29 Oktober 2010

Papan Catur


umpamakan hidup ini di atas papan catur. ada hitam putihnya. ada kerajaannya. ada memanda menterinya. dan ada askar-askarnya. realitinya-satu buah catur diundur tak bermakna kalah. mara ke depan tak semestinya mendahului dan jadi pemenang. setiap tindakan akan ada akibat dan kesan.

hitam putih kehidupan. ada baik dan buruknya. Tuhan tak jadikan satu-satu perkara itu untuk menjadi sia-sia. hidup di dalam ruang dan masing-masing punya peluang.

jangan menjadi hina diri atas tindakan sendiri.saling menghormati jadikan pegangan. diri bukan idola siapa-siapa.masih banyak ruang untuk memperbaiki diri.

setiap kesalahan punya kemaafan. toleransi dalam kesederhanaan. memenuhi keperluan. mengikut kemampuan. suara alam perlu didengar. tanpa alam, binasalah manusia.

Kembalikan Senyum Itu




kembalikan senyum itu
yang bisa menenangkan jiwa
yang bisa menghentikan air mata

senyum itu penawar duka
senyuman yang indah untuk dilihat lalu tertawa bersama.



radio rosak

First time dengar lagu ni dalam kete Wa. Terus aku tanya, "Eh, lagu baru Anuar Zain?" Terus Kpah n Wa tanya aku balik, "La, ko tak tau ke Jan?" Hehehe...

Sebenarnya dah lama aku tak dengar radio. Pasal radio dalam kereta aku rosak!

Aduhhh cikpanda...cikpanda.

Hanya Milik Mu - Anuar Zain (Mutiara Warisan) with lirik

25 Oktober 2010

tenang saja

untuk kesekian kalinya - ini yang aku maukan. tenang saja. tak ada lain. tak perlukan kos.
mudah-mudahan - segala urusan dipermudahkan. bukan susah - arahan yang jelas.
jangan kecamuk kan aku. kalau tak, biar aku yang pilih. baik aku diam saja.

tolong jangan pahami aku

ya, aku suka berkawan. ya, aku mudah didekati. ya, aku seorang kawan. ya, aku punya ramai kenalan. kamu dan aku berkongsi cerita. tapi, maaf tolong jangan pahami aku. kerna ada kalanya aku sukar untuk dimengertikan. bukan mahu bikin kalut. bukan juga mahu bikin ribut. aku gagal pahami diri aku sendiri. bagaimana pula kalian boleh pahami aku.
diam, kala aku bersuara.

kenapa merah?



blog ni dah ditukarkan mukanya. ia tak hitam lagi. tapi merah. kenapa merah? ada yang kata, merah tu berani. merah tu berahi. merah juga tanda ego yang tinggi. merah juga warna cinta. merah warna hati. merah warna darah. banyak orang suka merah. tapi aku tak. warna aku bukan merah. tapi blog aku kali ni aku warnakan merah. kenapa? tah.
jambul si ayam dalam gambar ni pun merah.

conteng lagi


dan aku menconteng lagi. ada awan. ada matahari. ada pokok. ayam. burung. lembu. kucing. bangau. rerama. ada ladybird. buah dan bunga. akan ku conteng lagi.