30 Mei 2010

27 Mei 2010

menang


aku mahu. aku tahu kamu pun mahu. kerana kita sama-sama mahu. jadi tiada siapa yang tidak mahu. mahu jadi juara. mahu jadi pemenang. mahu jadi nombor satu.

ni individu berpersonaliti jenis A. hahhaha. rasakan. patutlah stres selalu.

26 Mei 2010

Rasa ini tidak bagus sama sekali


Malam hari ke-3. Dalam satu hotel. Sejuk penghawa dingin tak dapat mengubahkan rasa sakit kepala aku 2 hari ni. Bukan aku saja yang merasa. Tapi, teman sebilik pun rasa penangannya.
Entah. Lemah sangat ke badan aku ni? Cuaca ke penyebabnya? Atau makan minum yang jadi faktor dan puncanya? Yang pasti rasa ni sungguh tidak menggembirakan.

Biarlah. Esok penamatnya. Esok tak mahu rasa sakit kepala ni lagi. Mahu gembira. Mahu untuk tidak memikirkan perkara-perkara yang membebankan. Berat. Kusut. Serabut.

Mahu positif. Mahu merasa senang dan menyenangkan orang keliling. Mahu memberi pertolongan. Mahu itu. Mahu ini. Perkara-perkara yang suka aku lakukan.

kota lumpur yang lumpuh - II

Satu awek cun bertudung merah jambu, pakai terompah dan menyedut Starbuck perisa Dark Mocha. Tak ada perisa lain dah, kalau ke Starbuck. Bukanlah nak buat promosi percuma kat sini. Sekadar berkongsi rasa. Tak caya pi beli. Sedap tak terkata wo~ hehehe...

Awek cun tu berjalan-jalan dari satu arked ke arked yang lagi satu. Gila banyak lagi kain baju belum ditempah, belum dijahit dah nak cari kain baru. Memang haru siapa yang berbinikan awek cun tudung merah jambu ni! ....sigh....

Lepas berlalu pergi meninggalkan sebuah stesen lrt di tengah kota lumpur ni, awek tudung merah jambu ni nak balik ke rumah. Mahu tahan teksi. Sebab tak tahu nombor bas yang berhenti depan rumahnya. Kesian...

Lagi kesian bila tengok orang lain pun menahan teksi. Menahan rasalah awek tudung merah jambu ni nak balik ke rumah menggunakan pengangkutan awam kat Malaysia ni. Khusus dalam kota lumpur yang lama didiaminya ini.

"Hello, mak. Abah ada?"
"Mintak abah amik ucu kat bus stop depan Standard Chartered, mak."
"Lrt rosak."

Ketika azan Maghrib kedengaran, awek tudung merah jambu ni pun berlalu pergi dengan abahnya. Bersama EX5 Honda kesayangan abah. Meninggalkan kota lumpur yang lumpuh buat seketika kerana masalah teknikal kata mereka.

Fikir aku, macam mana nak capai status negara maju kalau nadi penggerak rakyat lumpuh saban waktu. Celaru dan keliru... jangan sampai rakyat jadi buntu. Lalu memangkah parti yang lagi satu.

-the end-

kota lumpur yang lumpuh - I

Dari Jalan Belia ke arah Masjid Jamek. Buat keputusan balik dengan putra lrt. Saja mahu tengok orang dan orang tengok aku. Haha... :P


Jalan-jalan-jalan.... terbeli tudung 3 helai... pompuan ni! Hmm... Jalan lagi, tengok orang lagi. Sorang makcik kudung kaki kirinya atas kerusi roda dekat dengan stesen lrt Masjid Jamek tu sambil menutup mulut dan hidungnya. Kesian...


Tengok orang. Tengok keliling. Lrt Masjid Jamek dah berwajah baru. Aku tak ingat bila kali terakhir aku naik lrt. Oh... ada. Satu ketika tu aku naik dan aku terperangkap kejap dalam lrt tu dalam 10minit nak balik ke rumah. Kalau tak silap tren tu berhenti antara stesen lrt Dang Wangi dan Kg. Baru. Lemas aku rasa.


Tadi pun. Tapi bukan terperangkap. Dengar pengumuman lrt akan tiba lewat kerana gangguan teknikal. Ramai yang mengeluh. Muka masam. Muka ketat. Berpeluh-peluh. Aku nasib baik je perut dah terisi dengan Dark Mocha Starbuck. Jadi, tak mahu mengeluh. Tak mahu singgung perasaan sendiri.


Aku berlalu dan pergi tinggalkan stesen lrt Masjid Jamek.

25 Mei 2010

Tak Mahu Berfikir. Tapi Perlu Berfikir.

~Kerana dengan berfikir itulah yang membezakan diri kita dengan haiwan sosial yang lain~
(CikPanda)

Takut Jadi Kuat

Hari pertama bengkel - hancur!!! Sakit kepala, tenguk dan bahu aku menjadi-jadi lagi. Sama cam kat kursus Langkawi hari tu. Aduiihh... bila tengok artikel pasal stress, hal yg jadi kat aku ni adalah simptom-simptom stress la ni. Aku stress ke?

Huhuhu... sikit la. Hal-hal pengucapan awam ni memang buat adrenalin aku bergerak laju. Angin dalam badan pun belumba-lumba mengembangkan saluran-saluran yang patut untuk dikeluarkan.

Bengkel aku lak tak jauh mana... sekangkang kera je dah sampai opis. Fasilitis kat sini - hahahhahancur gak. Tak lah teruk tapi... sekadar apa adanya saja la.

Sekarang pukul 3 pagi yang sepi. Orang lain tengah bermimpi aku ketuk stori, merepek kat sini. Kekadang dengar bunyi motor merempit. Tah-tah pondan-pondan di lorong-lorong itu tengah kencang berbisnes.

Aku sambil ketuk-ketuk ni, cari bahan untuk presentation Rabu ni. Nah, hal-hal yang akan membuatkan aku berpeluh-peluh, gugup dan gagap - hishh mintak simpang.

Kata penceramah, tu perkara normal. Rasa takut sebeum memulakan sesuatu perkara (dalam konteks ni utk berucap la). Sebab rasa takut tu nanti akan jadi kekuatan untuk diri kita.

Kekuatan yang macam mana? Kata penceramah tu, sedang nak berucap kalau tangan menggeletar tu kita akan salurkan segala kelemahan kita tu pada suara. Itulah sebab bila kita berucap, kekuatan suara kita adalah 3 kali ganda daripada suara kita bila bercakap biasa.

24 Mei 2010

Kalau Stress


Kalau stress. Jom tegok wayang. Tengok cerita kartun. Kartun ni sangat best. Hehehe. Pussy cat dah sangat gemoks... sangat! Nak berjalan pun sangat tak larat. Sangat comel bila dia bulatkan matanya. Sangat seksi perutnya bila berjalan. :)


Hehehehe... seksi, kan?




23 Mei 2010

G.I.L.A.

Terbaca kat Berita Harian online hari ni, sepasang suami isteri ditemui mati selepas terjun daripada tingkat 29 kondominium, dua hari daripada berita tu ditulis. Dipercayai pasangan ni kecewa sebab anak mereka umur 2 tahun menghadapi masalah mental.

Tapi sebelum dorang nak bunuh diri tu, dorang bunuh anak dorang dengan bagi makan racun tikus dan paracetamol. Apakah?

G.I.L.A kan?

Kebelakangan ni, kalau baca berita kat mana-mana kebanyakan ceritanya, seolah-olah rakyat Malaysia ni banyak yang sakit. Kesian jugak. Tapi, nak salahkan siapa?

Pada aku walau macam mana stressnya hidup dan kehidupan kita ni, tak payah la jadi G.I.L.A. Ada banyak cara kita boleh fikirkan. Kalau mengalah memanglah kita kalah.

Fikir-fikirkan... mungkinkah kita kat Malaysia ni tak ada tempat untuk mengadu? Maksud aku satu pusat kaunseling? Atau orang kita akan berasa malu kalau berkunjung ke pusat kaunseling tu? Atau ada jugak persepsi masyarakat kita ni dengan mudahnya melabelkan seseorang tu G.I.L.A hanya kerana kita nak dapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar kaunseling tersebut?

21 Mei 2010

Otak Aku



Sunyi. Malam dah jadi pagi. Kejap lagi jadi siang hari. Mentari akan tersenyum lagi. Aku baru siapkan kerja apape yang patut. Pasal aku amik cuti. Cuti rehat istilah orang kerajaan kata.

Situasi sekarang ni aku penat. Ye, sangat penat. Penat otak. Mahu rehat. Rancang macam-macam nak buat esok. Tapi tengoklah kalau aku gagah. Kalau aku kental esok. Eh, bukan esok kejap lagi.

Kalau aku rasa nak buat amal jariah kat mana-mana shopping complex pun, mesti tokeh shopping complex tu sangat alu-alukan aku. Kalau aku rindu nak tengok beruk dan monyet pun aku gagahkan jugak kaki ni pergi ke Zoo. Hehehe... :)

Mmm... mimpilah yg indah-indah. Jam dah pukul 3 pagi. Aku belum tidur lagi. Penat. Otak bekerja. Kesian otak. Tah-tah dah membengkak-bengkak. Kalau otak boleh keluarkan suara sendiri, mesti otak aku ni tengah merengek-rengek. Kesian otak aku. 'Meh, kita rehat, wahai otak,' kata aku. :)

20 Mei 2010

Adrenalin Aku

Pantas. Serba-serbi nak buat apa-apa sekarang ni pun kena betul, tepat dan cepat. Eh, nak dekat penghujung bulan lima. Maksudnya dah 6 bulan aku sebagai penjawat awam. Erk, aku tak bermaksud nak menghitung hari sangat. Sebab aku cuma tengok perbandingan dan perbezaan diri aku. Semua yang berlaku keliling aku dan apa-apa dalam diri aku, semuanya berlaku pantas.

Sebab pantas jugak la, adrenalin aku pun bergerak laju. Update blog ni pun sambil-sambil. Kalau dalam citer kartun sekarang ni aku jadi sotong. Pasal sotong banyak tangan :P

Sambil layan Adrenalin Faizal Tahir :)

18 Mei 2010

Untuk Mondok

Bila cerita pasal warna merah. Teringat aku pada Mondok. Mondok kerja kat syarikat penerbangan yang warnanya merah. Merah warna yang garang. Merah maksudnya berani.
Bila cerita pasal KodoksMondok ni, dia memang spesis lain. Sebab dia bukan Kodok. Hahaha...

Nah... asal-usul famili Kodoks ni pasal kami dari satu sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama, U yang sama kecuali Kpah yang si bijak itu. Tapi, bila cuti sem kitaorang akan lepak bersama-sama. Dulu bukan Kodoks tapi Badi or Buddy.


Pasal bila sorang bercinta. Yang lain pun bercinta gak. Bila putus sudah kasih sayang itu, tiba-tiba Kodoks lain pun sama ceritanya. Tapi, disebabkan Badi itu maksudnya kurang elok, maka, Kodoks la jadi jenamanya. Kekal hingga dah masuk ke dua generasi.

Eh, ni entri pasal Mondok. Mondok rapat dengan kami lately ni. 3-4 tahun. Tapi, tak de hal. Cerita Tok Mi jadi pengikat kasih sayang kami. Tok Mi - nenek yang disayangi. Cerita Tok Mi memang lucu, kalau gelak rasa sampai nak mati. Ane-ane kat NZ pun kalau dengar boleh pecah gegendang telinganya bila dengar kami ketawa senang hati bila dengar Mondok cerita pasal Tok Mi.

Mondok memang 'world' dengan mulut lasernya. Tapi, sungguh bukan nak kipas. Dah kenal memang baik hati orangnya. Mondok kalau bergabung dengan Kpah memang meletup! Sebab nanti ada je cerita lucu yang menjadi-jadi. Jadi gila la aku nak mengarang entri ni. Hehehe... :P

Tambah Kawan

Aku akan tambah kamu.
Kerna aku tak pernah buang kamu.
Tapi, perlu kau tahu jangan ganggu aku.

Kau Kelip-Kelip

Kau cantik macam kelip-kelip.
Bersinar terang pada pekat malam.
Hilang bila matahari terbit.
Cahaya kau malap bila terang bulan mengambang.
Kau jugak tak muncul bila hujan bertandang.

Kau macam kelip-kelip. Kejap ada. Kejap hilang.
Kalau kau muncul. Jadilah kau kelip-kelip.
Tapi bukan untuk aku.
Untuk semua kawan-kawan yang kita sayang.

Kau ke kelip-kelip aku?

Merah Yang Celaru

Seorang staff aku baru balik dari Sibu. Tegur aku. "Aish, seriusnya muka." (Dalam hati - nak dengar ke aku cakap sorang-sorang depan PC ni?) Aku senyum. Rindu kat aku la tu. Jangan risau dia lelaki singh bukan taste aku. Umur pun dah macam uncle-uncle aku. Hehehe...

"Hari ni you pakai baju warna DAP la... mentang-mentang DAP menang." Aku senyum.

"Tapi you macam confuse nak pilih DAP ke PAS ni?" (Dalam hati - aik, baju aku merah dan kuning, tak ada warna bendera PAS. Aku bangun. Pegawai sebelah aku pakai kurung hijau. Dia compare kitaorang kot) :P

17 Mei 2010

Perlu Berani



Jangan takut. Perlu berani.
Berani kerana benar.
Berani kerana takut kepada Allah.
Mohon pada-Nya.

Satu hari nanti.
Tak ada yang mustahil untuk ke langit tinggi.
Menggapai pelangi.
Walau terpaksa menghadap teriknya mentari.

Inspirasi Kamu. Inspirasi Aku.

Tanya mereka sewaktu dulu, 'Benar dia menjadi inspirasi kamu?'

Jawab aku, 'Ya, mungkin. Barangkali. Tapi usaha juga perlu berterusan.' Diam.

Inspirasi sewaktu dulu telah pergi. Tak perlu aku jejaki.

Inspirasi aku kini ada di mana-mana, di keliling kita. Mungkin juga ada di bawah meja. Atau melalui blog seseorang. Seseorang yang suka berkongsi cerita. Aku layari dunia tanpa sempadan ini tanpa mengenali mereka. Tapi, cerita mereka adakalanya membuka mata dan minda kita.

Inspirasi aku dan inspirasi kamu mungkin tak sama. Tapi tak juga kurang bezanya. Mencari inspirasi untuk memotivasikan diri walau diri sendiri tak termotivasi di pagi hari.

16 Mei 2010

Entry Pasal Mak Saya


Memang sengaja buat entry ni lambat. Selamat Hari Ibu kepada mak saya Puan Sawiyah Sahnan yang melahirkan saya sampai jadi cam ni. Cayalah, mak :)

Sebenarnya hari ibu ni sekadar sambutan saja, kan? Pasal hari-hari adalah hari ibu jugak.
Jadi, selalunya hari ibu dan birthday mak saya dekat jek. Minggu lepas 8 Mei, kami buat makan-makan kecil-kecilan. Kecil-kecilan pasal tak cukup famili members.

Jadi, makan besarnya adalah semalam. Kami bawak mak ke Restoran Cheng Ho. Tepat jam 6 suku petang kami dah tercegat depan pintu restoran tu.

Nak dijadikan cerita, dah nak habis makan, mak tanya "Restoran Cheng Ho kat mana?"
Hehehe... mungkin sebab mak saya layan makanan tu sampai tak perasan dia dah kat dalam restoran Amy Search. Seloroh saya jawab, "Ye lah, nanti kita book dengan Amy Search sekali"
Mak saya sangat lucu sama macam saya, kan? Hehehe...

Jadi, Selamat Hari Ibu juga buat kakak saya - Hameliawaty. Kakak ipar saya yg sedang sarat sekarang ni - kak Ezrin. Kodok Stress - Aja. Dan kawan-kawan yang kita sayang yang dah pun jadi ibu.

Imaginasi Terus Menari



Kata kawan, imaginasi aku berwarna-warni.
Hehehe... Kalau tak berwarna-warni tak ada la cerita kawan-kawan macam pelangi.
Pelangi yang bak selendang bidadari.

Jadi, tak salah kalau aku terus berimaginasi.
Kau - kawan-kawan yang kita sayang pun boleh terus berimaginasi.
Imaginasi terus berdansa sendiri.

15 Mei 2010

Kata-Kata Seorang Uncle


Mungkin kawan-kawan yang kita sayang takut aku jadi cam uncle kat atas ni kot.
Eheheh.. :p
Tapi, ada betulnya - imaginasi adalah lebih penting daripada ilmu.
Agak-agak sempena sambutan Hari Guru ni cikgu-cikgu aku marah tak kalau aku cakap cam ni?

Tapi, setiap orang yang waras pasti berimaginasi.
Kita berimaginasi sejak kecil lagi.
Tanya diri, imaginasi kita kecik-kecik dulu menari-nari mahu cepat jadi dewasa.
Tapi sekarang bila kita dah dewasa kita takut nak beritahu orang yang kita ada satu kekuatan.
Kekuatan menggunakan minda untuk berimaginasi.
Dengan imaginasi, kita ada drive menjadikan imaginasi kita ke arah realiti.



Pada aku berimaginasi tidak ada benar atau salah.
Yang salah orang yang berimaginasi itu.
Jangan meletakkan imaginasi terarah kepada perkara-perkara nafsu-nafsi.
Imaginasi menggunakan akal, tindakan dan perlakuan perlu dibatasi.


Sesuatu Yang Bakal Terjadi Jun Nanti


Satu-satunya perkara yang bakal berlaku bulan Jun nanti. Tak kira aku akan tengok sendiri atau dengan kawan-kawan yang kita sayang. Aku membesar dengan novel-novel Ahadiat Akashah. Novel pertama dia yang aku layan - Gigolo. Lagenda Budak Setan ni pulak aku layan dari Budak Setan I, II dan III kemudian Katerina. Ada lagi satu novel penamat tapi aku tak baca dan tak cari pun. Sebabnya... (nanti aku cerita kat akhir entry ni)

Lagenda Budak Setan ni pilih Farid Kamil jadi hero pegang watak Kasyah. Farid Kamil je... ?? Hehehe. Imaginasi aku time baca buku ni, aku membayangkan hero yang lebih hensem daripada Farid Kamil. Tak pe la, ok kot. Tu yang lagi nak tengok. Aku cuba untuk tak teruja pasal filem adaptasi daripada novel kat Malaysia ni pada aku kurang berjaya. Kenapa?

Pasal aku tak rasa impak dia macam mana aku layan baca novel. Imaginasi aku dan pengarah mungkin berbeza untuk pemilihan para pelakonnya. Tapi, apa pun aku akan tengok dan beri ulasan sama ada aku suka atau tak filem ni nanti.

Oh, ye... novel ni dulu aku beli dengan ikat perut time belajar sekolah menengah. Pasal aku manalah ada subsidi duit untuk beli novel-novel ni time tu. Dan yang pasti, aku hampa sebab bila mana aku kasi pinjam kat kawan-kawan tiba-tiba kawan tu cakap terhilangkan pulak. Hampa.

Kalaulah ada yang baik hati nak bagi aku hadiah 27 harijadi nanti - hah belikanlah satu set Lagenda Budak Setan, Katerina dan Kasyah - Lagenda berakhir :P

14 Mei 2010

Thomas Cup dan Selera Makan Aku Yang Terencat

Aku pun nak jadi sebahagian daripada sejarah. Kalau dulu, tahun 1992 aku dapat melihat tapi tak dapat berkongsi cerita kat sini. Masa tu aku kecik - 9 tahun. Sekarang, dengan semangat berkobar-kobar nak tengok pasukan Malaysia melangkah ke peringkat akhir perlawanan habis sudah.

Malaysia tewas 0-3 kepada China. Syoknya tengok perlawanan ni membuatkan diri kita bukan sekadar menjadi penonton tapi kita jugak jadi pengulas sukan, jurulatih dan pemain di bangku simpanan. Hehehe...

Aku cuma tengok perlawanan separuh akhir ni kat rumah dengan famili. Angah, Abah dan Mak. Tapi, mak tak amik port sangat. Perlawanan antara Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei membuatkan aku menyampah tengok aksi Lin Dan menari-nari breakdance dengan telanjang dadanya bila dah menang.

Beregu pertama pun bagi saingan yang bagus tapi semangat pemain China melampau hebatnya membuatkan pemain kita gugup gagap - pincang sana sini beraksi depan penonton sendiri. Masa ni aku tengah hadap makan malam aku- mee bakso. Selera aku terencat bilamana perlawanan seterusnya ditentukan dengan menang kalah pemain Wong Choon Han.

Wong Choon Han beraksi hebat jugak. Sekurang-kurangnya dia bersaing dengan aksi menarik. Keputusan muktamad Malaysia 0 - China 3. Dengan selera makan aku terencat kerana bersemangatnya aku bersorak bila tengok beberapa serangan balas Wong Choon Han menjadi.

Akhirnya, mee bakso aku tolak ke tepi sebab ada sikit perasaan hampa bila Malaysia tak ke final. Aku bukan saja menonton, melihat dan bersorak tapi berkongsi cerita kat sini. Sebab satu hari nanti cerita CikPanda ni boleh dikongsi dari satu generasi ke generasi lain.

**Status CikPanda kat FB - bagusnya Thomas Cup ni membuatkan orang keliling kita terlupa kejap yang dorang ni penyokong MU, Chelsea, Arsenal dan Liverpool... inilah yang kita mahukan... semangat kesukanan dapat menyatukan kita rakyat Malaysia. :)

Mereka Hantu.Tapi Bukan Budak Setan.

Ni pulak cerita pasal 13 ghosts. Tapi ni bukan ulasan filem citer hantu yang aku tak pernah tengok tu. Memang tak ada apape yang menarik nak cerita pasal dorang ni. Yang pasti kalau dorang terbaca entry ni, bolehlah jugak mengembang kempiskan hidung masing-masing.

Dan mereka ni lah jugak yang me'rebranding'kan nama aku kepda CikPanda dengan alasan-alasan yang dorang pikirkan best untuk bagi nama aku CikPanda ni. Terima kasihlah korang.

Kenal dorang sebab masuk Peers Kanselor dulu. Selalu camping sesama sama ada jadi fasi or peserta. Dorang ber-13 dengan perangai masing-masing. Tak mau la citer pepanjang, karang perasan lak yang dorang ni best :P

Aku.Dulu.Tiada.Beza.


Ni la work station aku kat opis kesayangan dulu. Nampak kemaskan? Tapi otak aku tak sekemas meja aku ni. Kerja buat skrip - pecah otak. Apa lagi kalau time-time kritikal. PC ni la jadi saksi... aku bercakap sorang diri. Oit... aku bukan berhalusinasi tau, baca skrip sendiri dengan penuh penghayatan. Hehehe...

Benda wajib atas meja aku. Dah tentulah PC - tah PC zaman bila tah. Kopi - Macadamia Nut Gloria Jeans Coffee. Kalendar. Tu yang tergantung tu - Johan Explorace Hari Sukan Media Prima. Siapa kata CikPanda pelan (perlahan)?

Yang ni pulak - tempat pertapaan kat opis kesayangan aku tiap-tiap hari, sekarang ni. Siapa kata orang gomen tak de kerja? Tengoklah sendiri - berlambak aduan. Benda wajib atas meja. Sama - PC Dinasour dengan tetikusnya. Kalendar. Tiada Gloria Jeans Coffee Macadamia Nut. Semak meja aku, semak-samun lagi otak aku.

Tapi ni bukanlah rungutan. Cuma nak buat perbandingan. Hidup makin hari perlukan perubahan. Kat mana pun kita berada, walau tinggi ke puncak dunia, diri kita biarlah tetap yang sama. Sama dalam erti kata - yang baik kita maintain yang kurang kita perbaiki diri.

Syukur Alhamdulillah, semakin hari semakin Allah murahkan rezeki. Amin...


Imaginasiku Berlari-lari

Seronoknya zaman kanak-kanak.
Seronoknya tak payah berpikir di luar kotak.
Seronoknya kalau boleh berpatah balik ke zaman tu.
Imaginasiku berlari-lari.
Tak terkejar, walau hari berganti hari.
Imaginasiku berlari-lari.
Mahu buat itu dan ini.
Asalkan hati happy :)

Satu Benda Abstrak

“Seperti satu benda abstrak yang dapat kau rasakan dan pikirkan, tetapi tidak dapat disentuh.”

13 Mei 2010

Bersainglah Dengan Diri Sendiri


'Macam bagus, macam hebat...'
Kadang-kadang kita pernah mencemuh. Tapi memang yang kita tengok tu perkara yang bagus, perkara yang hebat. Tapi, kita menafikannya.
Tanya diri. Sebenarnya kita cemburu lalu mengeji. Bukankah lebih baik kita cemburu lalu
perbaiki diri? Baiki diri untuk diri sendiri. Tapi nak baiki diri, hati berbolak-balik, 'Boleh ke tidak aku ni?'. Lagi-lagi pasal ragu dan sangsi jadi teman dalam hati.

Hati kalau ragu memang tak jadi. Tapi, kalau kita mahu, semuanya pasti jadi. Jadi, bersainglah dengan diri sendiri. Musuh kita berbisik di hati tapi doa dan tawakallah pada Illahi. Insya Allah... pasti jadi.

Aku dan kau, kita serupa. Hanya berpesan pada diri ini, aku mahu dan pasti, akan bersaing dengan diri sendiri. Kita jugak yang pasti akan menang nanti.


Mungkin Ini...??

Mungkin inilah kreatif.
Kreatif menggunakan imaginasi sendiri.
Berimaginasi untuk meletakkan impian.
Impian di hadapan.
Alasan diletakkan ke tepi.

Percayalah



'There is something inside me that is greater than everything. It is because... I believe'.

Apa Tu Kreatif?


'Apa tu kreatif?'
Dulu soalan ni selalu aku tanya. Sampai sekaranglah aku bertanya. Sebab aku pernah dapat komplen, skrip aku tak kreatif la. Biasa-biasa je. Tak ada apa-apa yang luar biasa. Kreatif tu perkara yang luarbiasa je ke? Atau ada maksud yang lain lagi?
Tapi ada yang cakap aku kreatif. Aku susah nak percaya. Dua dalil kecil yang berbeza tapi penuh makna. Jadi, sebenarnya aku ni kreatif ke tak, sampai sekarang aku tak pernah tahu.
Kesian aku. Kalau korang tahu, kongsilah dengan aku apa yang korang paham pasal kreatif ni.
Lain orang lain pandangannya.


Semoga Terbuka Pintu Rezeki Itu

"Bukalah pintu hati kau tu, Jan," kata seorang kawan.

Aku cakap, "Oh, tombol pintu tu dah rosak... Hahaha." Kawan pun ketawa sama.

"Pintu rumah aku pun pernah rosak jugak. Hah, kau tendang jelah pintu tu," cadang sorang kawan.

"Aduhh, sakitlah kalau pintu hati tu kena tendang. Mau kena buat operation ni," jawab aku terbangang-bangang.

Untuk Kamu

Kawan-kawan semua dah nak kahwin. Aku senyum.
Kawan-kawan semua dah beranak pinak. Aku senyum lagi.
Mak suruh aku ikut sepupu hantar rombongan. Aku ikut.
Kawan-kawan jemput makan nasi minyak. Aku kata - aku datang.

Untuk semua kawan-kawan yang kita sayang, Selamat Pengantin Baru.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.
Untuk semua kawan-kawan yang kita sayang, yang dah jadi ibu,
Selamat Hari Ibu.
Belailah anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Semoga anak-anak kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Amin...

Tanya Diri

Situasi terkini aku - serba-serbi buat serba tak kena. Aku tanya diri, kenapa macam ni?
Baru aku teringat apabila ada yang mengingatkan. Ikhlaskan hati, jujurlah pada diri sendiri. Apabila buat sesuatu tetapkan satu niat. Niat yang baik.
Kadang-kadang, tak dapat tak, kita mulakan sesuatu perkara tu dengan perasaan syak wasangka.
Wahai hati - syak wasangka tu kan membawa kepada ragu-ragu (bukan cagu, ye! hehe), mengurangkan keyakinan diri, menyebabkan perkataan-perkataan negatif yang seterusnya tak perlulah aku tuliskan di sini.
Tiap hari keluar rumah, dah berniat aku nak ke tempat kerja hari ni. Mencari rezeki. Rezeki yang diberkati. Semoga hari ni lebih baik daripada semalam. Senyum. Walau apapun cabaran kat tempat kerja yang bakal aku tempuh, harap semuanya dapat diselesaikan.

12 Mei 2010

Aku Harap Esok Akan Lebih Baik Daripada Hari Ini

~Supaya hidup lebih bererti. Luarbiasa hebat daripada hari-hari yang telah ditinggalkan. Tinggalkan sejarahnya tersendiri.
Merancang esok yang pasti. Pasti lebih baik daripada hari ini~
(CikPanda)

Mahu Keluar Dari Kota Lumpur Ini


Untuk seketika. Aku mahu keluar dari kota lumpur yang sesak ni. Aku mahu berehat. Tenangkan diri dan akal fikiran yang dah tepu.
Berehat tanpa gangguan. Tenang. Aman.
Mahu dengar kicau burung. Mahu dengar deru ombak.
Lihat pemandangan saujana mata memandang.
Lupakan lampu isyarat dan simpang siur di kota lumpur ini. Lupakan hidu asap bas dan kilang. Debu-debu kotoran di jalanan dan taik gagak yang hinggap menyapa di badan kereta aku.


CikPanda ber'PSA'

Perlu kamu tahu - kamulah yang terhebat dalam hidup aku. Keluarga dan kawan-kawan yang kita sayang. Jadi, makanya tolong diri aku ni yang sering terlupa untuk mengucapkan sesuatu perkara yang baik.
'Aku kan bermulut jahat tapi baik hati'.

Budi Bahasa Budaya Kita
Pesanan Khidmat Masyarakat daripada
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Terima Kasih Kawan-kawan Yang Kita Sayang

Terima kasih pada kawan-kawan yang kita sayang. Kawan-kawan yang baru kenal atau berkurun lamanya telah kenal. Kerana mereka berkata atau mengingatkan aku pada perkara yang sama. "Pjan kau emosi. Pjan kau ni kurang sabar." Pjan itu... dan Pjan ini...

Perlu kamu tahu - saya Hafizan Hamzah berbintang Cancer yang penuh dengan emosi dan itu, ini, begitu, begini... Ya, kamu betul.
Tapi, itulah aku... tak pandai sorokkan emosi sendiri.
Hidup ni macam drama. Kita yang lakonkannya sendiri.
Tapi, jangan jadi plastik sangat. Hargai apa yang kita ada hari ini.
Keliling kita.
Kawan-kawan yang kita sayang.

Aku Mahu


Mahu menulis. Selagi hayat dikandung badan. Kawan cakap - mahu berkarya. Aku cakap mahu menulis. Seorang kawan lagi bertanya - tidak mahukah serius dalam bidang ini - bidang tulis-menulis, penulisan. Jawab aku: Sangat-sangat mahu.
Itu adalah salah satu impian aku - aku mahu ada buku/novel/karya sendiri dalam bentuk naskah dan fizikalnya mampu dimiliki oleh semua orang.
Aku yakin dan pasti. Suatu hari nanti.


Cikpanda Sayang Kamu. Walau Kamu Macam Belon.


Me.
Hafizan Hamzah. CikPanda. Pjan. Ucu. Mak Su. Adik.
KodokNarnia.

Kamu Macam Belon

Khabar Kematian


Perjalanan yang diiringi hujan ke sebuah negeri. Negeri bersejarah. Perkenalan yang singkat. Lebih singkat daripada yang disangka.
Tuhan lebih menyayanginya.
Kurang 48jam perkenalan, terima khabar duka. Kawan memberitahu khabar kematiannya.

Teringat ceritanya. Tahu impiannya. Kami berkongsi cerita.
Cerita mahu berjaya.
Tuhan, letakkan dirinya bersama orang-orang beriman. Kerana aku percaya, pertemuan yang Kau aturkan terselit hikmah dan pengajaran.

Mungkin ingatan untuk diri ini yang sering terlupa. Terlupa tentang kematian dan asal-usul kejadian. Maka, Kau sedang menyedarkan kami - aku dan kawan-kawan yang kita sayang tentang harga persahabatan, nilai dan harga kasih sayang sesama manusia.

Kau kirimkan dirinya seketika cuma kepada kami. Sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ampunilah dosa-dosanya dan dosa-dosa kami.

Sesungguhnya, ku tak layak ke syurga-Mu. Namun, tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.
Al-Fatihah buat allahyarham Supandi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

11 Mei 2010

Mungkin Aku Yang Salah


Serba-serbi serba tak kena hari ni. Beritahu aku kepada seorang kawan tempoh hari - tulisan atau cerita yang nak dikongsi di dalam blog kalau boleh janganlah tulis hal-hal yang negatif. Tulis tentang diri sendiri. Dan berkongsi cerita-cerita dengan kawan-kawan yang kita sayang pasal hal-hal yang baik-baik belaka saja.

Tapi... ahh, aku terlupa. Kita kan manusia yang diberi akal dan emosi. Setiap dugaan dan ujian yang menimpa itu kan tandanya Allah sedang menguji dan tanda Allah masih sayangkan kita. Maaf dari aku buat seorang kawan - mungkin aku yang salah. Salah memberi maklum.


06 Mei 2010

Aku.Kartun.

Dalam banyak-banyak watak kartun, ni la watak kartun yang menggambarkan aku. Muehehehe... Si Donald Duck yag lucu...
Ni dari Wikipedia - Donald's most famous personality trait is his easily provoked and explosive temper. (Ni Donald Duck la, bukan totally aku)

Mulanya di Sini...


~Kita tak akan dapat mengubah semalam, tapi hari ini, kita dapat mengubah masa depan~