30 Julai 2010

Apa Lagi?


Untuk seketika tiada apa yang hendak diceritakan. Mungkin kamu akan aku tinggalkan buat seketika. Biar berhabuk atau berkulat. Aku mahu rehat. Lagi?

Ya, kerana tuntutan kerja.

Kamu - untuk kawan-kawan yang kita sayang. Jaga diri. Percaya diri. Tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini. Biar masa berlalu menjadi sejarah. Dengan sejarahnya atau kenangannya, biar indah atau kelam - ia kan tetap terangkum menjadi sejarah. Jangan biar berulang.

Ingat - tersenyumlah seperti menanti sang pelangi di siang hari. Bagai menari diiringi pelangi. Dan pabila malam ditemani bulan dan gugusan bintang bercahaya terang. Senyumlah. Mahu marah pun, ingatlah senyum. Hadapi segala-galanya dengan senyuman. Kerana senyuman itu bisa merawat rawan.


27 Julai 2010

Masih di dalam mode filem Indon ini

Pada saya Perempuan Berkalung Sorban adalah karya yang jujur, sinis, berani dan radikal. Ya, ia mengangkat tema Islam sehinggakan filem ini di tanah kelahirannya ‘diserang’ lalu dipanaskan lagi dengan isu pemboikotan tentunya daripada pihak-pihak yang tidak bersetuju yang mana perihal kehidupan di pesantren (sekolah pondok) dilakarkan sehingga sedemikian rupa.

Filem ini saya katakan jujur kerana nah, suatu ketika dulu tidak dapat tidak wanita dipotretkan sebagai tidak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi. Jika pandangan saya ini tidak mampu saya buktikan pada zaman ini setidak-tidaknya ia memang pernah berlaku dulu. Iya, kan?

Berani dan radikalnya filem ini apabila beberapa ayat yang dipaculkan oleh watak Anissa ada menyebutkan “Zikirku tidak didengari Allah. Tahmidku, tasbihku tidak didengari Allah.” Ia seolah-olah mencabar zat Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Lantaran itu, saya katakan filem ini sinis kerana apabila watak bapa Anissa mengambil keputusan untuk menikahkan Anissa dengan jodoh pilihannya terasa seperti ada udang di sebalik batu. Masakan tidak, dengan menikahkan anaknya, pesantrennya akan lebih berkembang maju lagi. Tetapi, pernikahan itu bukanlah sebuah keindahan bahkan seperti layaknya dipanggil malapetaka!

Radikal pula pada saya apabila beberapa babak di ranjang yang dipaparkan hanya untuk menuntaskan hawa nafsu sang suami tanpa mempedulikan layanan yang lebih sopan atau setidak-tidaknya tidak menafikan hak isteri untuk dilayani seperti seorang manusia yang sihat akal fikirannya. Memang tidak adil wanita yang bergelar isteri dilayan sebegitu rupa sehingga menyebabkannya trauma.

Lalu saya terfikir, sinema Indonesia berani mengangkat tema seperti ini kerana ia membuatkan kita atau sekurang-kurangnya pada saya tentang stigma atau perspektif negatif maysarakat luar yang hanya menganggap Islam itu seperti yang digambarkan seperti dalam filem ini. Tetapi sebenarnya, Islam itu indah, adil dan syumul.

Saya lebih tertarik pada babak orang yang berzina direjam dengan batu, apabila ibu Anissa merungkaikan persoalan kita tidak layak menghukum kesalahan orang lain lalu dialognya seperti ini dilontarkan sambil memegang batu seolah-olah mencabar “Jika ada yang tidak pernah berbuat dosa, silakan melempar.”

26 Julai 2010

Review: Perempuan Berkalung Sorban

Filem Perempuan Berkalung Sorban ni mencetuskan kontroversi di bumi kelahirannya sendiri. Banyak review yang aku baca dan kaji kebanyakannya tidak menyetujui cara penyampaian maksud Islam dengan medium seperti ini.

Jalan ceritanya berkisarkan seorang perempuan (Anissa) yang merupakan anak seorang kiyai yang mempunyai pendirian, tegas, mahu bersaing, suka ilmu dan suka menulis. Dia juga seorang yang lasak dan bercita-cita tinggi.

Namun demikian, segala kebolehannya dinafikan apabila segala yang bersifat maskulin tidak boleh dilakukan olehnya. Hanya dengan alasan syurga wanita itu telah ditetapkan di rumah. Perlu berbakti pada suami dan tidak boleh buat itu dan ini (menjadi pemimpin, menunggang kuda, melanjutkan pelajaran yang tidak ditemani muhrim dan perlu menuruti segala ajakan suami bila saja diperlukan -> this part yang jadi sgt kontroversi)

Filem ini mendapat tentangan di negara seberang kerana ada yang berpendapat, mesej dalam filem ini seolah-olah menentang dan memburuk-burukkan lagi pandangan dunia luar terhadap Islam. Tetapi, jika dilihat dari sudut pandang yang berlainan - sewaktu dulu kan beginilah Islam itu dicerminkan.

Di sini saya sertakan pandangan daripada ustaz kontroversi di Malaysia siapa lagi kalau bukan bekas mufti Perlis Ustaz Asri Zainal Abidin mengenai pandangan beliau tentang filem ini.
http://drmaza.com/home/?p=1117

21 Julai 2010

ku mohon

hati terdetik.
rindu berbisik.
aku rindu. jodohku. di mana kamu?

Tuhan, aku mohon perkenankanlah.

apabila mesin tu bercakap

"hellooooooo...kad saya kena reject ni."
apabila mesin tu bercakap.....
"cik dah bayar ke?"
hmm.... muka aku yg cun ni ada ke macam muka penyagak yang tak boleh bayar duit parking kereta?
"daaaahh..." sambil buat muka mencebik, lagi pun orang tu bukannya nampak!
kalaulah aku ni kartun...

dah tentu aku bertukar daripada CikPanda yang comel kepada sedara aku si Kungfu Panda tu
lalu menendang mesin itu apabila ia bercakap sekali lagi!
ngek! :P

20 Julai 2010

cerita ridikeles - episode 1

Ini kerja gila atau ridikeles kata orang. Tapi, lately ni, secara tak sengaja telah berlakulah sesuatu. Hehehehe...

July 16 - aku menconteng sesuatu di wall fb seseorang iaitu my partner in crime (PIC) CikAfzan

CikPanda ko berdebar-debar tak....
CikAfzan brdebar dup dap dup dap jugakla.tp stil leh fb jap,mcm ko =P pak andam aku tgh betolkan gincu ni
CikPanda haha... berkat hari jumaat kan? ala... skrg ni nk beranak pn leh fb, pe la sgt nk fb time menikah! weh, lupe nk ckp... ko cover sikit jln tu jgn kengkang k :P
CikAfzan kengkang trademark weh..bside si dia accept me for who i am,x kire la bibir mengelupas ke,byk blackhead ke..sume itu adalah unik baginya =)
CikPanda hmm.. sooooo swittt... bertuah ko mike ;)
CikPanda tahniah, tau. semoga berbahagia ke akhir hayat kamu :)
CikAfzan thanks tau pijan =) sori xbgtau awal.nnti aku upload gamba k
CikPanda ok. aku tunggu... ;)
::beberapa hari selepas tu::
Syaz WOI APE NIH???????AKU DH START RASE KECIK ATI!!!
CikAfzan xde mknanye syaaz oi nk kecik ati..ini semua adalah cobaan hihihihi
CikPanda bahahaha..... hi, shaaz. nti jumpa kt wedding ko ktorg explain. tp dh statement2 yg kuar hr ni sebenarnya dh jelas dh.... so, aku x yh la bersara awal. ko pn aku kena puji gak. pandai ikut rentak dan sangat kreatip... tahniah pada diri kita sendiri. ;)

-Syaz bukan nama sebenar adalah bakal pengantin pd 31 Julai ni. Siapa tak kecik hati weh... ada kawan-kawan bengong cam kitaorang ni yang mensensasikan hal-hal cam ni. Sorry, Shaz... aku n mike sayang kau. Jangan marah k. Luv u.... muahhhss (lagipun senarai mangsa yg sebenar bukan si bakal pengantin ni... hehehe. ni namanya FB hangit!!!!)

tbc....

18 Julai 2010

pemilik hakiki sang hati



:: selamatlah buat hatinya yang kosong. tanpa jemu, aku akan berdoa agar hatinya akan terisi lagi. terisi dengan kasih sayang yang hakiki. pemilik hakiki sang hati adalah yang meminjamkan udara, tanah, harta dan nyawa. tiada yang abadi. kecuali Dia Yang Maha Menciptakan ::
(CikPanda)



Dewa - Kosong

hatinya kosong

hatinya kosong
seperti segelas air yang diisi penuh lalu habis diminum
hatinya kosong
seperti kosongnya rasa sirap yang tak bergula
hatinya kosong
seperti kosongnya sarang apabila burung terbang tak pulang-pulang ke sarang
hatinya kosong
seperti kosongnya alam ini tanpa langit dan lautan
hatinya kosong
seperti tiada irama yang mengiringi sang hujan
hatinya kosong
seperti tidak pernah ada warna pelangi yang menerangi alam ini.

kerana hatinya memilih untuk terus kosong.
aku sokong.

16 Julai 2010

tak semua perkara perlu dimengertikan

~mengertilah. tak semua perkara perlu dimengertikan. ada perkara yang akan memberi erti dan membahagiakan. iaitu apabila kamu mula percaya diri. dengan rasa hormatnya. kamu akan mengerti semuanya nanti. biarlah masa yang menentukan. kadang-kadang, kita perlu membiarkan kebenaran itu berkata-kata sendiri. ketika itu kamu akan bersetuju, tak semua perkara perlu dimengertikan~ (cikpanda)

15 Julai 2010

lupa yang perlu diingatkan


apabila mudah mengingat lupa
segala yang indah sepertinya tak bermakna apa
apa saja kebaikan itu belakang kira.

yang diingat hanya lupa sahaja
sahaja buat-buat lupa
lupakan marah
lupakan sedih
itu tak mengapa.

tapi kenapa lupa segala-galanya
yang sebelum ini baik-baik belaka
mengingatkan diri sebelum terkena
kerana aku takut menjadi lupa
pada yang lupa perlu diingatkan.


hatinya seketul batu



tak mudah mengilham kata...
tak mudah menyusun bicara...

hatinya seketul batu...
dilempar hanyut...
tenggelam tak timbul di permukaan.


lambaian jingga di celahan pohon kemboja

Rindu. Dah lama tak pergi 'menembak'. Terkadang aku rasa 'skills' tu dah makin lemau. Tapi, Alhamdulillah, walau hanya pakai kamera hp, hasilnya bagi aku sempurna. Macam mana tak sempurna 3.2 megapixels sahaja.

Yang sebenarnya lukisan alam ciptaan Tuhan ni yang mengagumkan. Kerana kagum dengan keindahan itu, pada suatu senja, di tengah-tengah kesesakan lalu lintas aku nampak senja nan merah yang cantik sangat. Masya Allah.

Di tengah-tengah Kota Lumpur yang kita diami, lalu Sony Ericcson 770iK menjadi saksi. Merakam aksi. Indah ciptahan Tuhan ini yang dipinjamkan seketika cuma.

Lambaian jingga di celahan pohon kemboja.
Subhanallah...

11 Julai 2010

Kek 27 Harijadi


Semalam makan-makan dengan KodoksMondok kat area Setiawangsa. Makan stimbot dan barbeque dengan berseleranya. Kodok-kodok yang datang - Ketua Kodok, Kodok Bob dan Bob, Kodok Chubby a.k.a Kodok Chomot, Mondok a.k.a Kodok Diva. Kodok Melaram, Kodok Stress n Hubby dan Kodok Kecil Aisyah tak dapat datang. Tak pe lah.

Walau berenam tapi tetap meriah. Awal-awal aku dah warning jangan ada apa-apa surprise untuk aku. Maka dorang tepati janji tu. Thanks, sayang korang kalau tak nanti aku nangis, siapa nak pujuk?

Ok, janji 8.30 malam tapi macam biasa la... hahaha. Kpah ambil aku kat rumah sebab tak tau tempat tu kat mana tapi rupa-rupanya Kpah lupa amik Masyurah. Miss communication! Kesian Masyurah pasal dia yang jadi organizer ni.

Bila dah sampai, makan-makan... Ain buat lawak nk rebus sayur plastik dalam air rebusan tu. Kpah tetap yang paling comot! Dan orang yang paling berusaha ialah Kpah - tak cukup pot depan dia penuh, dia penuhkan pot depan aku.

Sebab tak nak rugi memasing makan dengan portion yang betul. Meaning tak ada pembaziran - bagus betullah kodok-kodok ni. Macam biasa kitorang yang sampai restoran tu paling awal - orang berganti orang - kitorang terus bertambah plates - tambah dan tambah lagi! Hahaha... mana tak gemok!!!

Thanks once again kat korang pasal tiap-tiap tahun sebenarnya ada je kesempatan kita nak berkumpul makan-makan time birthday aku. Bila aku mengelak, nanti mulalah korang tercongok depan pintu rumah aku, bawak kek.

Kadang-kadang aku terfikir macam ni tau, korang buat cam ni sebab aku masih single eh? Korang takut aku sorang-sorang ke? Atau, time ni la yang korang tunggu-tunggu untuk tengok reaksi aku? (Macam Masyurah cakap aku makin sensitif)

Tapi, aku tau korang memang ikhlas... apa-apa yang aku tulis tadi tu, aku je yang terfikir macam tu. Tapi, sebenarnya itulah yang buat sesekali aku menolak - tak mahu diraikan. Sorry, kalau tulisan ni terlalu telus dan jujur. Aku sayang korang semua - my family, my KodoksMondok. Sampai mati pun memang susah nak cari kawan macam ni. Take care - Garnier! Hehehe...

Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas - Kodok Narnia.

10 Julai 2010

Dah 20 Tahun

Genap 27 tahun, maknanya secara ukuran nombor, aku dah berkawan dengan KodoksMondok ni kurang lebih 20 tahun. Dari sekolah rendah yang sama, sekolah menengah, sambung universiti yang sama (kecuali 2 org Sharifah - Kpah dan Masyurah).

Kebelakangan ni, kita banyak kongsi cerita suka-duka, gelak ketawa, sedih... semuanya kita boleh luahkan. Hmm... satu perjalanan yang panjang sebenarnya, tapi sangat berbangga dengan kamu orang semua - KodoksMondok yang disayangi kerana kamulah teman yang terhebat yang pernah saya miliki.

Catatan 27 Harijadi

Alhamdulillah... masih dipanjangkan umur. Tahun ni berbeza benar. Walau tak sama yang seperti aku harapkan tapi lebih tenang. Tak seperti tahun-tahun lepas, ada je acara sambutan la, nak buat kejutan, especially daripada KodoksMondok.

Sudah-sudah la tu. Segan aku dibuatnya. Yang membezakannya lagi sebab 27 harijadi aku pilih untuk cuti rehat. Walau dalam kepala banyak agendanya tapi aku pilih untuk lepak kat rumah je.

Banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni buat aku perlu masa untuk bersendirian atau sekurang-kurangnya rasa tenang dan selamat kat rumah.

Terima kasih pada semua famili dan kawan-kawan yang kita sayang yang ucap selamat 27 harijadi. Catatan ni mungkin tak dapat mengubahkan apa-apa, tapi perasaan dihargai, kasih sayang dan keakraban tu jelas dan nyata membuatkan aku terharu dan tersentuh gak la emosi.

Tak jemu baca ucapan kawan-kawan kat FB dan sms. Ni lah, kuasa ayat-ayat atau doa yang dikirimkan - dapat dijadikan penguat semangat. Tak perlu hadiah yang mahal-mahal pun, sekadar ucapan kadang-kadang itu lebih bermakna.

05 Julai 2010


Pada satu rasa yang semua rasa.
Ketika deria rasa menyampaikan rasa.
Mungkin kita sama-sama rasa.
Sebab semua pernah merasakan rasa.
Tapi rasanya seperti...

Ada getar. Ada gegar.
Getar yang menggegarkan.
Jiwa.Hati.
Emosi.Nurani.

Selamba Kodoks

"Hebat, kan aku dapat kumpulkan korang semua," Ketua Kodok cakap malam tadi masa lepak kat NZ Wangsa Maju. Dalam hati sekor-sekor kodok:
[Huh, puji diri sendiri!]
[Ye la Ain, kau kan hebat!]
[Eleh, dah la malam sebelum tu Pjan ejek ko macam bini Shrek- si Fiona tu :P]
[Ain je ke hebat? Tapi, aku diva, ahaks!]

Tapi, lepas tu semua orang tak berapa nak layan si Ketua Kodok ni. Sebab kodok-kodok semua layan tengok Final Mentor 4 malam tadi. Pada hal tak la layan sangat tapi semua selamba je, tak berapa nak kuasa nak layan kau, Ain! Hahahhaha...
"Weh, aku ajak lepak sebab nak jumpa korang bukan nak tengok Mentor ni." Hahaha... Marah pulak!

--
[Topik lain]

"Spagetthi yang kau masak tu nampak sedap! Bila nak masak untuk kitaorang?" Ketua Kodok. Aku jawab, "Muak dowh... aku pakat letak susu la, campur mayonis, ada cheese lagi..."
"Eh, tak pe, yang penting bagi kitaorang rasa dulu." Hehehe... gelak lagi.
"Tapi, nak sama yang macam kau attached dalam emel tu, tak boleh lebih tak boleh kurang!"
"Hmm... ye la."

Memula niat nak jeleskan Wa. Tapi, sebab gatal tangan gi attached gambar ni dalam emel. Moral: Jangan setakat attached dlm gambar je. Kodok-kodok ni pelahap! Pantang tengok makanan sedap. Hmm..

02 Julai 2010

KodoksMondok Mahu Rename?

Sebab dulu semuanya bujang belaka. Bila 2 Kodoks dah kahwin ni, banyak macam la nama-nama kodok yang nak di'rename'kan.

Ketua Kodok - Ain
Kodok Chubby - Kpah
Kodok Bob - Wa
Kodok Melaram - Lindzia
Kodok Stress - Aja
Kodok Narnia - Aku
Mondok - Masyurah

Sekarang atas ciri-ciri terkini kodok-kodok nak rename nama dorang sendiri nak jadi macam ni:

Ketua Kodok - Ain - Kodok YB?
Memandangkan kesibukan beliau melakukan tour 1Malaysia untuk bengkel aduannya, maka sekiranya ingin bertemu sila semak jadual tugasannya terlebih dahulu ek. Kesibukan Ain ni tahap-tahap sama dengan zaman glamer Mawi baru lepas keluar AF la. Haha...

Kodok Chubby - Kpah - Kodok Comot?
Tak kira apa saja yang Kpah makan kadang-kadang sudu tu tak masuk kat mulut betul. Ada je nak singgah kat baju dia la. Dari dulu sampai sekarang masih lagi kekal comot!

Kodok Bob - Wa - Kodok Tulang? Hahaha
Sejarah telah membuktikan akibat terkehel kakinya dulu, maka kesannya membawa ke hari ni. Satu hari mengadu dalam emel, doktor cakap aku ada masalah tulang kat situ sini dan bla...bla...bla... Hahaha... macam-macam!

Kodok Melaram - Lindzia - Kodok Resah?
Hmm... kembalikan Kodok Melaram kami. Kami kesah dengan kamu beb... Bergayalah macam dulu-dulu tu. Jangan ikut sampai nak jadi saiz Ain. Hahahaha...

Kodok Stress - Aja - Kodok Pinkish?
Hahahahha... sebab-sebab tak boleh dinyatakan di sini. Sekian, terima kasih.

Kodok Narnia - Aku - Kodok Misteri?
Macam-macam... mungkin sebab banyak tulisan aku dalam blog ni mempengaruhi kodok-kodok nak rename aku dengan nama ni. Ada part bunga-bunga bahasa or ayat-ayat kiasan aku, buat dorang ingat aku makin pelik kot. Hahaha... Tak boleh blah...

Mondok - Masyurah - Kodok Diva?
Pasal dia rasa dialah yang paling popular kat dalam KL Sentral tu, tak yah pakai baju seragam serba merah tu pun orang dah kenal. Bila ada orang yang menyapa, pendek jawabnya "Salah orang tu!" Gila kalau tak diva... siap orang kejar tu. Bukan nak mintak sain ke apa, cuma nak dilayan cepat, potong barisan!

Jadi, Kodok-kodok seklian, mahukah nama baru ini? Weh... aku tak nak lah. Aku lagi suka nama Kodok Narnia tu! Hahahahaha....