa.

Saya, Hafizan Hamzah a.k.a CikPanda mahu menjalani tahun baru ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Tolong ingatkan aku kalau aku hampir mahu tergelincir, terhantuk, ter... apa-apa saja lagi.

Saya juga berharap, kawan-kawan yang kita sayang akan sentiasa di rahmati Allah Yang Esa dan dimurahkan lagi rezeki kalian.

Buat KodoksMondok, tiba tahun baru, azam baru dan orang baru dalam hidup kalian - semoga lebih menceriakan lagi keluarga KodoksMondok ni. Alhamdulillah...



Cinta Natrah Terlalu Abadi

Usai menonton teater Natrah tempoh hari, Kpah tanya aku, "Macam mana kalau kisah Natrah ni berlaku zaman sekarang Jan?" Aku diam. Berfikir lalu aku tinggalkan persoalan tu macam tu.

Susah. Kalau zaman dulu boleh terjadinya rusuhan dan ada yang terkorban. Apatah lagi kalau kisah macam tu berlaku pada zaman sekarang.

Pada aku kisah Natrah banyak boleh dijadikan pengajaran merentasi sempadan masa, perhubungan sosial, sempadan negara, agama dan kaum. Kenapa ia terjadi di bumi kelahiran kita ni pun adalah sesuatu yang istimewa untuk dirungkaikan.

Sebelum menonton aku baca seberapa banyak ulasan dan cerita pasal Natrah ni. Menarik. Itu yang menjadikan aku mahu menonton.

Pada aku Natrah adalah milik-Nya. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali. Walau Natrah dilahirkan dari rahim seorang Kristian, pembesarannya dalam sekitaran alam Melayu dengan didikan dan ajaran agamanya adalah Islam. Maka, Natrah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak telah memperakukan bahawa Allah itu Esa dan Muhammad S.A.W adalah pesuruh-Nya.

Perebutan ke atas hak penjagaan diri Natrah, sehingga manusia berbalah melibatkan beberapa negara (Malaya, Indonesia dan Singapura) hingga ke benua Eropah (Belanda dan Inggeris) menjadikan kisahnya mendapat perhatian masyarakat dunia.

Apabila sesuatu yang terjadi melibatkan kesan ke atas tindakan kita, nah, Natrah adalah cerita yang tepat terhadap segala persoalan daripada segi perundangan, sosial, politik, penyatuan, perpaduan dan cinta malah segala-galanya.

Menyingkap bab terakhir dalam buku Natrah karya Fatini Yaacob, siapa pun Natrah, Muslim kah dia, atau Kristian kah dia pada akhir nyawanya, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Hinggalah jasadnya tidak disemadikan malah dijadikan pula untuk bahan kajian bagi penyakit leukimia.

Cinta Natrah juga terlalu abadi. Segala kenangannya bersama suami Mansur Adabi yang dicintai dibawa sampai mati.





03 Disember 2010

Teater Natrah

Atas permintaan ramai, teater Natrah ni akan berlangsung sehingga esok 7 Disember 2010. Adalah tak adil untuk aku mengulas panjang lebar pasal teater ni. Apape pun diharapkan gangguan teknikal pada mikrofon beberapa pelakon dapat dielakkan dan pementasan berlaku lebih 'live'.

Satu produksi yang dapat banyak perhatian dan ulasan media. Tapi, pada aku adalah lebih baik produksi tu mencipta lagu yang tidak diciplak daripada muzik Bollywood. Perkara tu hanya akan beri kredit pada mereka dan tak menghargai hasil muzik tempatan.

Jalinan 'kimia' antara Maya Karin dan Remy Ishak tak boleh dinafikan. Tapi terlalu kaku untuk melihat Remy bergerak tari dalam tarian ala Bollywood tu walau dapat sorakan gemuruh daripada penonton termasuklah aku. Hehe...

Pujian yang paling melambung aku bagi pada penghayatan watak Natrah pada umur 70-an yang dipegang oleh Sofea Jane. Walau hanya bermonolog, lontaran suara, penghayatan emosinya - celaru, pilu, penuh duka dan air mata - hingga terkadang aku terfikir dah gila agaknya Natrah pada penghujung usianya. Kalaulah Natrah tahu... Ya hanya Natrah yang lebih tahu. Maka, Allah Maha Mengetahui fitrah dan naluri Natrah atau Maria atau Bertha. Atau apa saja nama dan gelaran yang disandang ketika hayatnya. Che Aminah panggil dia Putih.




02 Disember 2010

Hitam Bukan Kelabu


dia kata hitam - hitam
dia kata putih - putih
hitam bukan putih
putih bukan hitam

hitam tak kan jadi kelabu
putih juga bukan biru


Mau Bercuti Lagi


ke Langkawi je pun...


yang penting dapat gak kuar dari kota lumpur yang kita sayang ni


jalan-jalan dengan famili... tapi memang sengaja je letak gambar sendiri


nasib baik Angah tau amik kan gambar... kalau tak... hemm...


jadilah cam buaya ni... hehe


apape pun... memang nak gi bercuti lagi...
err, gambar kat atas ni aku yang amik.
daaa...


Indahnya Bercuti

hehehe... lalalala...
mood malas nak mengayat!